Assalamualaikum and hi :)
Tujuan aku bercerita ini bukan lah untuk membuka aib sesiapa. tetapi, aku berasa sangat tertekan dengan apa yang berlaku dalam keluarga aku ni.
Aku merupakan anak sulung yang sedang menunggu panggilan untuk menyambung degree. Adik beradik ku agak ramai. Masing masing masih bersekolah dan belajar. Ayah dan ibuku merupakan penjawat awam dan masih bekerja. Kami keluarga yang sederhana. Aku mempunyai seorang bapa saudara yang aku namakan Abdullah.
Pak cik ku ini seorang yang bekerja. Mempunyai keluarga sendiri dan menetap jauh dari keluarga kami. Baru baru ini tanpa sengaja aku terbaca perbualan beliau dan ayahku tentang urusan peribadi. Beliau ingin meminjam sejumlah wang yang bukan sikit nilainya; empat angka jugak yall. Aku tahu, sebagai seorang anak yang soleh dan berwawasan, aku tidak sepatutnya mencampuri urusan orang tua ku. Tapi, seingat aku, ini bukanlah kali yang pertama. Jumlah wang yang disebutkan beliau itu lebih dari cukup untuk menampung kehidupan seorang pelajar ipt untuk satu semester. Oh ya, baru baru ini adikku telah mendapat tawaran ke ipt. Macam biasalah, kalau dah nama nya nak masuk u, memang banyak keluar wang.
Berbalik kepada perbualan dua beradik tadi, ayahku telah membuat pinjaman bagi pihak adik nya itu. Dan sekali lagi, pinjaman ini bukan kes kali pertama. Aku ingat lagi, semasa pakcik ku ini ingin menikah, ayah aku jugak la merupakan insan yang membuat loan bagi pihak adik nya yang terlebih bertuah itu…
Masalahnya di sini, aku nak highlight kan,
1) adikku sedang sambung belajar dan sebolehnya kami ingin mengelakkan PTPTN . Kami adik beradik memerlukan perhatian lebih banyak daripada ayah. Patutkah ayah mendahulukan adiknya yang mempunyai pekerjaan itu berbanding kami yang merupakan tanggungjawab dia???
2) ayah aku telah ditukarkan tempat kerja yang berjauhan dari kami. Bila jauh dia ulang alik menggunakan kereta. Lumrah guna kereta, kena isi minyak . Minyak naik harga lah woi. Banyak duit habis atas jalan raya. Banyak duit yang keluar untuk perjalanan. Patut kah pak cik ku itu meminjam kepada ayah sehinggakan ayah terpaksa membuat loan?
Ayah aku turut mempunyai tanggungjawab dan komitmen terhadap keluarga sendiri (sepatutnya) tapi apa yang aku perhatikan, ibu lebih banyak mengeluarkan wang untuk kami adik beradik. Perbelanjaan untuk aku masuk ke u dahulu pun banyak menggunakan wang simpanan ibu.
Aku bukan kenal sehari pak cik aku tu. Sembang nak bayar, sembang tinggal kenangan *sigh
3) ayah ada membuat simpanan untuk kami adik beradik. mengenai savings- Setelah aku cukup umur 18, savings untuk ku boleh dikeluarkan dan disimpan dalam satu akaun- (masa aku sambung belajar, aku dapat elaun, sepatutnya sikit pun tak usik saving) Namun malang nya, aku dapati saving aku tu berkurang. Dan wallahi aku tak tahu ia ke mana. *aku nak sambung belajar jugak weh :( (ya, kad atm akaun bukan pada aku )
4) pakcik ku- seorang yang bekerja. Dan bekeluarga. Insiden ayahku membuat loan untuk beliau meninggalkan kesan mental pada aku. Dia yang pinjam, ayah aku yang bayar. Asal nampak muka dia je aku nak bengang. Aku nak marah. Kadang kalau jumpa aku tak hingin nak salam dia. Sedangkan aku tahu beliau boleh menjadi wali untuk aku.
Sebagai seorang lelaki yang dah bekeluarga, beliau seharusnya mencari jalan penyelesaian kepada masalah beliau. Sebagai anak, mana nafkah yang sepatutnya ayah aku sediakan buat aku?
Kalau betul la wang simpanan untuk aku sambung belajar digunakan ke arah yang tak sepatutnya, demi Allah aku tak redha.
Memang la, bantu membantu sesama islam itu perlu. Lebih lebih lagi adik beradik. Tapi, kalau membantu orang yang memerlukan bantuan itu mendatangkan keburukan kepada si pembantu, relevan kah bantuan diteruskan??
So, for guys out there. Kalau masih punya tulang empat kerat, usahakan agar kau dapat mengeluarkan diri kau dari kesusahan. Kalau jadi ketua keluarga, biarlah memimpin dengan penuh bertanggungjawab. Jangan culas.
Apa perlu aku buat? Bila aku tahu ayah aku yang bersusah payah membayar hutang aku sedih dan menangis. Takkan aku nak sound pakcik aku yang soleh tu kot. Aku geram geram ni kang aku block contact beliau dalam phone ayah aku kang *saya tahu password
-sulung
– Sulung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit