Ada Ayah Macam Tiada

Salam semua. Aku nak cerita pasal ayah aku yang masih ada masih hidup tapi macam takde ayah, kalau takde pun takpe agaknya.

Dulu ayah aku okay, baik. Mak aku selalu cakap aku anak kesayangan ayah sebab ayah selalu lebihkan aku dari kakak dan adik² aku.

Tapi aku tak rasa macam tu pun sebab masa aku sekolah menengah, ade beberapa kali jugak time dia marah² dia panggil aku anak sial, anak bawak malang semata² sebab aku bawak moto dia pegi pusing² taman tapi lepas aku bawak tu, moto dia tayar pancit.

Beberapa kali jugak benda sama jadi kalau dia hantar aku ke sekolah, sampai kat sekolah je baru perasan tayar pancit.

Kereta pun pernah rosak on the way balik kampung kat kelantan, masa tu aku ikut balik kampung and dia cakap kalau aku tak ikut, kereta tu takkan rosak. Aku tahan for the sake of respect. Mak tak pernah ajar aku lawan orang tua so sampai ke tua ni lah aku pendam.

Sekarang aku dah 32, dah kahwin dan dah ada anak. Ayah dan mak bercerai masa aku umur 23, masa tu aku dah bertunang.

Bercerai sebab ayah aku berapa kali kantoi curang, pernah kena tangkap khalwat, berkaroke sampai pagi dengan janda mana tah, mak aku dah tak tahan.

2 bulan selepas bercerai, ayah aku kahwin lain dengan janda anak 1. Time tu mak aku pun belum habis iddah.

Ade orang cakap yang ayah aku tu sepatutnya nikahkan aku dulu, anak perempuan bongsu dia ni, baru fikir nak kahwin lain tapi ayah aku bukan macam ayah orang lain. Ayah aku fikir dia je, orang lain tak penting.

Bulan 2 ayah aku kahwin, aku pula nikah bukan 5. Ayah aku datang semata² untuk mewalikan aku sahaja lepastu balik alasannya ada kerja padahal aku tahu bini baru dia marah berlama² dekat majlis aku.

Selepas ayah kahwin baru, mak aku duduk dengan aku. Mak aku kerja dan jaga adik² aku macam biasa. Aku tolong apa yang patut. Mak aku kahwin lain tahun 2019 dan berpindah ikut suami baru ke kelantan. Ayah tiri aku sangat sangat baik, jadi aku dah tak risaukan mak aku.

Tapi hidup ayah aku ni macam tak pernah cukup. Ayah aku kerja security guard je, dia cuma kena tanggung isteri dia sahaja. Anak tiri tu tak perlu pun sebab bapak dia hidup lagi, lagi pula budak tu oku, dapat duit zakat, wellfare apetah lagi. Tapi gaji ayah aku tak pernah nak cukup.

Kereta dah habis bayar masa dengan mak aku lagi, rumah aku yang bayarkan sebab aku duduk rumah dia ni lagipun mak aku ade hak atas rumah ni, harta sepencarian. Mak aku tak pernah tuntut and diorang sepakat untuk bagi anak² duduk.

Kalau tanya aku, memang aku tak tahu kenapa tak pernah cukup. Kadang² call mintak duit seratus atau paling² pun 50 ringgit. 5 orang anak semua dia mintak, kalau semua bagi dah 500 sehari dia boleh collect tapi tetap tak cukup. Selang 3-4 hari dia mintak lagi.

Aku tak pernah berkira tapi kalau mintak kerap kali ni aku baran jugak ah. Kena pulak aku dengan kakak aku suri rumah, tak bekerja. Adik² aku 3 orang pulak bekerja tapi gitulah, sape je tahan asyik mintakk je.

Kadang² mintak aku hantarkan makanan kat tempat kerja. Mengadu lapar, takde duit, kantin tak bukaklah apelah. Kalau tak kerja pun, selalu je mintak hantar nasi. Bini dia memang tak pernah masak ke apa tak taulah aku. Penat bethol.

Haritu dia mintak no ic anak², aku tanya nak buatpe, dia cakap nak mintak bantuan ape entah. Rupa-rupanya dia nak apply loan sebab ada pegawai call kakak aku untuk pengesahan jadi penjamin, marahlah kakak aku. Dah kenapa pulak takde ribut takde ape kena jadi penjamin dia pulak.

Tah berapa ribu dia apply pun tak tahu, pegawai tu tak disclosed pulak total loan tu. Ayah aku pulak suka cakap menipu dan berbelit. Kalau tanya dia memang kena kencing jelah.

Aku tak tau ape jadi dengan loan tu. Lantak dialah. Satu lagi masalah dia, suka berhutang. Ya Allah kemana² aku pergi kalau jumpa dengan kawan² ayah atau mak aku yang kenal aku ni, mesti tanya pasal ayah aku ni.

Ayah aku kerja mana, okay ke sekarang sebab haritu ayah ada pinjam duit tak bayar bla bla bla. Malu betul ye aku, dah la haritu kereta dia rosak, dia hantar dekat bengkel jiran aku.

Dalam 1.2k jugak kena, pun tak berbayor. Malu betul dengan jiran aku. Aku mana ade duit nak tolong bayarkan, kalau aku bayar pun memang dia tak bayar balik.

Betul, tu ayah kita kan, tapi aku ni anak perempuan tau. Tak bekerja pulak tu, kenderaan sendiri cuma motor je tu pun tak boleh jalan jauh.

Kereta laki aku guna pegi kerja, kalau aku tak boleh hantar makanan kat dia sebab takde kereta, mula lah merajuk, pakai ayat “nanti ayah mati buat-buat tak tau jelah..”

Mujur sangatlah kalau mak tiri tu nak uruskan, ade bini pun tak guna kaki kikis. Tahun 2021 ayah aku dapat keluarkan kwsp dia dekat 60k jugak.

Dia bagi bini dia saje dan setengah dari total tu, dia bagi mak aku 5k hutang nafkah ape entah, pastu anak² dapat 500 sorang je.

Pastu dia renovate rumah anak bini dia tu habis berapa ribu pun tak tau last² diorang kena keluar dari rumah tu sebab anak dia nak duduk pulak. Sekarang ayah aku menyewa merata. Padanlah muka, rumah sendiri tak nak renovate.

Kwsp tu dah habis dalam masa berapa minggu je, punya berlagak bini dia masatu dengan gelang tebal². Harey bethol, dah pernah bercerai dua kali dah dengan ayah aku tu, pastu rujuk balik.

Ayah aku tu tak tau kenapa bodoh lagi padahal kalau duduk sorang je, cukup je gaji tu buat makan dia sorang. Ni nak jugak menanggung bini tak guna tu.

Masak pun tak ko tau?! Asyik ajak berjalan and makan luar je. Dah la anak dia pun ayah aku yang kena jaga masa dia masuk hospital haritu, mana lagi nak kerja ayah aku tu, kalau takde duit kang dia jugak yang bising.

Sekarang aku dah malas layan, kalau dia call pun aku buat tak dengor jelah. Malas bethol aku. Sumpah malas. Kalau dia call ke whatsapp ke memang rosak teruk hari aku haritu.

Dia call bukannya nak tanya khabar anak ke cucu ke, dia call je terus mintak duit. Mana tak baran aku ni, kadang-kadang aku pun tengah pokai takde duit, nyirap gila. Dia tak pikir tau susah orang, dia pikir dia je.

Aku jadi rasa bersalah sebab buat cemtu kat ayah sendiri dalam masa yang sama, gerammmmm! Dia punya tak malu tu siap boleh suruh aku mintak duit dengan mak aku 2k sebab dia nak pinjam. Palotak dialah. Dah lah curang ngan mak aku, harey tol.

Nanti kalau dia mati, dia tinggalkan hutang je untuk anak² dia ni tanggung. Bini dah konfem² lari. Orang lain tinggalkan harta untuk anak², dia? Harta takde, yang ade hutang.

Dah lah kbye..

– Si mendung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ada ayah tp jd tunggul aje.Mmg wujud sosok yg mcm ni.Dpt duit kwsp berpuluh ribu…dpt duit projek kerajaan hasil jualan tanah pusaka sekalipun..anak2 takkan dpt merasa dek.Duit smua dihabiskan kpd kwn2 dia..adik beradik dia..kalau dia beristeri baru..hbis kat isteri baru.

    Hidup ni pahit dan keras dik.koala daj lihat kes ni dpn mata.Biarlah dik jgm berdendam tp awk kerja elok2 simpan duit..jgn mudah2 beri dkt ayah tu..wktu dia berduit pun dia lupakan awk kan..

  2. Takde guna nak simpati dkt ayah yg lupa diri cmtu.

    Biarkan dia sedar kesalahan dia..lepas tu awk perli2 la dia ..oo dpt duit banyak..1 sen x ingat anak2..dah sakit..tau pula mengemis..sesekali kena sembur dek.Bkn nak biadap tp bg dia sedar…

    Org tua x sedar diri tak sedar dek untung mcm tu la.Hidup mengikut hawa nafsu..akal x guna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *