Salam semua. Saya sebenarnya nak cerita pasal adik perempuan saya yang bongsu dia dah berumur 31 tahun masih bujang dan bekerja.
Saya rasa adik saya memang tak suka saya dan saya betul –betul sedih dengan perangai dia.
Saya seorang ibu tunggal berumur pertengahan 40 an dan ada anak seorang lelaki dah besar dan bekerja.
Selepas saya bercerai kira kira 10 tahun yang dulu kami tinggal bertiga dan adik beradik yang lain adalah juga balik rumah menjenguk kami.
Segala bil utility, perbelanjaan rumah dan kerja-kerja rumah saya yang buat. Tapi tak mengapalah saya pun takde komplen apa-apa pun.
Tapi begitulah disebabkan saya yang selalu buat semua kerja itu dan bila ada saya tak buat kadang sebab penat saya pun berkerja juga, saya akan dipanggil pemalas oleh dia.
Saya juga pernah kena herdik dan dimaki oleh dia disebabkan hal-hal yang kecil yang remeh.
Saya bersabar sebab dia yang bongsu dan arwah ayah selalu pesan jangan bergaduh adik beradik. Saya banyak mengalah dan saya yang banyak menangis.
Dia suka kucing tapi itulah najis-najis kucing, muntah kucing itu semua kerja saya yang bersihkan.
Pernah sekali ada kucing berak bawah kerusi sengaja saya biar saya terus pegi kerja saya nak tengok ada tak dia cuci tapi haram akhirnya saya jugak yang bersihkan.
Segala kehidupan saya seolah dia yang nak control. Kalau saya beli barang pun dia kata membazir padahal guna duit saya bukan duit dia pun.
So saya ni sebenarnya pun tak terpikir akan bercinta pada umur 40 an ni. Tapi ditakdirkan Allah saya berjumpa dengan seorang lelaki ni.
Lepas kenal dalam 6 bulan camtu kami merancang untuk bernikah. Adik beradik saya yang lain cukup happy bila tahu saya bakal berkahwin.
Tapi bukan pada adik saya. Macam-macam kata kesat dia wasap saya,
Cakap saya ni lupa diri.. lupa pada adik beradik.. lupa pada arwah ibu dan ayah dan menyuruh saya putuskan hubungan saya ini.
Sampaikan kawan lelaki saya tu takut nak kawin dengan saya disebabkan perangai adik saya ni. Kami tetap berkawan walaupun macam2 adik saya ni hina saya.
Sampai satu masa kami telah menetapkan tarikh untuk bernikah. Adik saya pun tak kata apa dah bila tengok kami masih lagi bersama.
Saya pun bukan bodoh nak putus semata-mata kerana dia. Lagi pula dah jumpa dengan seorang lelaki yang boleh terima saya seadanya.
Kami pun tak mahu buat majlis kenduri grandiose nak yang simple jer. Tu pun adik saya nak atur macam macam.. door gift tak payah bagi..
Pelamin tak payah buat dan yang paling kelakar dia suruh saya malam selepas akad nikah tido dirumah yang bakal suami saya tido lah kat mana-mana pun katanya.
Saya cerita kat bakal suami saya marah dia.. saya dah jadi isteri dia kot time tu. Suka hati lah dia nak bawak saya kemana pun.
Bakal suami saya tu hairan dengan saya sebab boleh bersabar dengan karenah adik saya.. Kalau dia dah makan penampar dah adik saya tu.
Saya cuma bersabar sebab tak mahu bergaduh adik saya ni pandai menjawab ada je jawapan dari dia nak halalkan perbuatan dia. Saya tak tahu macam mana nak tegur adik saya ni.
Kalau depan orang dia behave silap2 orang yang ingat saya buli dia. Kadang-kadang saya stress dengan sikap dia. Dia nak apa dari saya pun tak tahu.
– Norli (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit