Ada Apa Dengan Wang Hantaran

Assalammualaikum dan terima kasih kepada IIUM confession jika cerita ini disiarkan. Pertama sekali, eloklah saya perkenalkan diri saya sebagai Haliza, umur pertengahan 20-an, dan baru sahaja mendirikan rumahtangga. Suami saya asal dari utara dan saya dari ibu kota. Antara sebab kenapa saya tulis disini adalah untuk mendengar pandangan dari pembaca semua dan sebarang nasihat atau teguran akan saya terima dengan hati yang terbuka.

Saya berasal dari keluarga yang agak senang, arwah ayah meninggalkan harta agak banyak juga kepada kami. Pakcik dan makcik belah ummi saya juga merupakan orang yang senang, berpendidikan serta berjawatan tinggi. Masalah mula muncul apabila tiba giliran saya pula untuk bernikah. pada awalnya saya sepatutnya bernikah pada Jun tahun 2018, akan tetapi, keluarga saya mendesak agar perkahwinan saya dipercepatkan pada tahun 2017 dengan alasan ummi saya yang juga merupakan ibu tunggal ingin melepaskan saya pada suami agar tanggungjawab untuk menjaga saya bertukar milik kepada suami saya.

Pada awalnya, suami saya telah berbincang dengan ummi saya agar dipermudahkan bayaran wang hantaran, kerana dia baru sahaja tamat pengajian dan baru sahaja bekerja 3 bulan. Ummi saya bersetuju agar wang hantaran itu dibayar secara ansuran. Akhirnya suami saya pon bersetuju untuk bernikah dengan saya pada tahun 2017.

Masalah mula timbul apabila cuma tinggal sebulan sahaja lagi sebelum majlis, ummi desak saya untuk meminta wang hantaran dari suami saya, umpama wang pendahuluan, tapi saya mendiamkan diri kerana saya tahu, suami saya pada ketika itu masih belum mempunyai duit yang cukup serta kebanyakan gaji nya juga habis untuk persediaan perkahwinan dan menanggung ibu bapanya di kampung. Saya cuba jelaskan situasi suami saya pada ummi akan tetapi ummi seperti tidak peduli. Tanpa pengetahuan saya, ummi telah mengadu kepada adik beradiknya, disitu lah masalah menjadi lebih besar.

keluarga saya yang diketuai abang kepada ummi, telah memanggil adik beradiknya untuk berkumpul, suami saya juga dipanggil. (umpama round table) mukadimahnya sungguh menyakitkan hati saya, apatah lagi hati suami saya. mereka menggelar suami saya ingin nikah free, seorang yang tidak bertanggungjawab , tigak gentle dan menyusahkan pihak perempuan. mereka demand suami saya untuk jelaskan hantaran sebanyak separuh. suami saya cuba untuk negotiate, dia tawarkan gajinya pada bulan itu iaitu RM2k (gaji nya hanya RM2.2k selepas tolak epf). akan tetapi pak cik saya tetap tidak mahu menerima, malah dia suggest sebagai seorang yang gentleman, suami saya patut usaha dapatkan separuh wang hantaran dalam bulan itu juga walaupon dengan cara PERSONAL LOAN. kata pak cik saya, menantu nya sanggup buat loan 20 tahun untuk menikahi anak sulungnya.

Saya bersuara dengan lantang menolak discussion seperti ini, ini bukan perbincangan, ini adalah satu paksaan, mereka menyelar saya, katanya wang hantaran bukan hak saya untuk bersuara, saya membuat keputusan untuk meninggalkan perbincangan sehala itu kerana tidak ada faedahnya saya duduk mendengarnya. Akan tetapi, mereka memanggil saya kurang ajar, malah menyebut2 mereka lakukan semua ini demi arwah ayah saya. Saya akui saya memang menjadi kurang ajar selepas mereka menyebut2 arwah ayah saya, kenapa? jika ayah saya masih hidup, mereka tidak sama sekali akan berani melaku semua ini.

Akhirnya saya dan suami saya pulang, sepanjang perjalanan saya menangis, suami saya merayu2 pada kawan2 nya untuk meminta wang. Saya jadi malu, teramat malu dan kecewa dengan sikap keluarga. Alhamdulillah, pertolongan Allah, keluarga ayah saya sangat marah mendengar hal ini, lalu mereka membantu saya dan suami tanpa pengetahuan ummi saya dan adik beradiknya.

Sekarang ini, selepas menikah, suami saya dibelenggu baki hutang hantaran saya, setiap kali dapat gaji, dia tidak dapat merasa pon gajinya, habis dibayar kepada ummi saya untuk wang hantaran saya, dan juga membayar hutang kepada keluarga belah ayah saya. Walaupon keluarga ayah saya menyarankan agar suami saya hold dulu, kukuhkan kewangan dulu, tetapi suami saya tetap membayarnya kerana rasa malu meminjam duit orang lama2.

saya juga ada membantu suami saya dari segi kewangan, akan tetapi suami saya berat hati untuk menerima bantuan dari saya. sekarang ni saya memang rasa down sangat. saya rasa down sebab suami saya dibelenggu hutang, dan saya rasa terkilan kenapa ada sesetengah masyarakat sanggup menyusahkan anak2 nya dek kerana wang hantaran. Saya faham majlis perkahwinan memerlukan wang perbelanjaan, tapi apa salahnya jika buat majlis mengikut kemampuan sendiri, tanpa menyusahkan kewangan bakal suami?

Readers sekalian, adakah salah saya kerana menyokong dan membela suami dari keluarga saya sendiri? kerana sekarang saya dilabel membuang keluarga, salah ke tindakan saya? atau adakah ini semua hanya persepsi buruk saya pada keluarga saya sendiri ? atau adakah saya gagal untuk melihat situasi ini dari sudut pandangan keluarga saya? saya jadi keliru. saya juga perlukan nasihat dari readers sekalian, apa yang patut saya lakukan untuk menceriakan suami saya, serta mengurangkan beban yang ditanggung oleh suami.

Ada sebab kenapa saya tidak post cerita ini di KRT, saya sangat mengharapkan nasihat2 yang membina dari readers. Terima kasih.

P/s details aku tulis ni, takut kantoi saja
-Haliza

– Haliza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *