Abangku Pemalas

Assalamualaikum semua. Saya insan biasa berumur 22 dan juga masih study di universiti tempatan.

Berbalik kepada tajuk utama, saya tak tahu dari mana ingin mulakan kerana saya tidak pandai mengarang ayat tapi saya cuba yang terbaik,minta maaf ya andai ayat saya mengelirukan pembaca semua.

Abang saya berumur 30++, seorang yang sangat pendiam bila dengan family tapi dengan kawan saya tak pasti, tak melawan cakap dan juga pemalas.

Kisah ini bermula ketika abangku masih bersekolah menengah, apabila kami satu keluarga mengetahui dia baru belajar silat atau tomoi namanya jika tidak silap dan dia belajar tak habis.

Start dari kejadian tersebut memang kadang- kadang dia akan mengamuk dan bertindak pelik.

Abah saya mula ikhtiar bawa berubat di merata tempat sehingga banyak duit yang habis untuk ubatkan dia.

Tapi ada salah satu perubat ni cakap yang abang terkena sebab tok guru dia lepaskan benda kat abang tanpa pengetahuannya semasa dia belajar silat. Wallahualam.

Lepas abang habis belajar, abang bekerja di tempat lain dan dia tak pernah kerja tetap sampailah kehari ini.

Setiap kali balik rumah mesti dia akan cakap dia cuti dan selepas tu hanya duduk rumah dan tak kerja sampai berbulan bulan.

Mulanya kami semua memang tak kisah, tapi setelah berulang kali dia ulang perkara ini abah mula tak suka dengan sikap itu dan abah mula marah suruh cari kerja.

Tapi saya percaya yang dia boleh berubah dan saya selalu cakap kat abah yang bagi dia peluang untuk berubah sampai menangis lah saya cakap huhu.

Perkara yang sama berulang lagi setelah dapat kerja dan tiba tiba dia cuti walhal dia berhenti kerja.

Abah mula membuka rahsia yang selama ini mungkin abah pendam, abang selalu pinjam duit untuk cari kerja katanya tapi sebenarnya tak pon dan abang juga selalu tak jujur bila bercakap.

Saya pon mula check handphone dia memang dia banyak mesej kawan dia untuk pinjam wang bukan itu sahaja malah pak saudara saya yg tak pernah dia rapat pon dia berani pinjam.

Entah bayar ke tak saya tak tahu. Saya tak suka orang yang suka berhutang tanpa usaha nak cari duit sendiri.

Selama dia bekerja memang tiada satu pon simpanan, wang selalu habis macam tu saja. Kadang tu dia akan beli batu ajaib, dompet rezeki dan benda karut lain.

Dia juga suka membaca potongan ayat quran untuk murah rezeki dan sebagainya tanpa dia usaha untuk kerja dan ayat tu maksud dia agak pelik bila baca..

Saya mula fikir mungkin ni berkaitan dengan silat dia sebab tu dia jadi macam tu. Tapi ada seorang ustaz tu kata yang diri dia sendiri yang kena ubah semua tu untuk halang dari benda tu kacau dia. Hmm.

Kemuncak yang membuatkan saya begitu marah dengan dia adalah sewaktu sebelum covid ni dia tak bekerja dan sangat malas.

Untuk pengetahuan semua, mak saya memang jenis tak buat jadual specific untuk anak anak buat kerja rumah tapi kami sendiri faham sebagai seorang anak memang kena tolong ringankan beban mak abah.

Abah saya selalu tolong mak masak, sidai baju dan juga basuh pinggan. Tapi itulah orang kata sikap tak dapat diwarisi hanya anak perempuan yang buat kerja rumah.

Adik lelaki saya dan abang tak pernah buat kerja rumah tapi adik saya memang rajin kerja dan menjaga kebersihan,

Dia akan kemas bilik dia cuma part lain dia tak ambil tahu tapi itu pon cukup membuatkan saya bersyukur daripada perangai abang saya yang bilik dia sangat selerak dan kotor kalau saya tak kemas.

Dari dulu saya yang kemas bilik dia sambil berpesan supaya dia kemas macam mana saya kemas tapi dia tak pernah hirau.

Bila saya suruh basuh baju dia yang berbau satu rumah tu, sampai 10 kali nak ulang benda yang sama sampai saya penat pesan sedangkan dia tak kerja dan tak buat apa pon.

Ya Allah, dia punya malas tu dia boleh duduk dalam bilik 24 jam hanya keluar mandi sehari sekali dan makan.

Kadang saya pelik dia boleh main game ular dalam henset 3310 dari tengahari sampai malam sedangkan saya tengak henset android yang ada youtube, facebook ni lama lama pon dah jemu.

Abah mula marah suruh dia keluar berdikari dan cari kerja sebab kalau dia duduk dirumah memang tak akan berubah.

Ya dia memang tak pernah melawan mulut sebab dia jenis tak bercakap dan dia keluar setelah banyak kali pesan tapi dia tak bekerja pon malah dia duduk masjid berdekatan rumah,

Malu abah saya sebab selalu ke masjid tu, orang suruh cari kerja tapi dia masih dengan sikap tak nak kerja. Orang masjid pon tertanya tanya apa berlaku, kesian abah.

Suatu hari ada seorang tabligh ni ambil abang saya bekerja dengan dia dan tinggal di rumah sewa. Bosnya sangat baik dan selalu memberi maklumat tentang perkembangan abang dekat abah.

Alhamdulillah pada mulanya dia berubah dari segi kebersihan dan lain lain. Tapi selepas tu dia mula tunjuk sikap yang negatif apabila dia menjual henset yang diberi oleh bos dia dan menipu cakap henset tu rosak.

Bos dia sangat marah sebab iyalah orang dah buat baik bagi henset, makan free dan kerja dia jual untuk tujuan apa dah tu menipu pula. Lepas kejadian tu dia bekerja seperti biasa.

Sewaktu abah nak solat kat surau berdekatan, tiba tiba abah nampak abang ada kat situ dan ya seperti biasa dia dah tak bekerja.

Kami semua malu dia buat perangai macam tu, kami selalu dah bagi sokongan tolong cari kerja tapi mesti dia akan berhenti sampai orang lain tak nak recommend dia untuk kerja sebab dia tak berdisplin bila kerja dan agak lambat bila disuruh buat sesuatu kerja.

Sebabkan dia memang takkan bercakap, suatu hari tu saya sediakan kertas kosong dan pen untuk dia tulis apa masalah yang dia hadapi untuk saya bantu malah saya kata saya boleh bagi sedikit wang jika dia nak cari kerja dan rumah sewa.

Masa dia tinggal kat surau tu seperti biasalah kebersihan memang out, rasanya kalau dia tolong jaga kebersihan surau tu orang takkan marah.

Bila dia buat perangai macam tu kami semua memang malu start dari dia lari kat masjid hingga surau yelah mesti orang yang tak tahu cerita akan salahkan mak abah.

Kami dah tak tahu apa lagi cara nak bantu dia, berubat dah nasihat pon dah tolong carikan kerja pon dah.

Sekarang kalau nak berubat lagi memang tak mampu sebab abah dah tak kerja.

Selain family cuba untuk bantu, jiran jiran berdekatan atau orang masjid dan surau pon banyak membantu sampai saya rasa bersyukur sangat dan berterima kasih.

Tapi dalam masa yang sama saya risau dia akan kecewakan orang yang membantu dia seperti sebelum ini.

Kadang tu saya pelik dia sebagai anak sulung tak pernah ke nak buat mak abah gembira dan senangkan hati mak abah.

Saya akui memang saya pon bukan anak yang sempurna tapi walaupun saya masih study dan busy saya masih boleh kerja seperti kedai makan,kerja kedai baju,cashier,guard dan lain lain sewaktu cuti sem.

Dan kadang sewaktu kelas sebab saya tak nak menyusahkan mak ayah saya dan juga nak ada duit untuk happykan mak ayah saya. Tapi abang saya tak pernah ke fikir semua tu sedangkan dia sihat tubuh badan.

Hari ini tiba tiba dia balik ke rumah setelah berbulan tak balik, abah saya tanya pasal solat dia kata memang dia tak solat penuh lima waktu dan tinggal solat jumaat dan abah saya marah.

Abah saya memang menitik beratkan bab agama walaupun adik beradik lain pun akan dimarahi bila solat lewat dan sebagainya.

Saya tak kesah pon kalau dia tak balik sebab saya tak larat dengar dia kena marah dan saya kesiankan dia tapi dia tak kesiankan diri dia sendiri.

Dan paling saya tak boleh terima kenapa dalam banyak banyak tempat dia nak duduk mesti surau atau masjid berdekatan sedangkan dia tahu abah saya selalu ke sana.

Sekarang dia baru bekerja berhampiran kawasan rumah tapi saya risau bila dia balik kerumah dia akan ulang perkara yang sama iaitu tidak bekerja dan malas.

Saya selalu doa semoga dia berubah dari kecil lagi sampai saya rasa saya taknak dah berdoa sebab bila saya berdoa saya akan fikir dan saya akan sedih.

Akhir kata, saya tahu ada banyak lagi insan lain diuji dengan ujian yang lebih berat berbanding saya tapi saya sangat berharap abang akan membuat mak abah gembira dunia akhirat.

Maafkan saya kerana cerita saya yang tidak tersusun. Saya berharap agar semua pembaca iiumc akan beri sedikit nasihat atau cadangan yang baik untuk masalah ini. Terima kasih.

– Insan Biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *