Ada Jodoh Kita Kahwin, Tak Ada Jodoh Kita Kawan

“Aku tunggu kau lagi empat tahun, ada jodoh kita kahwin”. Itu ayat yang masih terniang niang dalam fikiran aku sampai.

Sorry semua, Ati tak berapa pandai nak susun ayat tapi Ati cuba.

Nama aku Melati (bukan nama sebenar). Aku nak sharekan cerita aku, dan mungkin untuk dapatkan pendapat serta doa yang baik baik daripada kalian.

Ayat yang disampaikan dekat intro itu adalah ayat yang diberikan oleh kawan aku beberapa tahun lalu sewaktu kami masih belajar di alam universiti.

Aku panggil dia Nik (bukan nama sebenar). Aku dan Nik berkawan baik dah lama sejak tadika. Aku suka berkawan dengan dia sebab dia seorang lelaki yang pemalu dan sangat helpful.

Aku ni seorang yang ambivert dan Nik seorang yang agak introvert di khalayak. Kami dewasa bersama, aku selesa untuk berkongsi cerita dengan dia. Dia antara orang yang tak pernah miss bagi hadiah birthday kat aku.

Dijadikan cerita sejak dari tadika sampai ke sekolah menengah, kami memang satu sekolah tapi bila dah masuk form 4 aku dan dia terpisah.

Kami ditawarkan untuk masuk ke sekolah berasrama penuh yang berkilo meter jauhnya dari tempat kami. Aku di Selatan, manakala Nik bersekolah di Utara.

Akan tetapi demi menimba ilmu, aku dan Nik bersetuju untuk ke sana. Kami berdua berazam untuk menjadi pelajar cemerlang dan melanjutkan pengajian di universiti impian kami.

Setelah mendapat keputusan SPM, aku berjaya ditawarkan untuk masuk ke pusat asasi UIA, manakala Nik berjaya melanjutkan pengajian di pusat asasi UM.

Aku dan Nik semakin jarang contact dan hanya contact bila perlu, yelah sebab time ni semua struggle dengan akademik masing masing. Kadang tu sampai tidur dan makan pun dah tak teratur. Plus tak nak membebankan sesiapa.

Nik jauh, nanti dia risau. Nik selalu cakap kat aku if ada apa-apa masalah, jangan pendam sendiri. Sharekan kat dia supaya dia boleh tolong.

And ada beberapa kali aku cerita tentang life aku kat dia, aku cerita struggle aku. He always gives me some sort of motivation.

But Nik jarang untuk sharekan problem dia, kadang tu aku rasa, dia ni memang tak ada problem ke? Dia ni okay ke? Bila aku tanya, dia akan kata dia okay.

Hari berganti hari, dan tahun berganti tahun. Kami berdua masih setia meneruskan pengajian di universiti idaman kami. Keadaan kami berdua pun masih sama seperti sewaktu di zaman asasi. Contact bila perlu.

Sehinggalah kami masuk tahun akhir. Aku ingat lagi, time tu aku dapat mesej daripada Nik right after aku baru je habis jawab exam. Dia tahu jadual exam aku, and that was the last paper for that semester sebelum masuk ke final semester.

Time tu tengah dalam fasa orang struggle exam. Nik tulis yang dia ada benda penting nak cakap, dia nak call time aku free.

Aku time tu dah fikir bukan-bukan. Nik perlukan bantuan ke? Dia accident ke? Ke dia tak cukup duit? Macam-macam aku fikir.

Aku balas, “Boleh, lepas asar nanti call lah”.

Dan Nik jawab agak lambat, dia hanya balas “Ok”.

Aku tunggu panggilan daripada Nik sejak jam 5 petang, jam 6. 30 petang baru dia call aku. Aku dah cuba call dia selepas tunggu agak lama, tapi dia tak angkat call.

Aku risau sebab takut dia perlukan bantuan urgent. Nik buat panggilan dengan nada yang agak berbeza.

Sejujurnya, aku dengan Nik jarang berkomunikasi menerusi panggilan telefon, kami lebih prefer contact melalui mesej, sebab boleh hantar emoji dan sticker yang mencuit hati.

Nik menyatakan perasaan dia terhadap aku yang dah bertahun tahun dia simpan, dia kata kali ni dia tak dapat tahan lagi. Dia hanya mahu aku tahu tentang perasaan dia, tiada desakan.

Nik turut menyatakan hasratnya untuk memperisterikan aku lagi 5 tahun.

Time tu aku terkedu. Aku tak sure apa yang aku rasa, aku rasa speechless. Aku bukan tak suka dia, cuma aku tak pernah terlintas untuk ada perasaan lebih daripada sebagai kawan baik.

Keadaan time tu bagi aku sangatlah awkward. Aku minta penjelasan Nik, Nik terangkan satu persatu. Aku faham apa yang Nik rasa.

Tapi apa yang mampu aku jawab, “sorry aku perlukan masa untuk fikir tentang ni” dan aku terus tukar topik perbualan kami supaya keadaan tak menjadi semakin awkward.

Dua bulan selepas dari kejadian tu, aku cuba untuk kenal Nik. Lebih kepada proses taaruf macam tu.

Aku rasa lucu, yelah kawan dari tadika tapi masih lagi kena buat taaruf. Tapi bagi aku, aku perlukan untuk aku tahu dan faham dia lebih.

Nik mula nampak lebih ramah berbanding sebelum ni, effortnya pun makin banyak. Kadang tu aku rasa macam serba salah.

Aku pernah tanya pendapat parents aku tentang Nik. Ibu nampak suka dengan Nik dari dulu, cuma abah nampak kurang sedikit.

Setahun sudah berlalu, aku dan Nik dah ada career kami masing masing. Tapi, perasaan aku pada Nik masih sama. Tiada cinta yang berputik.

Aku tak tahulah sama ada hati aku ni terlalu keras untuk terima cinta atau apa. Ada juga beberapa orang yang pernah ajak aku “couple” time belajar dulu, tapi time tu memang aku fikir ni mesti cinta monyet.

Aku berkeras untuk tidak membuka sebarang ruang untuk aku tenggelam dalam cinta cinta macam ni.

Aku ada juga sampaikan apa yang aku rasa pada Nik, Nik terima walaupun dia agak hampa akan tetapi dia masih mencuba sehabis baik.

Time tu juga dia cakap, “Aku tunggu kau lagi empat tahun, ada jodoh kita kahwin. Maybe sebab sekarang ni kau tak ready lagi. Tapi kalau tak ada jodoh, semoga kita berdua dijodohkan dengan pasangan yang terbaik”.

Dan bermula saat itu, aku dan Nik dah jarang contact. Tapi, Nik masih menjadi orang yang selalu bertanya khabar aku walaupun tidak sekerap dulu.

Sampai sekarang istikharah dan doa tak pernah jemu aku panjatkan. Dan aku masih lagi membusykan diri aku dengan family, career dan improvement diri.

Mohon doakan urusan kami berdua dipermudahkan dan dipandukan dengan jalan yang terbaik.

– Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *