Assalamualaikum.. First time aku menulis di ruangan ini.. Aku tak pandai mengarang cerita, jadi aku harap kalian faham cerita aku ni dan beri sebarang pendapat dan komen yang membantu..
Aku Zue berumur 25 tahun dan aku tak pernah bercinta.. Waktu aku belajar di universiti dulu ada seorang dua ni yg cuba nak pikat aku.. Tapi sebaik saja aku tahu diorang nak rapat dan ada perasaan dengan aku, aku terus menjauhkan diri dari mereka..
Mungkin sebab aku tak suka mereka dan malas nak fikir tentang relationship semasa belajar.. Dan mungkin juga aku tak pandai bergaul sebab dalam keluarga aku tiada lelaki (ayah meninggal waktu aku 6tahun).
Jadi aku sekarang sudah bekerja di sebuah syarikat swasta. Dan aku perigi cari timba dengan seorang staf lelaki di tempat kerja.. Aku gelarkan dia Lan. Lan ni merupakan senior staf dan aku baru dinaikan pangkat dari department lain. Pada mulanya memang aku suka pada Lan sebab dia seorg yg rajin, tak merokok dan menjaga solat di tempat kerja.. Rata-rata staf lelaki yg lain ambil endah tak endah tentang solat.
Aku mula mesej Lan mei lalu.. Waktu ni Lan ambil cuti tanpa gaji dan berkemungkinan akan berhenti kerja atas sebab masalah peribadi.. Diakui waktu ni aku selasa berkawan dengan Lan walaupun kami berdua main tarik tali dan x luahkan perasaan masing-masing.. Pada awal bulan julai Lan kembali bertugas di company dan aku merupakan supervisor dan Lan staf bawah jagaan aku.. Dalam erti kata lain pangkat dan gaji aku lagi tinggi dari Lan..
Sejak tu aku tak tahu membezakan perasaan aku terhadap Lan.. Aku terpaksa memberi arahan kepada Lan kerana aku supervisor.. Perasaan aku konfius antara supervisor-staf, kawan-kawan (aku dan Lan sebaya), crush-admirer.. Lan pula sekarang seperti ingin mengajak aku menjalankan hubungan serius. Masalah ye aku seperti sudah tiada perasaan terhadap Lan dan aku mempertikaikan kenapa hati aku dulu suka padanya padahal Lan tak hensem, busuk xpakai purfume, pakai stokin berhari sampai bau cekam.. Seperti ketika di zaman u aku seakan membuat batas dan tembok kepada orang yang meluahkan perasaan terhadap aku..
Tapi hairan ye, aku cemburu melihat Lan akrab dengan staf perempuan lain.. Setiap hari aku memikirkan Lan dalam fikiranku. Sekarang kami sudah tak berhubung dalam wassap dan aku rindu itu.
Kalian tolonglah aku.. Apa yang harus aku lakukan?? Terkadang aku fikir baik aku sambung belajar untuk lari dari company dan Lan. Move on… Tapi zaman sekarang ni susah nak cari lelaki x merokok dan jaga solat.
– Zue
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit