Assalammualaikum. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan artikel ini.
Aku Nisa, isteri, Ibu bekerjaya yang masih terkial kial membetulkan amal dan iman di pertengahan abad.
Tajuk tu saja aku pilih sebab aku pasti pembaca, aku dan seluruh umat manusia di dunia ketika ini setiap kali bangun tidur, nak tidur, nak makan, setiap saat kita akan berfikir perkara yang sama “apa khabar Gaza?”
7 Oktober telah banyak mengubah perspektif manusia memandang kehidupan dan kematian.
Baru-baru ini viral kisah individu yang lancang mencabar komen netizen tentang solat sunat 2 rakaan sebelum subuh. Allah..
Kita bukan sempurna, tapi bila orang menghina agama pun kita marah, apa lagi yang menghina ialah saudara seagama kita sendiri. Tak tahu nak cakap apa.
Benar lah kita seharusnya bersangka baik dengan Allah dan moga kita mati dalam keadaan sangka baik kepada-Nya.
Apabila manusia beribadat untuk mendapatkan dunia, kita melakukannya dengan sangkaan kita semata-mata.
Sejak peristiwa 5 tahun lalu, alhamdulillah Allah memudahkan istiqomah saya dalam solat awal waktu dan saya tidak lagi meninggalkan solat qobliyah subuh yang kita tahu solat 2 rakaat itu lebih baik dari seisi dunia.
Benar, saya tidaklah jadi kaya, tiada juga apa yang magic berlaku. Tapi saudara saudari yang juga melakukan solat ini pasti rasa apa yang saya rasa. Rasa sayang meninggalkannya.
Apa yang lebih baik dari seisi dunia ini hanya Allah saja yang mengetahui. Bukanlah kemewahan dan kekayaan itu sàja yang baik.
Kalau miskin, sakit itu Allah tau lebih baik daripada kaya dan sihat untuk kita, maka Allah akan memberikan miskin dan sakit itu berserta nikmat reda dan sabar. Saya percaya itu.
Allah menjaga kita, membimbing hati kita agar sentiasa mahu menghindarkan diri dari dosa, juga lebih baik dari seisi dunia.
Jika Allah melorongkan kita untuk menjaga solat bukan kah itu juga lebih baik daripada seisi dunia?
Tiada daya upaya kita untuk beribadah melainkan dengan kudrat yang diberikan oleh Allah. Kalau sekali Allah mahu membolak balik kan hati kita, tiada yang mustahil. nauzubillahminzalik.
Saya percaya, apabila kita berdoa dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah taala urusan kita, Allah pasti akan memakbulkan doa kita.
Namun bukan lah mengikut sangkaan kita, tapi Allah akan memberi yang terbaik lebih baik daripada yang kita perlukan. Iaitu rasa “ok”.
Ya. Percayalah apabila kita berdoa dengan yakin, kalau Allah tidak memberi tepat-tepat apa yang kita minta, Allah akan memberi kita rasa “ok” itu.
Banyak yang saya pelajari daripada saudara saudara kita di Gaza. Adakah doa mereka tidak dimakbulkan? Adakah mereka tidak berdoa? Tidak. Allah sedang memakbulkan doa doa mereka setiap saat.
Andaikan begini, seorang Ibu pasti mendoakan anaknya terlepas siksa neraka, diampunkan dosa, dihindarkan daripada fitnah dunia, dimasukkan ke syurga.
Satu hari Allah izinkan bom meledak dan meragut semua anaknya. Bukankah doa si Ibu sudah dimakbulkan? Apa yang kita lihat Ibu Ibu di palestin, emosi mereka sangat “ok”. Subhanallah
Mungkin kita pernah berdoa “ya Allah. murahkanlah rezeki keluargaku dengan rezeki yang halal. Berkatilah rezekiku Ya Allah”. Tiba2 Allah tarik rezeki kita, muflis, ditipu, atau tiba2 berlaku kebakaran dan sebagainya.
Kita tak tau cara itu Allah sedang memakbulkan doa2 kita. Mungkin rezeki2 yang tidak halal yang kita tak tau Allah bersihkan, dan yang tinggal sedikit itulah yang benar2 halal serta berkat untuk kita.
Allah memberi pula sesuatu yang kita tak pernah fikir iaitu pahala sabar.
Doa ialah ibadah. Saya pernah mendengar kuliah ustaz, doa2 kita ini ibadah.
Kalau tidak dimakbulkan di dunia, satu hari di hari pengadilan jika amalan baik kita sangat sedikit, Allah akan berkata lihatlah doa2 hambaKu dahulu yang belum dimakbulkan, doa doa itu akan menjadi pemberat timbangan kita nanti. Wallahualam.
Saya doakan pembaca semua dikurniakan hidayah dan iman teguh seteguh para syuhada di Gaza di akhir zaman ini. Aamiin YRA.
Berdoalah. Percayalah. Dalam apa saja ujian Allah akan memberi kita rasa “ok”.
Terima kasih Gaza. Terima kasih Allah.
– Nisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit