Hai korang. Nama aku Eva. Kadang-kadang aku pelik dengan orang yang suka sangat nak buat re-union ni. Hari-hari dah whatsapp dalam group, lepas tu masing-masing dah sibuk berlawan-lawan up gambar dalam facebook.
Jadi, di mana relevennya re-union tu. Lagi aku keliru, yang beriya-iya nak buat re-union tu sesetengah orang sahaja. Yang lain semua buat hal sendiri.
Bila aku tengok dalam group whatsapp, golongan-golongan yang beriya-iya nak buat re-union ni, aku boleh definisikan mereka kepada beberapa golongan;
Golongan pertama. Golongan yang niat dia memang nak show off. Tak cukup dengan update dekat istagram & facebook gambar berkeping-keping, kemudian dia arrangekan re-union dengan niat biar semua orang nampak secara realiti benda yang dia nak show off.
Ini adalah cerita dari perspektif pandangan aku tentang re-union kawan-kawan aku last month;
Aku cuba berfikiran positif dengan niat kawan aku tu arrange re-union. Tapi aku tak mampu nak positif sebab dalam whatsapp group sebelum hari kejadian (hari re-union) dia asyik cakap nak buat re-union dekat rumah dia. Di mana, dia sebenarnya baru je pindah rumah baru, juga baru je balik umrah. So, dekat situ aku dah nampak apa niat dia nak buat re-union.
Pada pemerhatian aku, dia sebenarnya rasa tak puas tunjuk kejayaan dia thru socmed, dia nak kawan-kawan dia tahu dialah paling bagus dalam batch kitorang. Dia andaikan, sekarang ni dialah paling berjaya antara kitorang, dia ada kehidupan sempurna, rumah baru, kereta luar negara, dia kerja bagus, dia dah pergi umrah, dah ada anak sepasang, etc etc.
Kenapa aku cakap dia show off? sebabnya dia boleh je arrangekan re-union dekat mana-mana taman awam, sebab temanya pun potluck, apa motif dia nak buat re-union dekat rumah dia yang tinggi bertingkat-tingkat tu dengan limited parking? Bukan ke itu menyusahkan orang lain? Pada aku, better lagi dia cakap je dalam group whatsapp, dia nak buat house warming, sekali ajak kawan-kawan buat re-union instead off highlight nak buat re-union dekat rumah dia. Tak ke memang nampak ada udang di sebalik mee tu?
Golongan kedua yang aku perasan, yaah memang aku perasan pun sebab golongan kedua dan golongan pertama berkaitan! mereka berdua kawan baik. Golongan pertama cakap dia sediakan tempat, golongan kedua pula set tarikh.
Golongan kedua ni adalah golongan yang jual insurans dan perniagaan MLM!
Yaa.. Benda ni kantoi bila aku terperasan diorang punye conversation dalam group whatsapp. Lagi menambahkan curious aku bila datang hari re-union tu, dari aku sampai ke pasangan, sampai ke anak pun dia approach pasal insurans. Tak cukup dengan insurans, sekali dengan pengurusan wasiat semua tu dia approach (read: paksa) kawan-kawan ambil. Nak ambil, kena fikirkan status kewangan, tak nak ambil, fikirkan itu kawan. So, nak buat macammana?
Aku ni bukanlah bencikan golongan yang pertama. Langsung tak, Ye laa, kejap lagi korang cakap aku ni jealous dengan golongan pertama. Langsung tak weyh.. Kau tahu sebab apa? sebab aku pun macam dia, aku dah ada rumah sendiri, atas nama aku sendiri sebuah, sebuah lagi atas nama suami. Aku dah ada semua yang dia ada tu sebelum dia. (Bukan riak, nak elakkan korang salah sangka je!)
Tapi bezanya aku dengan dia, aku tak suka show off. I keep my life private. Sebabnya abah aku pernah pesan, “Orang yang nak menunjuk ni, dia sebenarnya rasa dia dah hebat. Tapi dia lupa dekat luar sana ada orang yang lagi hebat dari dia. Dia try hard nak orang notice pasal dia. Jadi biarkan saja. Tengokkan je.”
Golongan yang kedua ni pula memang buat aku sakit kepala. Bila dah cakap tak berminat, mereka akan keep approach. Sampai tak tahu nak buat macammana dah. Jenis aku, aku tak suka kena paksa. Paling aku tak suka, tahap approach tu dia paksa kita terminate insurans sedia ada kemudian canang-canang kata insurans dia paling hebat dalam dunia.
Kerana dua golongan ni, in future aku tak rasa nak join mana-mana reunion lagi. Reunion sebenarnya bukan medan untuk mengeratkan silaturahim lagi, tapi medan untuk berlawan-lawan life siapa paling hebat dalam satu batch. Cukup-cukuplah nak show off dalam group whatsapp, socmed semua. Aku yang tukang like semua post show off tu pun penat. Ini yang tukang upload. Kau tak penat ke?
Nasihat aku untuk golongan pertama. Sudah-sudahlah nak show off tu. Dalam masa sepuluh tahun, memang tak semua orang mampu capai macam apa yang kau ada. Tapi kau kena tahu, garis waktu orang lain-lain. Jangan riak. Sebab in future kau tak tahu apa yang akan jadi.
Nasihat aku untuk golongan ke-dua. Jangan sampai sikap annoying kau tu menjadi asbab putusnya silaturahim. Tak payah paksa-paksa kawan. Kalau ada rezeki, tak ke mana.
Untuk golongan ke-tiga, yang belum achieve target. Sabar je lah. Tuhan dah tetapkan rezeki masing-masing. Kita ni bukan hidup untuk berlumba dengan orang. Kita berlumba dengan diri sendiri. Keep positive and move on!
Now aku tengah fikir cara nak left group whatsapp. Cukuplah aku tengok dan like post-post show off mereka dekat socmed. Tak sanggup daa. Any idea nak left group tak? let me know. Aku malaslah.. nanti dah left, kena invite balik. Sakit jiwa weyh!
Bukan dengki,
– EVA
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit