Assalamualaikum / salam sejahtera semua. Terima kasih admin jika siarkan luahan hati aku ini. Aku cuma berharap dengan menulis confession ini dapatlah meluahkan rasa perit yang aku hadapi selama ini. Aku perlukan kata – kata semangat dari kalian .
Perkenalkan nama aku liyana. Aku graduan daripada IPTA dan kini telah bekerja. Tujuan aku menulis adalah untuk menceritakan kesedihan yang terpaksa aku hadapi ketika belajar di IPTA dulu. Dari zaman sekolah lagi aku memang ramai sahabat . Aku boleh dikategorikan sebagai gadis yang periang . Tapi semuanya berubah bila aku mula melanjutkan pelajaran di IPTA.
Di IPTA, aku berjumpa dengan manusia yang palsu. Manusia yang aku anggap sahabat tapi sebenarnya tikam belakang aku.Di rumah sewa aku ni kami duduk seramai lima orang , Aina, Teha, Maria ,Rina dan aku sendiri. Aku ni bertubuh gempal dan berkulit sawo matang. Kawan – kawan yang duduk di rumah sewa aku pulak berkulit putih dan langsing.Pada awalnya , aku langsung tidak merasa kekok dan rendah diri dengan kekurangan aku berbanding dengan rakan serumah yang lain. Tapi akhirnya berubah setelah mengetahu terdapat rakan serumah aku yang menghina rupa paras aku. Perbuatan ini telah aku ketahui apabila aku terjumpa akaun twitter housemate aku , Rina yang menghina fizikal aku . Siap mention “ my housemate pon gemuk gelap macam ni jugak , eiii gelilah orang gemok ni “. Berhuhu aku baca tweet tuh . Sedih weyh, orang yang aku hadap hari hari ni rupanya diam diam kutuk kat belakang aku.
Selain itu, ade jugak housemate aku yang lain , Maria hina aku depan depan akibat kekurangan fizikal aku ini. Ketika itu mereka sedang berbual berkenaan ex boyfriend masing2. Tibe tiba si Maria ni cakap depan muka aku, ‘ aku tak paham lah kenapa ex aku ni pergi dekat perempuan gemok , tak ada taste langsung “ . Sedih aku weyh. Habis aku ni gemok kau hina aku jugak kan? Adakah orang gemuk tak layak untuk dicintai ?. aku cuma diam. Yerlah, orang gemok macam aku mana layak bersuara kan. Mereka beramai ramai kutuk girlfriend baru si ex boyfriend Maria tuh sebab gemok ,tanpa hiraukan perasaan aku.
Selain hina fizikal aku, kalau ade barang hilang mesti mereka tuduh aku. Terutama makanan. Takkan sebab aku hodoh gemok dia orang ingat perangai aku buruk jugak. Aku mintak izin kalau nak pinjam barang orang lain. Padahal barang aku ,orang dah habis guna baru die orang bagi tahu dah pinjam barang aku. Ingat lagi masa tuh, housemate aku nama Teha ade letak kek lapis di ruang tamu. Masatuh Teha dengan housemate lain dekat bilik tengah berbual . Aku jerit nak mintak satu kek lapis tuh dan aku dengar sahutan Teha “ OK “. Tapi esoknya, tibe2 mereka beramai ramai peril dan sindir aku konon konon dalam rumah ni ade pencurik makanan sebab kek lapis Teha dah sikit. Mereka seolah olah salahkan aku kek lapis Teha dan sikit. Sedih aku. Kalau makanan aku, aku tak kisah pon share dengan orang lain. Tapi kalau makanan orang lain, tibe tiba aku tak boleh sentuh mungkin sebab takut si gemok ni habiskan. Padahal aku makan satu jek kek lapis Teha. Sama jugak macam nak guna sikit barang dapur, aku tengok kalau orang lain selain aku terguna barang dapur kawan yang lain dia orang cuma cakap macam ni jek “ eh, amik jek lah “ atau pon “ alah guna jek, tak kisah pon “. Kalau aku? Jangan harap. Dia orang seboleh boleh nyorok barang dia orang dari aku. Aku beli barang dapur pon sendiri .Masak pon sendiri. I am totally loner .
Bab bergambar pun sama. Aku ni cuma jadi tukang tangkap gambar jek. Tak ade sape pon nak bergambar berdua dengan aku.Maybe dorang malu kot nak upload nanti. Yerlah , aku ni tak secantik mereka. Housemate aku pulak kebanyakannya instafamous. Tak cantik lah gambar dorang bila ade aku kan. Masa tuh, si Aina ni gaduh dengan romate aku. Tibe tiba si Aina ni cerita dekat aku yang si romate aku ni selalu kutuk fizikal aku gemok dan hitam bila mereka berkumpul ramai- ramai. Mungkin niat si Aina ni nak mengapikan aku dengan romate aku. Tapi aku tak layan, Sebab aku tak anggap mereka kawan aku .So buat apa aku nak kisah pasal dia orang kan. Hati aku pon dah kosong tengok muka dia orang. Aku cuma berdoa supaya cepat habis belajar. Aku jadi ackward duduk rumah sewa tuh . Lagi lagi bila tahu aku ni selalu jadi bahan umpatan rakan serumah. Aku banyak buat hal sendiri. Kalau mereka tegur, baru aku jawab.
Kejadian – kejadian ni membuatkan semangat aku untuk kurus berkobar kobar. Aku mula jaga makan dan senam setiap hari, Kadang2 senam sampai demam mungkin badan penat sangat. Dalam tempoh 10 bulan, aku turun 20kg. Maybe tempoh yang lama untuk orang lain. Bagi aku, aku puas dapat kurus dengan cara sihat. Macam mana aku kurus ??. aku minum air paling kurang 3 lliter sehari . Makan buah sayur , lebihkan protein kurangkan karbohidrat dan senam pada setiap petang . Bila dah kurus ni,barulah rakan serumah nak ajak aku berbual. Kalau tak , tengok aku pon macam nak tak nak. Aku mula carik baju cantik cantik dan mula bergaya. Mungkin sebab aku dulu minum air 3 liter sehari dan banyak makan buah dan sayur. Jadi , kulit aku pon mula bertambah putih. Alhamdulillah, berkat usaha aku ,aku dapat kurus secara sihat.
Walaupon dah mula kurus dan lebih yakin. Aku tetap takut nak ade kawan rapat baru. Aku takut jumpa kawan kawan yang fake macam housemate aku dulu , yang selalu mengumpat antara mereka walaupun masing2 duduk serumah. Aku jadi tak percaya dengan orang lain. Aku pon kurang keyakinan diri kalau kawan kawan lama nak ajak reunion. Aku jauhkan diri daripada kawan kawan aku walaupun kawan sekolah aku yang layan aku baik daripada dahulu. Kesan perbuatan rakan serumah aku ni memang betol betol menjatuhkan keyakinan aku sebenarnya. Sampai sekarang aku tertanya tanya apa salah aku sampai kene layan macam tuh sekali. Aku yang deal dengan owner rumah sewa kami untuk bawak masuk semua housemate aku ke rumah sewa kami. Urusan berkenaan rumah memang aku yang banyak uruskan. Tapi mereka tetap tak bersyukur . Aku dilayan buruk sebab aku gemok dan hitam . Itulah kenyataannya.
Tak apalah, ini jadi pengajaran yang baik untuk aku. Korang doakan aku dapat kawan kawan yang baik baik ya lepas ni . Aku tak sanggup nak hadap manusia fake macam ni lagi. Terima kasih sudi baca . Terima kasih admin.
– LIYANA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit