Ada Apa Dengan Beg Goyard?

Aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup serba serbi. Aku bersyukur ada Abah dan Mak yang berkerjaya. Apa yang kami minta dapat. Mereka sekarang pencen lumayan dan hidup sihat.

Dalam 4 beradik aku anak bongsu. Kakak sulung aku kahwin dengan rakan office dan sudah ada anak. Mereke kerja di MNC – hidup mewah tapi aku tau mereka kuat cari duit. Ada kedai shopee, anak-anak ada bantu packaging dan delivery.

Atas aku kembar Bang Am dan Bang Im. Bang Am kerja MNC juga baru dapat naik pangkat. Isteri (kak Iza) dia kerja GLC. Aku congak gaji Bang Am dan isteri dan Kak Long dan suami dia, mereka golongan T5. Sebenarnya aku kagum dengan dorang.

Aku final year universiti, aku intern dan aku nampak karekter-karekter kat office yang ok dan tak ok. Aku banyak bertanya dgn Kak Long dan K Iza macam mana nak menghadap office politics, company mana yang bagus etc

Bang Im lain cara dia dari  Bang Am. Gaji sebagai eksekutif syarikat dalam RM5000 dia beritau mak aku. Tapi aku dapat tahu Abah subsidi hidup dia. Kakak Jaja dia tak kerja. Lepas buat diploma kerja sales girl. Kawin dan lepastu duduk rumah.

Aku tak vibe sangat Bang Im dgn Kak Jaja ini diorang suka berlagak kaya. Serious legit dulu aku ingatkan Bang Im ini kerja gaji besar macam Bang Am sampailah Abah minta aku tengokkan transaction yang suspicious dalam app bank dia.

Rupanya setiap bulan Abah dapat pencen dia transfer ke Bang Im. Kadang ada jugak transaction lain dalam ratus ratus ringgit. Mungkin duit susu anak sebab diorang duduk kat KL.

Nak cerita sebenarnya aku perlukan pandangan. Abah baru jual tanah. Abah declare dia akan belanja apa sahaja yang anak menantu dia nak dengan syarat dia akan belikan benda tu sendiri (bukan kasi duit cash la).

Sekarang yang aku tengok dalam whatsapp keluarga:

KLong dan bang Long: nak extend rumah diorang untuk ada 1 lagi bilik bawah dan toilet untuk parents yang tua.

BangAm dan Kak Iza: duit yuran anak masuk sekolah swasta. Kak Iza plan sambung Masters.

Bang Im dan Kak Jaja: travel pergi oversea dan handbag Goyard.

Aku terperanjat demand kak Jaja ni. Kau tu suri rumah, orang kampung, anak nak masuk tadika. Macam tak fikir masa depan ke? Aku rasa dia berbulu dengan Kak Long dan Kak Iza yang gaji besar dan pakai handbag mahal.

Instagram dia ada “mengungkit” bersalin hospital kerajaan. Kalau bila Abah ke K Long ke pergi oversea, insta story dia mesti have destinasi dia nak pergi dan tag Bang Im sekali.

Perangai kak Jaja ni buatkan aku lagi selesa dengan keluarga Bang Am. Kak Iza balik rumah pun selalu tolong Mak dan Bibik. Kak Jaja tidak macam tu.

Sekarang ini aku tak sure nak minta Abah apa. Aku dah nak graduate, belum ada calon lagi kalau nak kahwin. Aku ikut hati nak Abah beli beg luxury macam k Jaja, tipulah kalau aku tak terpengaruh tengok influencer-influencer pakai bag Goyard tu.

Tapi bila aku tengok kakak-kakak lain kan, aku rasa patut aku minta something atau buat benda yang berpandangan jauh. Tapi aku tiada idea lagi.

Korang tolong bagi aku idea.. Aku try nak jadi wanita independent dan chill macam kak Long dan kak Iza. So nanti aku kahwin nanti aku hope takkan kikis harta suami dan family mertua dan belagak luar dari kemampuan aku dan suami.

– Azi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Mintak downpayment beli rumah. takpun mintak cash utk invest dlm asb. takpun beli tanah. takpun mintak bitcoin setengah biji

  2. Aku rasa kau ni tak matang lagi dik. Meh sini kakak ajar cara jadi orang matang dan bahagia. JANGAN SIBUK HAL ORANG. Ko ni terlalu fokus kehidupan orang lain la dik. Biar saja la orang tu dapat itu ini. Jangan buang masa fikir pasal orang. Ko fokus je hidup ko. Tak perlu pun nak ikut lifetsyle orang lain. Tak ada syarat, limit dan tak berdosa pun abah ko spend more kat adik beradik lain. Biar kan aja, OK? Abah ko tak bising2 pun kan duit dia kurang. Hidup je dengan tenang tanpa sibuk hal orang. Sifat tu buat orang benci je dik. Chill je ok. Biar la orang lain nak berlagak kaya ke apa ke. Yang ko ni, tak ada kerja ke? Sibuk perhati hidup orang pula. LOL

    • Adakah anda kak jaja? Hahahaha. Chill la, kita sebagai anak normal ada perasaan mcm tu kot, duit ayah kita. Manusia kan. At least dia ambil pengajaran untuk tak ambil kesempatan atas kesenangan orang lain ✌🏻

  3. Boleh consider minta emas. Yg hat perhiasan ataupun gold bar. Boleh jadikan simpanan akan datang.

  4. sila mintak gelang emas dik non. gelang, rantai n cincin emas, ayah dh offer ko kena grab. xkan ko nak bg kakak ipar ko je duk joli. dorg ada laki utk cari keperluan dorg, ko yg tak bsuami ni, sila la grab sebelum habis kena tarah.

  5. Sila la mtk rumah sebijik ke dua bijik or brp bijik.. aset jangka masa pjg tuu. Bg sewa dpt income bulan2

  6. Sila la mtk rumah sebijik ke dua bijik or brp bijik.. aset jangka masa pjg tuu. Bg sewa dpt income bulan2. Emas pon ok

  7. Sila la mtk rumah sebijik ke dua bijik or brp bijik.. aset jangka masa pjg tuu. Bg sewa dpt income bulan2. Gold pon ok

  8. Hakak listkan beberapa perkara dik.

    1) downpayment rumah baru. Makesure rumah landed tau.
    2) suruh abah simpan sat bahagian kau utk majlis kawen kau nnt. Walau takde calon lg. Simpan je dlu. Dr cara ngko cerita, fmly ngko org berkerjaya semua. Jd majlis kawen kena buat proper. Majlis kawen proper / grand byk pakai duit dik.
    3) emas. Emas makin mahal. So ngko rembat la 100g harini. Harga hari ni lbh kurg RM38000 dah 100g tu. Pastu ngko simpan sampaiiiii dia lagi mahal. Esok² boleh jual semula. Invest dik. Emas ni sama ada kau nk yg boleh pakai or jongkong. Err..ngko pompuan kan dik? Kalau pompuan, beli yg boleh pakai. 2 in 1 gitu.
    4) beli 1 unit subsale rumah buat sewa / homestay dekat lokasi tumpuan. Begitu je ngko dpt passive income bulan².
    5) buat start up niaga franchise. Franchise ni ada HQ jaga. Kita run je. Kat situ nnt ngko bos, ada untung, ada gaji. Benda nk sustain lama, kena usaha jgk. At least takde la abah belanja something mati kat situ je kan. Ada jgk hasil sepanjang ngko niaga nnt.

  9. ko nie pilih bulu je dik non..yg t20 tu ko suka la…sbb dieorg bekerjaya n ade harta..bang im ngan kak jaja tu bkn org senang ko nak menyampah2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *