Assalamu’alaikum semua, kalau baca tajuk mesti ada tertanya-tanyakan, mana ada bahagia yang tiada makna, semua bahagia ada makna, tapi bagi aku tak, aku bahagia tapi takde makna untuk bahagia tu.
Cukup lah tahu aku disini sebagai seorang cucu yang kecewa pada makcik pakcik aku bila aku tahu perkara sebenar. Setelah 2+ tahun aku cuba korek cerita suka duka keluarga mak ayah aku.
Baru-baru nie kes isteri arwah abam dan ipar dia tengah hot pasal harta. Tetiba ada sepupu aku up status pasal nie juga tapi dikaitkan dengan mak ayah dia serta keluarga mak ayah dia. Bezanya arwah abam meninggal tapi ayah sepupu aku tak. Dapat duit insurans semua and ada gaduh dari kedua-dua keluarga, kira macam gitu lah sepupu aku up status.
Malam tadi aku tanya mak aku, kenapa dia up status macam tu, mak pun cerita, selama berpuluh tahun hidup baru harini tahu duka and kecewa hati seorang atok (arwah nenek) sampai aku tak sangka air mata aku mengalir.
Dari penceritaan mak aku, atok aku nie jenis tak kisah orang rapat and jaga anak dia, bukan atok aku tak sayang tapi atok aku kesian, ada abang and adik atok aku takde anak tapi atok aku bagi diaorang jaga anak atok aku sebab diaorang minta and atok aku kesian. Yelah adik-beradik kan. Cubit peha kiri, peha kanan terasa tapi tak sangka hujungnya atok aku yang kecewa.
Ujian atok aku berderet tapi dia sabar je and besarkan anak-anak dia sampai anak-anak dia kahwin dan beranak pinak tapi ada anak dia taknak jumpa dia.
Nak dijadikan cerita, Allah uji atok aku, seorang dari anak dia kemalangan and cacat kekal (tak boleh bercakap) so pakcik (anak atok) aku dapat duit insurans, atok aku bagi cadangan dekat makcik aku (menantu).
Duit yang dapat tu beli rumah atas nama pakcik aku, yelah pakcik aku takde harta ditakdirkan pulak dia cacat kekal. Tapi isteri and keluarga isteri pakcik aku tak setuju maka tercetus lah yang ‘keluarga nak kan duit’ pakcik aku.
Kalau dengar apa yang mak aku explain, atok aku just suruh beli rumah atas nama pakcik aku je tak minta duit pun tapi disebabkan banyak mulut yang bersuara maka cerita jadi lain.
Bila atok aku dah meninggal aku ada dengar dari keluarga makcik aku yang atok aku bomohkan dia. Time tu aku kecik lagi. Aku ingat lagi, aku nie dulu memang suka tidur rumah makcik-makcik aku. Aku pun tak ingat punca dari mana sampai keluarga makcik aku boleh cakap atok aku bomohkan dia. Bila dah besar baru aku pikir benda nie.
Hanya kerana duit ke sampai nak cakap atok aku bomohkan dia? Aku kenal atok aku, dia takkan guna taktik kotor lagi-lagi terkait anak kandung dia sendiri. Kalau atok aku betul bomohkan dia dah lama makcik aku tu gila.
Kalau nak cakap aku tak tahu cerita disebaliknya sebab tu nampak atok aku baik? Aku nak bagitahu macam mana aku nak percaya atok aku bomohkan menantu dia kalau setiap hari dia ajar aku mengaji (walaupun aku banyak ngelat), solat tak pernah tinggal, baca al-quran setiap hari, banyak bagi nasihat dekat aku dan keluarga, punca terbentuk keluarga bahagia aku.
Sampaikan setiap tahun hari raya aku rasa terabai dan kecik hati sikit, atok lebih excited bila raya mengharap anak cucu balik beraya rumah dia tapi sebaliknya. Teruja atok isi duit raya untuk cucu yang jarang jumpa, siap cakap dengan aku ‘nie untuk A, W, N…. ‘ dia senaraikan satu-satu cucu dia tapi Sampainya bila? Raya ketiga atau keempat. Mood raya atok pun dah takde masa tu.
Nasiblah ada keluarga aku nie, yang setiap tahun ada dengan atok, sihat, sakit, suka, duka atok semua dengan keluarga aku.
Allah maha adil, Allah bagi ayah aku sebagai penjaga mak sekaligus atok sekali. Ayah pernah cakap dekat aku, atok pernah cakap ‘antara banyak-banyak menantu, man kaulah menantu yang terbaik’ aku jadi tertanya kenapa atok cakap macam tu.
Yelah ayah aku memegang title menantu yang bekerja sebagai driver lori kot. Orang pandang si driver lori apa lah sangatkan tapi kenapa atok aku cakap ayah nie ‘menantu terbaik’.
