Assalamualaikum readers. Aku terpanggil untuk share story aku lepas aku baca confession “Bagaimana Kalian Jaga Anak” (https://iiumc.com/bagaimana-kalian-jaga-anak/). First of all, tahniah pada pasangan tersebut. Both husband and wife. The wife do a great job as a mother walaupun umur yg sangat muda (21 tahun) & the husband also sebab berusaha untuk tolong isteri beliau & meminta pendapat.
Sejujurnya, aku bukanlah orang yg berpengalaman sebab aku pun baru ada anak sorang. Tapi sekadar nak share story aku, moga-moga boleh bagi kesan positive kepada confessor tu. Aku pun pertama kali bergelar ibu. Anak aku baru mencecah umur 1 tahun kurang sebulan. Aku pun ada keinginan untuk bagi yg terbaik kepada anak aku dari segi pemakanan. Aku bukanlah orang yg have-have, jadi aku cuba beri yg terbaik walaupun dlm keadaan kekurangan. Takpe, demi amanah Allah yg satu ni.
Aku bekerja 9am – 6pm. Tapi aku bertekad untuk beri susu badan pada anak aku sampai umur dia 2 tahun. Masa anak aku dalam perut lagi, aku dah cari info-info breastfeeding (bf). Aku join group bf support, aku baca pengalaman-pengalaman ibu Berjaya & macam-macam lagi. Segala persediaan aku cuba adakan sehabis baik dr segi ilmu & kelengkapan. Ada bagus jugak aku dah study semua ni awal-awal.
Dr support group ni jugak la, aku baca banyak pengalaman ibu-ibu lain pasal tanggapan & komen orang sekeliling yg kurang support bf. Antaranya, mak mertua komen baby tak kenyang menyusu badan & minta tambah dengan formula milk (fm), babysitter complaint susu yg dibekalkan tak mencukupi, babysitter pandai-pandai tambah kuantiti susu setiap kali sesi penyusuan, babysitter / ahli keluarga senyap-senyap bagi fm etc. Banyak sangat sharing pengalaman dr ibu-ibu yg mana bila aku baca & study, aku dah macam prepare myself to those comment / complaint too.
Bila kena kat batang hidung aku sendiri, aku tak menjawab pun setiap kritikan tu instead dalam hati aku mengomel “betul lah apa ibu lain share. Diorang ni yg tak faham konsep. It’s ok. I know what I’m doing”. Sekaligus membuatkan aku tetap teguh dengan prinsip & tak terlalu mudah down. Tipulah kalau langsung tak terasa hati, nak je aku tarbiahkan & keluarkan ilmu-ilmu bf yg dah aku belajar. Nak je aku bagi contoh anak cucu diorang yg dah effect kesan dr kesalahan diorang. Tapi aku tak buat, aku diam je senyum. Lepas tu pujuk hati & diri sendiri & keep doing what I think is right.
Ada satu masa, aku ditugaskan ke luar Negara atas urusan kerja selama 7 hari. Anak aku masa tu baru umur 7 bulan. Masih fully bf dgn bubur sebagai makanan pelengkap. You know how struggle I was? 2 bulan sebelum aku out station, aku dah mula buat stock frozen. Masa tu badan letih, otak letih. 3 jam sekali aku pumping including midnight. Bangun tengah malam lepas susukan baby aku sambung dgn pumping. Bukan setakat stok susu utk anak je aku kena prepare, aku pun kena study cara-cara pengurusan susu perahan sepanjang berjauhan dr anak & cara untuk bawa balik susu perahan tu ke Malaysia. I told you it was not easy.
Bermacam persediaan & kelengkapan yg aku kena heret ke sana ke sini sepanjang travel. Tapi nasib aku lebih malang dr wife confessor tu sebabnya, suami sendiri pun kondem aku tau? Suami aku kena jaga anak sepanjang aku takde. Semua persediaan aku dah buat. Aku dah prepare stok susu comel-comel dalam storage botol ikut kuantiti anak aku akan minum utk setiap sesi. Masa tu aku prepare 2.5oz untuk setiap botol & utk satu hari, anak aku minum 5 botol (termasuk bila dia bangun tengah malam). Aku dah permudahkan kerja suami aku lagi, aku tak minta dia prepare susu bekalan ke babysitter sebab aku dah tinggalkan susu frozen kat rumah babysitter. Sama cara, aku prepare ikut kuantiti anak aku minum setiap sesi. Aku sediakan 6 botol/sehari jadi total 5 hari bekerja tu aku dah standby 30 botol susu frozen kat rumah babysitter.
Alhamdulillah babysitter bagi kerjasama, ikut cara yg aku ajar untuk cairkan & panaskan susu tu. Tapi suami aku pula yg bermasalah. Tahu tak, setiap hari 2-3 jam sekali suami aku akan WhatsApp aku dan complaint susu yg aku sediakan ni sikit sangat. Dia complaint anak aku keep nangis walaupun lepas dah menyusu. Dia complaint malam-malam kena dodoikan anak aku lama sebab anak aku susah nak tidur, tak cukup susu. Ye sebelum aku bertolak, aku dah ajar berkali-kali. Aku ulang hampir setiap hari & ada hari-hari tertentu yg aku minta suami aku prepare sambil aku monitor. Sebab aku risau, aku buat drawing lagi cara-cara panaskan susu & aku lekat dekat peti ais.
Korang tahu tak macam mana stress nya aku waktu tu? Aku tengah kerja luar, jauh dari anak. Hati rindu, badan letih travelling & kerja, otak penat asyik kena kritik itu ini. Seolah-olah aku ni mak yg tak berguna sangat, sengaja nak seksa anak, sediakan susu tak cukup, berkira susu dengan anak, tergamak biar anak lapar so on so on la. Masa tu aku masih bersabar & keep educate my husband & bagitahu dia baby tak perlu susu banyak dalam satu masa, cuma kena kerapkan bagi susu. Tambahan pula, anak aku dah makan solid food & minum air kosong. So for me takde masalah pun sepatutnya & takde istilah anak lapar. Tapi itulah yg suami aku kecam aku setiap hari. Lagi stress bila mak mertua aku datang rumah & tolong suami aku jaga baby aku kat rumah. Mak mertua aku pun sama juga, cakap susu sikit sangat, kesian kat anak bagi botol kecil bla bla bla.
Last-last aku dah letih sangat nak motivate & educate, aku terus je reply WhatsApp suami aku (masa ni dah hari ke-4 aku outstation) ayat lebih kurang macam ni “Macam ni lah, kalau awak rasa susu saya sediakan tu tak cukup, awak pergi beli fm untuk dia ok. Awak cari duit sediakan fm utk dia, saya dah taknak bagi susu badan lagi. saya dah taknak pumping lagi. saya dah taknak penat-penat lagi. saya dah taknak stress-stress lagi. Sepanjang saya kat sini awak asyik salahkan saya pasal susu. Sedangkan selama ni saya yg menyusukan dia, saya yg sediakan susu bekal dia ke babysitter. Pengasuh pun tak pernah complaint susu tak cukup. Orang luar pun boleh jaga anak kita without complaining, tapi awak ayah dia complaint macam-macam. Cara awak cakap macam lah saya sengaja catu susu anak, sengaja biar anak lapar, sengaja tak bagi susu yg cukup.
Saya mak dia, apa perasaan saya bila disalahkan macam ni sedangkan awak Nampak macam mana saya usaha cukupkan susu dia siang malam. Kalau awak pun tak support saya, dah la. enough is enough. Start sekarang ni, awak buatlah apa yg awak nak buat pasal susu tu. Awak handle & manage sendiri. Saya dah taknak ambil tahu. After all, itu semua adalah tanggungjawab awak yg saya TOLONG ambil alih”. Then aku terus offline. Aku sebak, aku down, aku letih. Tapi disebabkan aku sangat occupied dengan kerja masa tu, aku cuba kawal emosi & act professional waktu kerja. Aku bertambah penat sebab handle susu perahan sepanjang aku travelling & bertukar hotel. Dengan nak jaga susu, dengan nak jaga ais, dengan nak fikir next hotel boleh pinjam freezer ke tak, dengan nak pack & unpack almost everyday. Masa ni lah masa aku paling down sepanjang bf journey aku.
Same goes dengan cara aku jaga pemakanan anak aku. No salt, no sugar no MSG, real food fresh food everyday. Walaupun aku bekerja, aku sanggup bangun awal pagi prepare fresh food utk bekalan anak aku ke babysitter. But again, macam-macam la aku dapat “kitorang semua ni makan je garam elok je membesar bagai juara”. Mak mertua aku pernah suruh aku bagi anak aku makan bubur lambuk, tapi aku cakap elok-elok “takpe makanan dia saya dah sediakan”, then mak mertua aku Tanya kenapa tak bagi makan bubur lambuk “kesian dia”. Aku sedih dengar ayat “kesian” tu. Apa maksudnya kesian? Kesian sebab anak aku yg berumur 10 bulan masa tu tak dibenarkan makan bubur lambuk yg sarat dengan perasa & garam? Allah,
aku cuba bagi yg terbaik tapi aku dipandang macam tu. Down? Of course aku down. But again, kejap je aku layan perasaan tu. Aku tak cerita pun dekat husband aku. Aku pujuk diri sendiri & keep remind my self “it’s ok, I know what I do”. Lagipun aku ni ada background bahagian pemakanan juga masa study degree dulu. So sikit-sikit memang aku tahu logical atas semua tindakan aku. Cuma aku belum tahap nak keluarkan fakta la untuk educate diorang. Bagi aku, kalau dengan berkata-kata yg benar akan melukakan hati orang, lebih baik diam. Because I know how to handle myself but I don’t know how people would be with my words.
Confession aku ni dah panjang bebenor dah ni. Banyak je lagi sesi kondem mengondem tapi cukup la kot buat masa ni hehe. But I hope you get my massage. Kita buat baik pun salah, buat salah apatah lagi. Tak salah untuk minta pendapat orang yg lebih berpengalaman, tapi get ready & expect the unexpected. Wife confessor mungkin seorang yg naif, lurus & jujur. Tanya pendapat ibu-ibu berpengalaman sebab sedar diri dia budak hingusan dalam bidang parenting, but end up kena bash. Allah, aku paling risau kalau kata-kata aku buat orang kemurungan, aku tak faham kenapa ada orang sanggup berkata-kata semata-mata utk menunjukkan kehidupan & cara diorang lebih baik & menunjukkan orang lain buruk.
Nasihat aku, kentalkan hati. Hanya seorang ibu yg tahu apa yg terbaik utk anaknya. Elakkan Tanya pendapat lagi, you can find so many tips from so many reliable sources. Join support group. U will feel motivated. Kalau nak Tanya pendapat juga, kenal pasti orang-orang yg positif je. Atau kalau sekadar utk ada topic berborak, dengar boleh terima jangan.
Sekian…
– Aminah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit