Ad1k Yang Didown-gradekan

Aku Hawa, anak kedua. Atas aku abang. Jadi aku anak perempuan sulung.

Jarak aku dengan adik selepas aku jauh. Hampir 7 tahun. Jadi sebelum adik aku ada, mak ayah aku ade kitorang berdua je.

Aku rasa benda ni biasa yang mak akan lebih rapat dengan anak lelaki.

Untuk mak aku, dia sanjung betul abang aku. Makanan favourite aku sikit die tak ingat, jadual aku, semua lah.. tapi abang aku pehh semua dia ingat.

Aku kalau balik dari rumah(semenanjung) dari kerja (dekat sarawak), sikit pon dia tak tanya aku ada teringin nak makan apa-apa tak..

Kalau abang aku yang kerja sejam je dari rumah ni dia dah siap tanya nak makan apa sebelum abang aku balik.

Sedih betul aku. Aku tunggu je mak aku tanya dari kat airport lagi, aku ingat dia ada masakkan apa2, rupanya lepastu bawak makan kedai je.. sedih sis.

Macam2 benda jadi yang aku rasa perangai abang aku dengan mak aku sama. Suka downgrade kan aku.

Antaranya aku ni tak berapa pandai masak, tapi aku selalu cuba untuk memasak.

Kalau tak jadi, memang abang aku akan menghina (menghina ya bukan membahan yang macam gurau tu) aku rasa down sangat kalau tiap kali adik aku masak tak jadi mesti dia kata aku yang masak.

Padahal adik aku yang masak. Sampai sekarang benda tu jadi trauma kat aku, aku tak masak kalau dia ada dan mak aku ada.

Kau faham tak perasaan yang orang judge kau dengan hinaan. Come on weh aku baru belajar, bukan aku terus power.

Pernah waktu kat meja makan abang aku masak, pastu dia tanya mak aku, sedap tak? Of course la mak aku akan jawab sedap.

Dia pandang aku dan cakap “tengok aku masak lagi sedap dari kau, walaupun kau selalu masak, tak pernah sedap, kan ibu kan?”

Mak aku pon angguk. “Memang lagi sedap, selalu masak memang la sedap” .

Time tu terus bertakung air mata aku.. sebab mak aku baru balik dari umrah time tu.. aku yang memasak kat rumah ni untuk abah dan adik2..

Abang aku kerja kat kl.. bila masanya pulak die selalu masak kat rumah ni. Aku ni lah yang sanggup cuti jaga adik2 yang masih sekolah waktu dia pergi umrah. Macam apa yang kita buat tak dihargai

Lagi satu abang aku ni suka menghina appearance. Orang kata face shaming sekarang. Aku akui dia handsome, tapi tak bermakna kau boleh menghina adik kau.

Dulu waktu sekolah die panggil aku jerawat depan orang, depan kawan, depan semua lah. “Oi jerawat” “eii tengok jerawat kakngah kau”.

Walaupun jerawat aku takde la seteruk orang lain, (jerawat kat area pipi je) tapi di mata di dah teruk dah tu. Macam die perfect sangat.

Kalau ade je cacat kat diri kau ni memang akan kena lah. Alhamdulillah sekarang muak aku okey. 1/2 jerawat tu biasa la.

Sekarang dah dewasa dia guna pulak bab jodoh. Aku sekarang late 20. Aku jenis yang tak suka couple.

Kalau aku nak kahwin (dah ready) aku akan cari then settle down. Tak couple bukan bermakna takde orang nak aku. Kat universiti ada orang nak tapi aku nak concentrate study.

Kat tempat kerja ada yang nak juga tapi aku rasa tak sesuai. And aku dah ada someone sekarang cuma aku tak bagitahu dia dan mak aku. Adik aku je tahu. Aku takut kalau bagi tahu ade je complaint nanti. Takut!

Lain la macam dia, bertukar-tukar perempuan. Sebab dia tak tahu aku dah ada someone,

Dia selalu cakap.. aku ni mesti tak kan ada orang minat.. mesti tak kahwin, tak cantik tak kan ade orang minat.. Macam2 lagi ayat yang keluar..

Walaupun aku bukan jenis yang pandai tunjukkan sedih, tapi waktu dia cakap tu nak menitik rasa air mata. Aku selalu pendam dan nangis seorang diri dalam bilik. Macam mana kuat pon, aku tetap sedih.

Macam-macam lagi yang jadi..

Aku harap sangat aku akan dapat rasa kasih sayang mak dan abang yang sebetulnya.. mungkin dari mak mertua ke.. inshaAllah. Doakan aku kuat.

– Hawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *