Ada Apa Dengan BTS?

Assalamualaikum. Terima kasih pada admin kerana menyiarkan confession saya. Confession ini saya tulis menggunakan campuran Bahasa Melayu dan Inggeris kotemporari.

Nama saya Su. Berumur 33 tahun. Sudah mendirikan rumahtangga dan belum lagi dikurniakan rezeki anak. Saya dan suami berkongsi hobi yang sama; muzik, buku, futsal, aktiviti NGO dan backpacking ke luar negara setahun sekali.

Jadi, apa kena mengena dengan tajuk di atas?

Secara jujurnya, saya tak pernah dengar lagu-lagu dari genre K-pop. Cuma tahu lagu Oppa Gangnam Style tu sebab semasa di US dulu, lagu tu sangat popluar di sana. Saya dan suami pula lebih meminati music R&B dan Jazz.

Sehinggalah 2-3 minggu yang lepas,

Saya datang melawat kakak ipar saya. Kemudian, saya borak-borak lah dengan anak buah saya yang
berumur 14 tahun dan kami ‘having some catch-up session together’. Dia pun ceritalah tentang artis
kegemaran dia, BTS. Dia ajak lah saya tengok wayang; Burn The Stage sebab nak ajak emaknya memang tidak lah.

Disebabkan anak buah saya ni jenis jarang keluar rumah, result exam pun tak menghampakan, aktiviti sekolah pun okay, saya pun setuju, kira as a reward for her exam achievement, dengan syarat pakciknya ikut sekali.

Wah, bukan main seronok lagi dia siap ‘plan’ masa tayangan dan tempat sebab dia nak tengok dengan kawan-kawan dia. Saya pun okay jelah, asal dia gembira. Makanya, sebelum tengok wayang tu, saya buat research sikit; just based on Wikipedia and movie trailer to get the basic knowledge about them.

Kami pergi tengok wayang tu hari Sabtu lepas sebab taknak kacau waktu sekolah dia. Tapi, dengar cerita dalam beberapa jam tiket wayang habis dijual ketika premier screening. Kami pergi awal 30 minit. My husband and I kinda like culture shock. Haha. We are so intrigued and the fans are all full of excitement.

Seronok pula tengok fans united. Saya duduk sebelah kakak ni (ada juga geng), Kak Aini, dia temankan anak dia tengok wayang. Tapi dia pun peminat juga rupanya. Sepanjang tayangan tu memang saya dan suami sangat enjoy. Dan saya tak sangka, movie macam tu penuh dengan deep phrase.

Bila balik, borak-borak dengan anak buah saya apa yang buat dia minat kat BTS. Dia cakap lagu-lagu diorang best, lepastu diorang suka berinteraksi dengan peminat buat live dekat satu website ni Vlive, dan setiap kali menang anugerah, mereka akan terima kasih pada peminat dulu (Nama fanclub; Army).

Menjadi kebiasaan kami akan buat pillow talk sebelum tidur walaupun borak-borak kosong atau borak isu-isu berat. Malam tu, saya dan suami sedikit ponder sebab ianya satu perkara baru buat kami dan cuba untuk tidak menjadi holier than thou.

Jadi, kami buat keputusan untuk dengar semua lagu-lagu BTS ni. Mendengar disini bukan sekadar dengar sahaja. Kami, baca setiap lirik-lirik lagu mereka, score music, upbeat, tempo lagu. Kami menonton semua interaksi vlive mereka, google tentang kisah peminat, tidak lupa pada ucapan mereka ketika persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2 bulan yang lalu.

Their lyrics are so beautiful. Lagu-lagu mereka banyak mengetengahkan isu yang dihadapi generasi muda masa kini yakni depression, anxiety, stress, low-self esteem, buli, dan jangan putus asa dalam mengejar impian. Isu-isu sama yang berlaku pada generasi muda di seluruh dunia.

They tackle them with the words and enthusiasm.

Antara lirik lagu yang menarik perhatian kami adalah:-

1) Don’t lower yourself, don’t set yourself to them, you’re beautiful enough, don’t worry – 21st Century Girl;

2) If you can’t fly, then run. If you can’t run, then walk. If you can’t walk, then crawl. Even if you have to crawl, gear up – Not Today

3) To be honest, I’m scared of falling and of letting you down. But, even if it takes up all my strength I will be sure that I stay by your side. Although I’ll fall again, I’ll make a mistake again, and I’ll be covered in mud, I believe in myself because I’m a hero – Anpanman

Berbanding di Malaysia, kami perhatikan fanclub peminat diluar negara lebih aktif dan interaktif. They create the bonding to give support to each other among the fans. Dan bila tengok latar belakang peminat boleh tahan juga. Ada yang kami jumpa tu pelajar sekolah perubatan Harvard, Akauntan, ada juga pelajar cemerlang sekolah.

Satu perkara yang kami suka tentang BTS atau artis Kpop ni adalah mereka sangat berdisiplin dan komited pada kerjaya mereka. Mereka juga sangat berdisiplin dan masih mengamalkan budaya hormat-menghormati. Mereka sangat bangga dengan budaya Korea mereka. Kebanyakan mereka ini juga mempunyai pencapaian akedemik yang cemerlang (Tak sangka RM tu kategori pelajar genius, patutlah lirik lagu best-best, huhu).

Dan kami sangat suka mesej dalam album baru mereka. Love yourself. Sayangi diri kita sebelum kita menyayangi orang lain. Sebab apa? Sebab diri kita ini adalah amanah dan ada tanggungjawab yang perlu dipikul.

Jadi, tidak hairan lah mengapa peminat mereka ni sayang pada mereka. Kita mungkin terlepas pandang pada perkara ini. Emotional intelligence, attachment bonding and communication. Kita berkomunikasi dengan anak-anak muda, tapi komunikasi kita tidak sampai ke hati mereka. Kita mungkin lebih suka menghukum tanpa memahami sebab musabab mereka begitu. Anak remaja ni umpama laying-layang, lepaskan tapi jangan ditinggalkan. Bila semakin jauh terbang, kita tarik mereka sikit-sikit kembali dekat pada kita.

Namun begitu, dalam kita meminati sesuatu, jangan sampai kita obsess atau taksub. Bukan pada Kpop sahaja, perkara lain pun sama (politik, bola, kerja, hobi dll). Islam itu sejahtera, pendamaian dan toleransi. Idola kita (bagi yang muslim) adalah yang utama, Nabi Muhammad. Peribadi, akhlak baginda yang kita perlu jadikan benchmarking utama.

Yang baik kita jadikan tauladan, dan yang buruk kita jadikan iktibar.

p/s: Akak dengan suami bias RM. Huhu. Mana-mana yang nak cadangkan kat akak lagu-lagu Kpop yang bagus liriknya (selain BTS) boleh lah kongsikan di ruangan komen.

Belajar rajin-rajin. Assalamualaikum.

– Su

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *