Assalamualaikum. Pertama-tama, terima kasih admin jikalau confession ini anda siarkan. Ini adalah confession pengutaraan pertukaran pendapat kepada Cik A berkenaan pointer 3.5.
Ya, sesungguhnya darah aku berdessuppp naik ke atas lepas baca confession Cik A. Ya, aku triggered walaupun aku tidak berada dalam golongon orang yang perlu untuk triggered. I’m writing here out of the common sense of the concept saling memberi.
Aku faham situasi bila mana kau jadi tempat rujukan kawan kawan sebab kelebihan yang kau ada. Walaupun benda sekecil kecil alam yang sebenarnya diorang boleh je google sendiri atau cari bahan sendiri. Tapi golongan golongan ini, pandang kau dengan pandangan “oh, dia ni pandai, mesti tahu semua benda, mesti dia ada buat nota, mesti dia dah study.” Boleh tak kau tolong aminkan je apa yang diorang cakap, instead of menidakkan? Walupun kau sebenarnya struggle nak cari jawapan untuk pertanyaan diorang (yang kau sendiri pun kadang kadang tak faham and tak baca lagi pun).
Ya, kau struggle untuk dapatkan ilmu. Tapi kau faham macam mana kawan kawan kau yang lain yang asyik tanya kau soalan itu ini tu struggle? Di sini aku bercakap secara general. Mungkin ye, kawan kawan kau yang kau nampak depan mata, diorang nampak tak bersungguh buat kerja. Dan mungkin tahap IQ diorang agak rendah berbanding kau (ye lah kau bangga sangat dengan 3.5 kau kan?), tapi at least, dia ada effort nak tiru kau. Boleh tak kau tolong dia, bagi je tiru jawapan kau. Terserah dia lah nak study semula ke tak jawapan kau tu. Mungkin kau “rasa” tak, tapi hakikatnya? Pikir.
Next is, bila kawan kau tanya kau benda yang kau tak tahu, dan kau kena tanya kat lecturer, bukan ke ku dapat ilmu tu sekali? Aduh pointer dah elok, pemikiran tu elok lah sikit. Tak payah nak bangga sangat bila kau faham sesuatu benda tu, lepastu kau boleh claim ilmu tu dari kau. There’s no such thing like that. Ilmu tu dari Allah. Kau tanya lecturer kau pun sebab Allah izinkan kawan kau tak faham dan membuatkan dia tanya kau. Kau dapat penerangan pun sebab Allah izinkan lecturer kau terangkan. Kau faham pun sebab Allah izinkan otak kau digest segala apa yang telah diterangkan. Faham? #donedakwah
Ha dah lepas faham ilmu tu, can you just re-explain it to your friends? Kau kena bayar ke nak terangkan apa apa ilmu yang dah kau faham? Kau ajar orang, orang doakan kau pandai pun kau “defak”kan diorang? Makin ramai kau tolong, makin ramai yang doakan kau pandai. Kau tak rasa kata kata diorang tu lah yang sedikit sebanyak tolong kau dapat 3.5? Atau kau rasa 3.5 kau dapat semata-mata atas usaha kau yang struggle gila-gila SAHAJA? Bukan atas doa orang lain? Pikir.
Tapi ada point point kau yang aku setuju, kawan kawan, tolong jangan terlalu bergantung dengan insan insan bijak pandai seperti Cik A ini sebab mereka ni ada tanggungjawab sendiri untuk memahami setiap apa yang lecturer ajar dalam class. Sama seperti awak semua juga kawan kawan. Apa kata, dalam class tu cuba sehabis baik untuk dapatkan ilmu, kalau tak faham jugak dari lecturer, baru tanya insan insan bijak pandai seperti Cik A ini. Sebab kalau kawan sendiri yang terangkan, lebih faham daripada lecturer terangkan. Tak gitu kawan kawan?
Jadi konklusinya di sini, memberilah, walaupun sekecil kecil ilmu. Sebab bukan kau yang miliki ilmu itu. Semua milik-Nya. Dan tips kau yang lain sangat tepat.
1. Jaga hubungan dengan Allah (doa, senjata paling kuat)
2. Jaga hubungan dengan mak ayah (doa mak tu umpama peluru berpandu yang tembus langit)
3. Jaga hubungan dengan lecturer (jangan pernah cakap belakang pasal lecturer, aku pernah rasa nahtijahnya T_T)
4. Focus, focus dan focus!
5. Jaga carrymark. Tapi kalau carrymark dah tinggi, jangan pulak kau buat sambil lewa time final. Aim for A+, bukan sekadar pass.
6. Aim higher. Guna subconscious mind kau yang telah dikurniakan oleh Allah subhanallah taala, untuk selalu berimaginasi yang kau akan berjaya suatu hari nanti.
Jadi, aku doakan Cik A dan kawan kawan akan menjadi insan yang cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat. Begitu juga dengan anda semua yang sudi membaca confession ini, semoga kita menjadi insan yang berjaya dan yang dapat memberi manfaat kepada orang orang sekeliling. Insya-Allah. Aminnn.
Assalamualaikum.
– B
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit