Assalamualaikum.
Terima kasih kepada admin IIUM Confessions (BM) kerana sudi siarkan luahan hati saya. Saya cuma mohon admin siarkan supaya cerita ni dijadikan teladan dan peringatan kepada perempuan2 yang bergelar isteri terutamanya.
Abang saya namakan S dan kakak ipar saya namakan Kak C sememangnya dah mempunyai 3 anak. Kak C lebih muda 6 tahun daripada saya. Pada awal perkahwinan, kami adik beradik tidak ambil tahu kehidupan mereka bahkan sentiasa berlapang dada bila kak C dari awal hingga masuk usia 9 tahun perkahwinan sentiasa pilih kasih dan melebih-lebih keluarga sendiri.
Masih saya ingat semasa adik kami masih belajar, bila abang hulur duit buat belanja di U, pasti mukanya masam lebih masam daripada cuka. Jeling maut. Tetapi bila adiknya jahanamkan kereta abg..suami dia..boleh pulak dia kata alah sikit je. Ooo sikit ye sampai bocor enjin kena tukar enjin baru.
Kalau kumpul adik beradik ramai2 hari cuti umum atau yg jauh2 balik kampung, mestilah buat makan-makan jamu2 adik beradik….pun boleh kak c marah suami keluar duit untuk beli apa2 yang kurang. Jelingannya membuatkan aku benci tp aku tahan je amarah demi jaga air muka abang. Abang..bukan dia tak sedar isterinya begitu tapi dia masih cara dia, slow dan simpan dalam lubuk hati. Slow bukan makna dayus tp jaga amarah sendiri dan malu sendiri dengan perangai isteri.
Kami adik beradik sudah tiada mak dan ayah sejak 18 tahun yang lalu..hidup sama adik beradik je. Dan sekarang semua dah berumah tangga. Dalam ramai2 ipar duai hanya kak c aeorang saja yang berperangai sebegitu…x suka campur adik beradik kami, dtg rumah pusaka hanya asyik dengan telefonnya…sampai ke sudah. Nak makan pun sampai suami kena panggil..itu pun lepas dah habis ketap bibir tahan marah. Untuk makluman, adii beradik aku sgt2 sporting semuanya daripada yg sulong sampai lh yang bongsu..pilih kasih tiada dalam kamus hidup kami sama ada ipar duai mahupun anak-anak sedara..semua sama rata. Anak dia, anak kakak dan semua adik beradik lain adalah anak2 kami semua. Buat salah kena tegur kalau gaduh semua kena. Tapi anak dia…anaknya pun sudah mula ikut perangai kak c..adu domba dan mengadu benda yang org lain x buat. Manja nya ngada2 dan kadang2 susahkan org lain.
Abg suka kalau kami pergi rumahnya tapi kami sendiri agak berat hati ingin ke rumahnya kerana…kak c sendiri. Dia suka buat muka dan cakap endah tak endah bila kami bertanya. Anak2 main sepah2 lagila ditarik muka nya. Buat air untuk kami minum..kadang2 kami tolak x payah sebab tak sanggup dengar gegang gegang ketung ketang berlaga gelas dan pinggan bila dia buat air…nampak sgt tak ikhlas sambut kami.
Akhir-akhir ini, makin teruk dibuatnya abang aku..balik kerja penat takde nasi takde lauk untuk dimakan, even air setitik pun takde dihidang. Sudahlah penat..makan sendiri buat atau beli..anak2 pula nak kena urus sebab kak c kat rumah kerjanya cuma main fone fb, whatsapp dsb nya berkaitan..anak2 pun hny makan nugget, aiskrim, biskut roti…sebab mmg kak c x masak. Malam2 tido lambat 2, 3 pagi anak2 pun terikut. Pg2 org dah ke mekah dia masih di katil sampai zohor. Apa nak jadi isteri macam ni. Bila kemuncak dia rasa penat, anak2nya dihantar ke rumah abang aku yg lagi sorang supaya boleh makan dan main sama2 dgn anak abg ni. Alhamdulillah kakak ipar dan abg aku yg ni baik dan tak berkira bahkan anak2nya diberi makan secukupnya. Suap nasi bertambah tambah makannya. Aku terpikir macam mana dikatanya anak2 nya tak suka makan nasi? Sedangkan bila dtg je umah abang aku atau kakak aku yang lain..boleh je minta nasi.
Aku personally dah tegur baik2 abg dan kak c bahkan berkias tapi ttp sama dan dikatanya aku bz body.
Ya Allah..bantulah abang aku..kuatkan hati dan jiwa untuk didik akhlak isterinya. Dia tidak gagal didik isteri tetapi isterinya gagal menjadi baik kerana suaminya yg terlalu bertolak ansur. Ya Allah abg aku bukan dayus..dia cuma mencari kekuatan untuk berhadapan dgn situasi yang amat menyukarkan hidupnya.
Aku hanya mampu berdoa dan berdoa…moga ada sinar perubahan buat kak c dan moga anak2nya dijaga dengan baik dan cukup makannya. Bukan tak berduit tapi selalu suka sebut duit xde duit xde…hakikatnya dia sendiri ada income..walaupun income abg aku agak besar.
Moga cerita ini dijadikan sempadan dan peringatan untuk kita isteri2 yang dambakan syurga drp suami. Ingatlah..suami itu syurga kita tapi gagalnya suami kerana ISTERI YANG HADIAHKAN NERAKA BUAT SUAMI….NERAKA ABADI!
– Roswaja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit