Housemate aku cakap rimas aku asyik suruh basuh kaki tangan lepas kelur toilet.
Cuba korang nilai kan ya apa aku cerita ni. Adakah aku melebih lebih?
Housemate aku cakap aku melebih lebih macam psycho je. Tapi aku rasa aku biasa-biasa je dah terpaling basic dah ni.
Aku paling tak boleh bab tandas rumah. Aku kena toilet tu bersih takde bau tengik macam tandas awam.
Bagi aku, tandas tu tempat paling kotor tapi kita ambik wuduk pun situ lah, jadi aku nak dia sentiasa bersih.
Lepas buang air beso ke kecik aku mesti nak siram cukup2 pakej sental2 sikit jamban tu. Pelapik dia tu kena angkat dan siram situ.
Pastu sambil2 mandi aku akan selalu sental lantai dan dinding. Sinki tak nak ada kulat2, sinki tempat nak basuh muka gosok gigi semua kena berkilat.
Sebelum keluar toilet kena basuh kaki tangan. Kalau buang bulu tu jangan biar sepah2. Bersih kan pencukur tu.
Kalau berus gigi tu ubat gigi terpercik kat cermin, lap balik cermin tak nak ada stain. Tu jeeee simple kann?
Rutin aku dalam at least seminggu sekali je sental toilet. Lagi baik kalau 3 kali seminggu. Toilet kena wangi selalu.
Lepas tu dapur. Dapur ni tempat kita buat makanan. Kena bersih. Menyampah betul aku kalau kat dapur ada kain kesat kaki yang buruk.
Kesat kaki kena cantik dan tak kotor. Lantai tak boleh ada tumpah2 minyak. Walaupun aku guna selipar kat dapur, aku nak lantai cantik bersih.
Sinki kena bersih takde kulat, takde pinggan longgok2. Lepas tu dapur tu tak nak ada percik2 minyak lepas masak aku selalu lap semua kilat2.
Dua tempat ni je aku particular. Sebab aku rasa memang kena sentiasa bersih. Bilik tido aku tak heran suka hati korang lah nak macam mana pun.
Bilik aku pun tak la kemas sangat tapi tak kotor la. Beza kan, sepah dengan kotor.
Bila aku tegur benda2 ni housemate aku semua cakap aku lebih2. Kalau aku takde kat rumah tu balik rumah parents aku, memang habis lab semua tu kotor macam berlumut.
Tapi ada housemate aku cakap aku problem sebab aku ada tabiat macam ni.
Karpet ruang tamu aku tak boleh la tengok ada rambut gumpal2 ke sisa makanan ke. Aku rasa berdenyut kepala.
Lagi satu aku tak boleh tengok tuala mandi yang bersangkut tapi meleret ke lantai. Aku macam rasa kotor benda tu.
Tuala aku kalau jatuh ke lantai, aku terus rasa kotor nyaa terus tukar walaupun lantai elok je bersih. Masalah ya aku ni?
Setiap kali keluar atau beli air, aku akan basuh straw, sudu dan garpu. Aku tak boleh tengok orang pegang2 cawan aku kat tempat bahagian mulut tu aku jadi terpikir macam2.
Cawan plastik kan, aku tak boleh tengok kaau macam berdaki je. Aku takkan guna.
Botol air aku selalu rendam dengan air panas sebab cubaan nak bunuh kuman.
Entah la aku cuba untuk tak pikir banyak sangat sebab aku penat tapi dalam masa yang sama aku rasa macam tak tenang, macam adaa je kuman di mana2, kalau benda2 di atas tak terjaga.
Adakah aku tak normal atau housemate aku yang tak normal?
Ye la manusia pengotor kan ramai.
– Magic clean (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dik, awak ada ocd..sama macam akak tapi awak lagi teruk..haha..bab toilet dgn kitchen tu kita lebih kurang tapi akak merangkumi the whole house la sebab dah kahwin..so nasihat akak, selalunya kalau orang ada ocd macam kita ni tak boleh share rumah dengan orang lain, sebab kau akan sakit kepala melayan karenah setiap housemates..lain bila dengan keluarga sendiri, at least diorang dah tau perangai kita, so sedikit sebanyak diorang kena follow the rules walau kadang terpaksa..benda ni kalau dah terjebak memang kita tak boleh nak turn back kan..trust me, i’ve tried before..so good luck to you girl!
OCD di diagnosed oleh doctor pakar psikiatri ke? Kalau tak, tak boleh claim suka2. Sebab ada juga OCPD. Ramai yang salah dan selalu self diagnosed pasal OCD ni.
Dapat official diagnosis dari doktor pakar psikiatri ke? OCD ni penyakit mental. Bab penyakit mental ni tak boleh suka suka claim.
Saya teringin nak jadi macam awak. Habit mcm tu bagus. Saya harap dapat jadi mcm a
Saya teringin nak jadi macam awak. Habit mcm tu bagus. Saya harap dapat jadi mcm awak One day. The problem is since kecik saya adalah org sebaliknya. Susah kalau takde sense tentang kebersihan ni. Congrats!!
awak tak over pon dik..akk suka kalau awak sewa rmh akk..meh meh ..ssh nk jumpa org rare mcm ni..tenang sikit hati owner kalau ade penyewa mcm awak..
bab toilet n dapur tu memg patut kita jaga, rasa xmelebih2 pun. tp bab tuala n kain buruk tu kita simpan masalah tu utk kita ja, pls jgn share dgn kwn2, ni boleh dikategorikan sbg melbih2. hati lain2, jgn disbbkan masalah tuala meleret2 tu kwn ckp kita gika.
Aku pun macam tu…serious ar ni ocd?cara ko mention bab toilet dgn dapur sejibik aku…aku geli klu masuk toilet nampak buih sabun mandi kt dinding, sebelum keluar bilas la dinding dgn lantai. Satu lagi jenis guna tisu kt toilet pastu ada cebisan tisu kt lantai, geli tau.
-pelapik jamban kena angkat dan siram sebab kadang najis terpercik
-aku bukan takat tuala, semua jenis pakaian kalau sangkut meleret serabut aku tengok
-basuh sudu/garfu/straw dari zaman sekolah lagi aku buat, cuma sekarang aku dah bawa sudu garfu straw sendiri ja. Aku memang geli kongsi straw dgn org kecuali keluarga.
-aku tak kan makan atau minum kalau bekas ada sticker/label. Buang dulu masa beli baru guna
Eh sama la kita. Kalau dapur dan toilet tip top, letih dan stress macam mana pun aku boleh bahagia. Tapi tu la nak dapat housemate/roommate yg bg kerjasama susah. Dengan family pun aku boleh gaduh pasal ni.
. OCD tu perasaan was2 yang membuatkan kita buat satu perkara berulang2 kali. Kalau tak buat kita akan resah gelisah. Akan ada fikiran berulang2 untuk buat sesuatu. Ramai yang self diagnosed dan salah faham dengan OCD ni. OCD dan perfectionist sesuatu yang berbeza.
Kenapa la baca confessions dkt iium ni, makin banyak kemunafikan ni?
terpaling alim, pembersih, terpaling suci la, terpaling malaikat la. Terpaling si kuat kritik ni kan? Jangan gitu laaa… Kami tak nak kawan kalau suci sangat. Kami segannn nauu.
Ramai salah faham OCD ni. Asal pembersih, teratur OCD. Perfectionist and OCD berbeza. Doctor nak evaluate pun susah OCD ni, perlukan masa.
Mesti setiap hari ada sahaja complain dia ni kan. Complain Sana, complain sini. Lariiii🏃