Aku seorang perempuan kalau dengar je lelaki tu start pukul perempuan especially orang terdekat aku, aku akan mati-matian minta dorang untuk tinggalkan lelaki tersebut until benda ni jadi sendiri dekat aku.
Aku kena abused physically and mentally dengan my partner. Benda ni start daripada tahun lepas dia start naik tangan berlanjutan sampai sekarang.
Setiap kali lepas gaduh sampai pukul kita orang akan berbaik balik.
Masa dia tengah marah dia akan selalu cakap nak tinggalkan aku salahkan aku untuk semua benda yang terjadi dalam hidup dia and rasa sial sebab kenal aku.
Dan aku selalunya akan merayu untuk peluang sekali lagi sebab rasa diri ni yang salah diri ni yang terlampau sensitive.
Aku pernah patah tangan sebab incident gaduh ni. Aku ada bipolar and bpd. Jadi aku selalu rasa aku yang salah setiap kali kita orang gaduh.
Dalam minggu ni dia pukul aku sangat teruk sampai aku rasa satu badan aku rasa sakit tapi takda lebam yang ketara. Aku penat sangat mental and fizikal sampai rasa macam nak mati.
Aku ingat kali ni dia betul betul nak tinggalkan aku tapi tak sangkaan aku meleset dia buat benda ni macam tak pernah terjadi. Aku rasa takut untuk bersuara or nak buat apa apa now.
Nak keluar pergi mana mana pun rasa takut and hilang keyakinan diri rasa diri ini sangat tak berguna sebab stay and rasa diri ini sangat tak berguna sebab sampai kena abused macam ni.
Banyak kali nak bangkit nak lawan tapi now i faham kenapa susah betul nak tinggalkan abusive partner.
Aku harap aku still boleh bertahan nak hidup sebab mental aku down sangat now.
Sebenarnya maybe hidup aku yang sial kenal dia bukan hidup dia..
– Nissa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
“it takes 7 time for a women to left an abusive relationship”, “the least is five” – dialog dlm filem yg ada berkaitan dengan domestic violence.
Semoga dipermudahkan buat awak, semoga dipertemukan dengan jalan penyelesaian. Have a mercy on yourself.
Tolong lari jauh atau duduk berasingan dgn suami yg kaki pukul & kaki psiko isteri sampai rasa diri x berguna & rasa down. Cari org samada kwn, siblings atau ibu bapa sendiri utk bantu teman buat laporan polis. Kes dera dlm rmhtangga byk yg berakhir dgn kematian atau jadi org yg tak siuman. Mmg pelaku jg ‘gila’. Klau akal normal, dia x sanggup dera dgn memukul & isteri sampai sakit2. Tolong sayang diri & tubuh badan sendiri dulu sbkm fikir syg awak pada suami yg bagai penjenayah dlm rmh sendiri tu. Cuba fahami konsep dera. Jika seseorg gemar mendera, gemar psiko mental sessorg yg lain mmg dh tahal penjenayah di mana dia bakal musnahk. Hidup org yg dia sasar. Jgn tunggu lama lg, Suami awak x normal. Suami yg normal syg isteri & layan isteri selayaknya, dilindungi & dibelai manja. Faham x?
Tlg jgn salahkn diri awk, atau merayu2 ketika dia abuse awk tu, sbb itu akn menjadikan dia rasa x bersalah dgn perbuatan itu dan merasa lbh berkuasa.. sebaiknya lps dia ‘serang’ awak tu, pergi buat pemeriksaan doktor, terangkn kpd doktor tersebut apa yg terjadi dan minta doctor tu buat laporan bertulis mngenai keadaan bdn awak.. w/pon tiada kesan lebam, mngkin laporan itu mnerangkn bhw jika perbuatan ini diulang lagi kemungkinan ada organ dlman yg rosak dan juga mngakibatkan ‘trauma’ atau sakit mental.. juga berjumpa lah dgn kaunselor or psikatris yg bole membantu kesihatan mental awk.. percayalah, semakin lama awk ‘tunggu’ di situ n biar dia buat sesuka hati, keadaan bkn menjadi lbh baik, tetapi semakin memburuk.. w/pon pasangan awk akn ‘act normal’ spt tiada apa yg berlaku, tp yakinlah bhw ianya akn berlaku lg dan yg mnanggungnya ialah awk seorang.. so, act from now utk jauhkn diri dan ambil langkah berjaga2 sekiranya ia (gaduh) berlaku lagi.. kesiankan lah diri awk sendiri, sbelom awk kesian dgn org lain.. wallahu a’lam
kalau macam ginilah cara kau tangani masalah kau, nampak gayanya cerai mati ajelah jawabnya nanti korang