Rupanya ayah lah seorang menantu yang bukan izinkan mak aku jaga atok tapi suruh mak aku jaga atok. Aku ingat ayah cakap dengan mak aku, ‘mak kau adalah mak aku, mak aku adalah mak kau, kalau semua tak jaga awak kena jaga mak tu’.
Berbekalkan gaji driver lori ayah masih mampu belanja dapur untuk keluarga aku, keluarga atok belah ayah dan keluarga atok belah mak. Setiap bulan non-stop. Ada satu masa tu atok sakit, dia tak kisah makan pakai dia nak pergi kerja tak jaga, ayah bagi pelepasan untuk mak jaga atok, ayah uruskan makan pakai ayah dan anak-anak sendiri.
Semua aku ingat, sebab atok ada dengan kitaorang, aku ingat reaksi teruja dia bila anak-anak dia balik, sampaikan aku rasa atok berat sebelah padahal tak pun.
Ada yang pakcik aku je masuk tengok atok aku, makcik and anak-anak dia duduk dalam kereta, ada yang bagi alasan cuti tak dapat sampai tak balik jumpa atok aku, ada yang susah nak ada setiap raya pertama dekat rumah atok, ada yang setahun 2 3 kali je balik. Tapi atok aku boleh buat apa? Bila diaorang lebih pentingkan keluarga diaorang dari atok. So aku dan keluarga lah penghibur atok.
Bila aku dah besar nie, banyak lah makcik pakcik aku buat event keluarga, ada satu event tu semua makcik pakcik aku boleh datang, semua tau bukan segelintir dan bukan juga separuh tapi SEMUA , sumpah time tu aku bahagia gila. Siapa tak bahagia dapat kumpul sesama kan.
Bahagia aku berubah bila aku tahu cerita sebenar, aku rasa bahagia takde makna, aku rasa makcik pakcik aku jahat sangat.
Kenapa sekarang? Kenapa time atok dah takde baru korang nak berkumpul, korang tahu tak setiap tahun waktu raya atok mengharap jumpa korang tau, setiap raya tau bukan setiap hari, bukan setiap minggu, bukan juga setiap bulan, just time raya je tu, sampaikan ada yang tak balik raya, korang tak fikir perasaan atok ke time tu?
Dah hampir berpuluh tahun atok pergi, aku masih ingat raut wajah dia menunggu anak cucu balik, sebab aku duduk dengan dia, aku juga cucu pertama dia yang bagi dia duit raya sebagai nak gembira kan hati dia, raya pertama anak-anak dia tak balik. Walaupun time tu aku sekolah rendah lagi. Riak sedih dia masih ingat weiii.
Sekarang makcik pakcik aku kecoh setiap tahun nak buat family day katanya untuk generasi atok aku, tapi bila fikir balik kenapa tak buat time atok ada? Korang sanggup biarkan dia tertunggu kehadiran korang tanpa ada seorang pun yang volunteer nak buat event masa atok ada. Ahh aku benci, aku sedih bila aku tahu cerita sebenar.
Bagi aku family day tu tak guna and takde makna untuk aku, Bahagia tapi takde makna. Jiwa kosong beb.
Buat ayah, terima kasih anggap atok sebagai mak kandung sendiri, ayah tolak keinginan ayah, ayah jalankan tanggungjawab ayah sebagai anak menantu yang baik. Ayah yang nak mak jaga atok, aku terbayang kalau ayah tak laksanakan tanggungjawab dia sebagai anak menantu macam mana lah atok masa tu, dekat rumah orang tua ke? Duduk di tepi jalan ke?
Allahuakhbar, tak dapat aku bayangkan. Terima kasih ayah, sanggup susah senang dengan keluarga dan atok. Biar kita saja yang simpan kenangan dengan atok okay.
Buat semua disana, apa yang boleh aku cakap, hanya kerana duit merubah segalanya. Dari sebuah keluarga terus jadi orang asing. Didiklah anak-anak hargai orang tua. Sekarang banyak kisah teladan yang dapat dijadikan pengajaran.
Buat atok yang diri ini sayangi, terima kasih atas segala kebaikan yang atok beri kepada kami sekeluarga, halalkan ilmu yang atok ajar, bagi diri ini atok tak jahat, atok tak sezalim yang diaorang pikir, atok juga bukan kaki bomoh.
Macam mana aku boleh cakap macam nie? Allah tarik nyawa atok aku dihari yang mulia iaitu hari Jumaat. Memang bukan ini penilaian yang terbaik untuk tentukan seseorang itu baik atau jahat, tapi semua tahu, mulianya seseorang tu apabila nyawa dicabut di hari yang mulia. Semoga atok tenang disana.
Saya sayang atok sangat-sangat. Al-Fatihah (doakan atok saya tenang disana, atok dah cukup kecewa didunia). Assalamualaikum semua.
– Si Hati Tisu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit