Assalamualaikum admin dan pembaca IIUM Confession. Andai luahan aku disiarkan terima kasih.
Aku Sarima (bukan nama sebenar). Aku bekerja di office ni baru tiga tahun. Kebanyakkan offismate aku majoriti melayu dan perempuan.
Biasa la kita mula-mula kerja kat tempat baru mana nak tahu perangai sorang-sorang tu macam mana kan. Jadi, awal-awal aku masuk kerja sini aku follow je rentak mereka.
Dalam ramai-ramai offismate ni ade seorang staff ni aku gelarkan dia Makchik sebab umur dia nak sebaya dengan mak aku.
Makchik ni dia bujang,tinggal sorang dan suka bawa makanan yang dia masak dari rumah ke office. Kira dia suka menjamu makanan yang dia bawa kepada staf.
Masa mula-mula masuk aku ok je makan makanan yang dia bawa dan dia masak pun sedap. Tapi makin lama aku kerja makin aku tak boleh nak sentuh dan hadap makanan dia.
Bukan ape, Makchik ni ade perangai dia yang aku kurang berkenan.
Sepatutnya bila dah berusia dia dah boleh beza yang mana baik dan buruk tapi aku tengok Makchik ni cam hati dia dah kebal dan takde rasa dengan perkara yang bertoksik yang dia buat.
Kalau duduk dengan dia ,aku akan rasa ada negatif vibe dari dia. Pasti kan ade je hasutan dan benda yang dia tak puas hati dengan orang sekeliling.
Ibarat ajak mengumpat la. Nanti bila kita terjoin mengumpat sama nanti dia sebarkan kat orang lain. Ni time aku mula-mula kerja sebab masih taktau perangai dia camna.
Bukan tu je akan ade je fitnah dan penipuan yang dia akan bawa. Kita cakap lain tapi bila sampai dekat dia akan jadi lain.
Kalau jenis tak menyampai takpe tapi hal kecik pun boleh jadi besar disebabkan mulutnya. Sampaikan department lain pun boleh tahu kisah orang yang dia umpatkan tu.
Boleh kata bukan aku saja yang terkena macam ni tapi staf lain pun pernah terkena kes macam ni yang lagi teruk dan pernah dianiaya.
Walaupun beberapa orang dah kena aniaya tapi masing-masing macam tak berani nak lawan. Macam ayat takpe la sebab dia dah tua.
Tapi aku respect la dekat beberapa offismate aku ni sebab sangat-sangat penyabar walau orang tua tu dah buat teruk kat depa tapi masih bersangka baik.
Mungkin dia sedikit berusia daripada semua staf maka terpaksa la mengalah walaupun sikapnya tu memang buat orang naik angin.
Kami takde pun nak mengamuk dan marah-marah kat dia walaupun kami tahu dia yang membawa mulut merata.
Disebabkan hormat kami diam. Ibarat kalau dia bawa mulut dan fitnah pun macam takde orang yang berani tegur dan bersuara. Macam follow je ape yang dia cakap tanpa bantahan.
Ok berbalik kepada makanan yang dia selalu bawa tu. Aku perasan bila time makan semeja, mata dia akan tenung je kita makan. Dia akan tengok banyak mana kita cedok makanan dia.
Kadang kalau letak makanan dekat pantry dan dia ade pelawa kami semua makan tapi yang peliknya, dia selalu g check makanan dia setiap masa.
Dah kalau nak bagi orang makan biarkan jela makanan tu kat situ nanti pandai-pandai la staf office tu gi makan.
Dia boleh kira dan tau berapa lagi sisa yang tinggal dan selalu akan ke pantry untuk tengok dan jenguk makanan dia sendiri. Tapi dia sendiri tak makan pun makanan yang dia masak tu.
Biasa kalau kita ikhlas nak menjamu orang, kita akan letak je makanan situ nanti biarkan jela sesape yang nak makan. Tapi bagi aku dia pelik.
Lama-lama aku dah takleh nak sentuh dah makanan dia sebab ade la pernah terjadi satu benda yang bagi aku membantutkan aku untuk makan. (yang ni panjang tapi aku taknak cerita).
Lepas pada tu, hati aku jadi berat je nak makan masakan dia walaupun makanan tu menyelerakan dan menggugat jiwaraga ku gitew.
Entah la aku pun tak tau kenapa selera aku tersekat kalau aku tahu dia yang bawa makanan tu.
Kalau aku tak nak makan, kawan aku akan backup aku (konon tak nak bagi dia terasa), kawan akan cakap aku dah makan padahal aku tak sentuh pun.
Lapar macam mana pun perut aku, memang makanan dia aku tak dapat nak sentuh dan selera auto tersekat. Tak tau la kenapa Wallahua’lam.
Tapi lepas aku tau perangai sebenar dia aku mula menjauhkan diri daripada dia dan berkawan dengan kawan yang ade positif vibe.
Sekarang aku macam lebih berhati-hati dan beringat dengan makanan yang terhidang di tempat kerja. Hati orang kita tak tahu macam mana. Jadi kena hati-hati sebelum pape terjadi.
Aku harap Makchik tu berubah dan jangan pernah menganiaya orang lagi kerana doa orang yang teraniaya ni termakbul.
Orang pernah cakap, kalau usia sudah melebihi 40 tahun kalau perangai buruk masih takde perubahan, maka sampai ketua la perangai tu susah nak berubah.
– Sarima (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit