Untuk part I, (https://iiumc.com/achalasia-cardia/).
Assalamualaikum, terima kasih buat admin sekiranya confession saya yang kali kedua berkaitan Achalasia Cardia ini disiarkan.
Jelasnya, seperti dalam coretan saya yang kali pertama, saya hanya ingin berkongsi ilmu tentang penyakit Achalasia Cardia kepada orang awam dan lebih menarik lagi sekiranya ada pesakit Achalasia yang terbaca confession ini.
Dalam coretan kali kedua ini, saya ingin menceritakan beberapa rawatan yang saya jalani sepanjang saya telah didiagnos mempunyai penyakit Achalasia Cardia semasa berumur 17 tahun.
Ini bermakna saya telah berhadapan dengan simptomp penyakit ini lebih kurang 2 tahun dan tentunya pengalaman tersebut amat mengerikan dan mengubah bulatan kehidupan saya.
Nak dijadikan cerita, semasa hujung tahun 2019, saya mengalami demam yang sangat aneh. Aneh seperti apa ? Aneh di mana demam saya mula teruk ketika masuk waktu maghrib.
Tiba-tiba sahaja dahi terasa panas dan badan terasa lemah. Sedangkan pada waktu pagi, demam saya sedikit pulih namun badan terasa lemah untuk ke sekolah selama lebih dari seminggu.
Paling teruk lagi bila demam saya yang agak lama itu diiringi dengan batuk berkahak yang berdarah!
Setiap malam nafas saya tercungap – cungap ketika tidur dan sepanjang dua tahun itu jugalah, saya setiap malam muntah waktu tidur dan saya tidak pernah tidur secara flat. Saya perlukan bantal yang banyak dan kadangkala terpaksa tidur duduk.
Ibu telah menghantar saya ke hospital kerana temu janji di klinik sebelum itu, doktor mengatakan bahawa saya berkemungkinan mempuyai penyakit batuk kering (Tuberculosis). Hal ini kerana, x–ray peparu saya mempunyai tompok putih dan kuman yang sangat banyak.
Disebabkan tiada perubahan setelah saya megambil ubat antibiotik, doktor menetapkan tarikh untuk saya menjalani CT Scan.
Untuk pertama kalinya, saya dimasukkan ke dalam terowong yang pada pandangan pertama saya, ianya khas buat mereka yang sudah berumur tetapi sebenarnya semua orang boleh melaluinya.
Ngeri ? Sangat mengerikan kerana saat ubat dimasukkan ke dalam branula, rasanya seperti renjatan elektrik bagi saya.
Melalui keputusan CT Scan lah, doktor mendapati bahawa paru–paru kiri saya berparut disebabkan makanan yang saya muntah pada setiap malam, ada sebilangannya termasuk ke dalam saluran pernafasan saya dan menyebabkan paru–paru mendapat jangkitan.
Kenapa? Sebab manusia menyedut udara dan bukannya makanan ke dalam peparu. Malah, melalui keputusan itu jugalah, doktor terkejut apabila saya disahkan menghidap Achalasia Cardia dan esofagus saya bengkak dan mengembang (dilated).
Lain daripada itu, saya juga menjalani ujian endoskopi iaitu OGDS ( esophagogastroduodenoscopy ) yang sangat mengerikan. Sangat tidak selesa mengikut pengalaman saya!
Dalam ujian ini doktor akan memasukkan kamera melalui mulut sehingga ke bahagian pertama usus kecik iaitu duodenum. Apa yang saya dapat gambarkan ianya umpama batang kayu sedang dirodok ke dalam perut saya.
Apatah lagi saya tidak diberikan ubat sedatif (sedation). Boleh dikatakan suatu penipuan sekiranya saya katakan bahawa tiada air mata yang keluar. Habis sahaja ujian tersebut, saya berlari ke bilik air dan menangis.
Cengeng kan ?
Saya juga menjalani ujian manometry. Ujian ini sangat penting untuk menetapkan tahap kebolehan esofagus kita dalam bekerja. Jelasnya, untuk mengukur sejauh mana esofagus (salur pemakanan) seseorang itu dalam menjalankan proses peristalsis.
Ujian ini dilakukan di mana ada satu tiub manometry yang panjang akan dimasukkan kedalam hidung pesakit dan ditolak ke dalam sehingga ke perut.
Selepas itu, pesakit perlu menelan air sebanyak sepuluh kali. Maka, bacaan peristalsis yang berlaku akan dipantau melalui sebuah skrin.
Ujian ini sangatlah penting! Sebab ujian ini berupaya untuk menentukan type Achalasia yang dimiliki oleh pesakit.
Generally, Achalasia juga mempunyai pelbagai type iaitu type 1, type 2 dan type 3. Malah, untuk type 3 kebiasaannya pesakit berisiko menghidap kanser esofagus dan boleh jadi salur pemakanannya akan dibuang.
Bila dah ditentukan type, barulah doktor dapat mengenal pasti rawatan yang sesuai untuk seseorang pesakit Achalasia Cardia. Sakit tak manometry ? Bagi saya definisinya bukan sekadar sakit malah rasa tidak selesa juga ada.
Perumpamaannya boleh digambarkan dimana ujian swab test untuk Covid-19 yang jolok hidung tu dilakukan sehingga ianya masuk ke dalam perut. Boleh bayangkan ? Begitulah apa yang saya rasa.
Kalau boleh taknak kena lagi. Air mata keluar ! Ngeri !
Selepas manometry, barulah doktor boleh lakukan pembedahan. Secara spesifiknya, banyak rawatan pembedahan untuk Achalasia Cardia. Pembedahan yang saya jalani adalah Laparoscopic Heller Myotomy. Doktor akan membuat lima tebukan di bahagian abdomen.
Alhamdulilah tempoh untuk discaj dari hospital hanyalah tiga hari.
Namun, ada beberapa kesan pembedahan yang saya nak kongsikan iaitu pandangan mata akan sedikit kabur seperti rabun dan bahu akan terasa sakit untuk tempoh yang agak lama bagi saya. Jadinya, jangan terkejut kalau mata tiba – tiba tak nampak.
Belum buta lagi jangan risau. Itu berkemungkinan kesan sampingan ubat bius yang diberikan. Alhamdulillah, saya dapat discaj tiga hari awal daripada tarikh pembedahan.
Secara kasarnya, apa yang saya ceritakan adalah rawatan ataupun test yang perlu dijalani oleh pesakit Achalasia Cardia. Bergantung juga pada nasib seseorang kerana kadangkala ada juga yang terpaksa menjalani ujian yang diceritakan di atas banyak kali.
Hali ini kerana, boleh jadi ketiga – tiga test tidak menunjukkan bacaan yang sama untuk seseorang pesakit sama ada dia menghidap Achalasia atau tidak.
Apapun, ingin saya jelaskan bahawa Achalasia Cardia adalah ‘ incurable ‘ disease. Dia datang secara tiba–tiba dan tidak akan pulih.
Pembedahan hanyalah bertujuan untuk mengurangkan kesan simptomp yang dialami oleh pesakit. Jadinya, lebih baik buat pembedahan dengan segera daripada tunggu kerana berisiko esofagus akan dibuang !
So, saya harap perkongsian ini dapat menjawab pertanyaan dalam confession ” Achalasia Cardia ” sebelum ini. Moga input ini dapat memberi pendedahan buat para pembaca :)
– Aira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit