Ada Degree Tapi Jual Supplement

Assalamualaikum. Thanks admin kalau aprrove story aku ni.

Aku cerita sikit yer tentang background aku. Nama aku Tasya. Aku berasal dari belah utagha. Negeri mana dirahsiakan okey hehe.Aku ni graduan dalam Jurusan Chemical Engineering lepasan universiti tempatan. Dah 2 tahun aku habis belajar dan umur aku sekarang 24 tahun.

Ceritanya begini, aku ni lepas habis study memang aku tak apply mana mana kerja tau. Resume pun tak pernah hantar ! Diulang tak pernah hantar ! So sepanjang 2 tahun tu aku buat ape? Ehemmm tanam anggur lah. Lalu anggur tu pun berbuah la dengan lebatnya. Lebat sangat tauuu hehe.Ya aku bukan saja saja tak mau mintak kerja. Sepanjang 2 tahun tu aku run business.

Business apa? Business online biasa biasa je jual supplement and barangan kecantikan wanita. Aku berniaga dari zaman aku study lagi. Tapi masa study income dari bisnes aku takdelah banyak sangat kan. Adalah dalam dua tiga ratus jer sebulan. Alaaa masa tu kira banyak lah kan boleh bawak joli jalan jalan hujung minggu hehe.

So lepas habis study aku memang tak apply kerja la kan. Aku fokus 100% pada business kecil aku ni. Income aku bulan bulan lebih la dari gaji degree. Dalam sebulan aku punya gaji dalam 4k-5k. Tengok depends pada sales bulan tu tapi around that la biasanya. Lagi satu aku stay rumah jer. So semua free la takde komitmen.

Mak ayah aku pun macam dah tak kisah aku tak cari kerja sebab diorang tengok aku boleh hidup kot dengan berniaga kecil kecilan aku ni.Lagi pun aku perempuan cari income pun untuk diri aku sendiri jer. Masa mula mula dulu diorang bebel la jugak. Yelaa kebanyakan family aku sepupu sepapat semua spesis study study lepas tu kerja la. Memang family takde background business la. Bila mak ayah tak kisah ada orang lain yang tolong kisah !! Urghhh rasa geram pulak. Macam biasa la kan ada la mulut mulut longkang yang sibuk duk mengata macam macam mengganggur la sijil tak laku laaa. Biasanya saudara mara la yang sibuk kan.
Kadang kadang tu aku naik muak dan benci tau nak balik kampung. Nanti potpet potpet sibuk duk tanya . Aihhh aku jawab jer tak apply kerja malas nak duk rumah jer. Padahal diorang tak tahu aku bukan duk rumah sesajer.

Aku bukan taknak kerja. Ada jugak keinginan aku nak berhijrah hidup sendiri. Baru baru ni aku ada apply kerja and interview (baru apply okey after 2 years). Tujuan nya saja nak test gatal hahaha. Aku pergi interview tu then esok company call aku dapat untuk position tu. Gaji starting yang company tu bagi RM1800 and kena stay di KL. Aiyoo aku dah start fikir dah RM1800 nak bayar kereta RM400 (biasa la iols pakai proton jer. Save ! ), contoh bilik sewa RM250, makan sehari RM15X30 dah RM450 hurm tak include lagi makanan tepi yang aku duk craving hari hari( biasalah aku ni makan banyak haha), kat sini dah RM1100 tak masuk lagi toiletries bagai, biasa la perempuan barang sampingan memang banyak nak kena beli tiap tiap bulan tambah tambah aku ni spesis yang agak boros tak reti nak saving.

So aku pon tak tahu berapa RM jer gaji aku yang lekat tiap hujung bulan. Mesti korang akan cakap “Eh kau kan buat bisnes kecil kecilan tu.. haa kat situ dah ada side income dan boleh cover”. Eh yela dah kalau aku kerja time bila aku nak FOKUS bisnesnya. Mesti korang cakap lagi “Nak seribu daya taknak seribu dalih”. Uishhh dah kalau aku keluar rumah pukul 7pagi balik rumah pukul 7 malam agak agak bila masa aku nak reply whatsApp customer customer kesayangan aku nih ?
Sehari purata la eh dalam 30-40 whatsApp customer yang masuk. Aku taknak lah duk reply whatsApp customer dalam waktu kerja kan. Nanti tak berkat pulakk ye dok. Keberkatan tu penting uols hehe semua tu kena ambik kira. Sebab tu aku fikir banyak kali nak kerja ke taknak.

Lagi satu sebab aku begitu liat nak accept offer sebab aku sayang nak tinggal kucing kucing aku. Memang aku tak sanggup nak tinggal. Mesti korang menyampuk lagi “ Eleh bawak jelah kucing tu sekali”. Hurm macam mana aku nak bawak , kucing aku punya berbelas ekor kot. Yela aku stay kat rumah dah lama kan so memang dah tak boleh nak berpisah dengan meow meow kesayangan aku. Eh lupa la bajet kucing lagi haa tak include tadi dalam RM300-RM400 sebulan untuk kucing kucing aku jerr tau.

Tapi bila aku duk rehat termenung dalam bilik ada gak terfikir eh macam tak guna jer aku ni. Ayah aku tanggung aku belajar last last terperap kat rumah tapi still ada income okey.Rasa macam tak guna yela sometimes ade jugak time down semangat hilang macam macam la duk fikir.Aku manusia biasa huuuu. After habis belajar memang tak pernah mintak duit dengan parents.

Aku kadang kadang bingung jugak duk fikir macam tak tahu hala tuju. Sekali bila semangat datang eh tahu pulak hala tuju haha. Based on my story mory kat atas tu ,aku nak mintak pendapat dan nasihat dari korang.
Kalau korang jadi aku apa korang buat ?

Thanks dengar luahan hati seorang penanam anggur ni. 

– TASHA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit