Ada Ke Kerja Ber’Facebook’?

Maaf kalau coretan ini sedikit mengganggu. Saya bukan nak cerita hal saya, tetapi cuba membantu keluarga bapa saudara.

Kami dibesarkan di kawasan Felda. Siapa yang pernah membesar di kawasan Felda pasti faham benar bagaimana kehidupan di sini.

Dipendekkan cerita, keluarga saya dan bapa saudara (saya gelar sebagai Pak Lang) tinggal berhampiran. Hubungan keluarga kami sangat rapat. Pak Lang umpama bapa sendiri. Anak-anak Pak Lang bagai kakak saya juga.

Baru-baru ni, saya ada pulang ke kampung. Lama tak bertemu Pak Lang macam-macam cerita dia kongsi. Hinggalah dia terbuka cerita anak sulungnya, saya panggil Kak Long.

Kak Long berkahwin ketika saya masih di sekolah rendah. Saya tak kenal suaminya tapi dari cakap-cakap keluarga, katanya suami Kak Long (saya gelar Abg Man) adalah selebriti. Tak pasti selebriti apa.

Ketika itu, saya tidak masuk campur sangat urusan orang dewasa. Ya lah ketika itu saya budak lagi.

Namun, sekarang kalau tak silap hampir 11 – 12 tahun berlalu. Pak Lang mula buka cerita.

Pak Lang tanya saya mengenai vaksin dan sekolahkan anak di rumah. Pak Lang tanya juga boleh ke kalau bukak Facebook setiap hari boleh dapat duit? Eh peliknya soalan Pak Lang ni?

Pak Lang tanya, betul ke dalam vaksin tu ada kandungan tak elok?

Saya hanya jawab berdasarkan apa yang saya baca dan belajar (saya graduate bidang sains). Ada juga baca jurnal sains dan ikuti rapat perbincangan mengenai vaksin. Hasil penerangan saya kepada Pak Lang nampaknya Pak Lang faham.

Bab homeschool tu Pak Lang tanya, boleh ke sekolahkan anak kat rumah? Saya jawab kalau ikut peraturan KPM, kena hantar anak ke sekolah.

Kalau ibu bapa mampu sekolahkan anak kat rumah kena ikut silibus yang ditetapkan. Bukan boleh ikut sesuka hati dan masih perlu duduki peperiksaan.

Pak Lang tanya, boleh ke kalau ajar anak baca Quran je tak payah belajar subjek lain? Saya jawab lebih baik belajar kedua-duanya, ilmu dunia dan akhirat kena seiring.

Kita belajar Matematik dan dalam masa sama belajar juga Quran dan hadis, itu lebih baik.

Kalau kita hanya pandai baca Quran saja, macam mana nak bersaing dengan bangsa lain yang handal Sains atau Fizik? Kita juga yang rugi tiada orang Islam yang pakar nak cipta pelbagai teknologi.

Pak Lang diam. Lama juga Pak Lang termenung. Saya masih tak faham kenapa Pak Lang tanya soalan-soalan ni.

Tak lama lepas tu Pak Lang sambung cerita. Pak Lang cakap dia tak tahu nak buat macam mana dengan keluarga Kak Long. Anak-anak Kak Long tak hantar sekolah sebab Abg Man nak sekolahkan anak di rumah.

Abg Man kata tak percaya cikgu mengajar. Tapi setahu saya Abg Man pun bukan seorang graduan. Maaf saya bukan nak menghina ya. Tapi saya rasa Abg Man sepatutnya tahu kemampuan dia yang tidak layak mengajar.

Silibus zaman sekarang tidak sama macam tahun 80an 90an dulu. Jadi, saya tak rasa Abg Man tahu perubahan tu. Kak Long belajar hingga SPM saja dan lepas habis sekolah Kak Long hanya kerja kilang.

Lepas kahwin dengan Abg Man, Kak Long berhenti kerja.

Masa cerita tu, nampak air mata Pak Lang bergenang. Mungkin sedih fikirkan nasib cucu. Saya pun dah lama tak berjumpa Kak Long dan anak-anak. Mereka jarang balik kerana Abg Man selalu sibuk. Saya tak pasti Abg Man kerja apa sekarang.

Pak Lang tanya lagi, betul ke buka Facebook boleh dapat duit? Saya tergelak juga dengar soalan Pak Lang tu.

Saya jawab kalau orang berniaga memang ya boleh buat duit dengan Facebook. Tapi kalau setakat buka Facebook untuk baca status orang atau buat status cerita makan apa hari ni rasanya tak dapat duit. Silap-silap dapat kecaman je.

Pak Lang cakap dia pernah tanya menantu dia (Abg Man) kerja apa. Abg Man jawab kerja Facebook. Ada ke orang kerja Facebook?

Saya jawab memang ada. Facebook tu satu syarikat. Facebook Malaysia pejabat di KL Sentral. Tapi saya tak rasa Abg Man kerja di situ.

Perbualan saya dan Pak Lang terhenti di situ. Saya balik rumah dan tanya pada mak mengenai perbualan saya dan Pak Lang. Mak saya pula buka cerita.

Mak cakap Pak Lang dan Mak Lang dah lama memendam rasa. Mereka rasa macam kena tipu dengan menantu tapi tak tahu macam mana nak cakap.

Ya la Pak Lang Mak Lang orang kampung belajar tak tinggi. Bila Pak Lang tanya soalan mengenai sekolah cucu, ada je jawab si menantu.

Siap ayat Quran dan hadis diberi untuk kukuhkan alasan dia tak hantar anak sekolah. Bab vaksin pun begitu. Bila tanya bab kerja, dia jawab kerja Facebook. Selalu buat live kat Facebook sebab banyak permintaan peminat nak tengok muka dia. Hehehe.

Datang adik saya tunjuk Facebook Abg Man. kalau tengok kehidupan yang ditunjuk dalam Facebook tu nampak gaya Abg Man ni memang tak kerja. Sentiasa ada di rumah. Setiap hari berpuluh-puluh status dia tulis.

Yang paling lucu Abg Man juga lantang cerita mengenai isu bumi. Sudah tentu maklumatnya salah. Tapi seperti biasa dia sulamkan dengan ayat Quran yang dia tafsir sendiri. Nauzubillah.

Jika nak cerita mengenai perihal Abg Man rasanya tak boleh habis. Tujuan saya menulis di sini adalah untuk meminta bantuan kawan-kawan di sini mengenai beberapa perkara.

Jika budak keciciran pelajaran (tidak bersekolah), apakah prosedur yang perlu dibuat? Adakah atuk/ nenek berhak ambil alih penjagaan cucu walaupun mak ayah hidup lagi?

Adakah mak/ ayah boleh minta si menantu serahkan semula anak mereka sebab memang jelas menantu tak jalankan tanggungjawab?

(Kak Long yang cari rezeki. Abg Man hanya duduk rumah sebab katanya tak sihat ada masalah mata. Tapi setiap hari boleh menghadap Facebook).

Oh ya, bab masalah kesihatan ni pun satu hal juga. Abg Man cakap dia ada masalah mata. Tapi bila Pak Lang minta pegi hospital dia tak nak katanya tak percaya rawatan hospital.

Harap semua boleh bantu saya untuk bantu Pak Lang sekeluarga. Jangan minta saya slow talk dengan Abg Man sebab kami dah cuba dan gagal. Kena block di Whatsapp dan social media.

Terima kasih.

– Anak sedara Pak Lang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *