Ada Ke Kerja Yang Fleksibel Selain Berbisnes?

Hai, nama saya Syazwani. Saya bekerja sebagai pembantu akaun dan admin di salah sebuah syarikat di Perak.

Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berusia 1 tahun. Saya selalu baca confession-confession disini hampir setiap hari sebelum pergi kerja.

Saya sekarang dalam dilema nak berhenti kerja atau tak.

Untuk pengetahuan semua saya telah berkerja di sini selama 7 tahun hingga kini. Saya suka kerja di sini cuma saya susah untuk memohon cuti sakit serta annual leave.

Setiap kali saya mohon cuti pasti bos saya akan tanya sebab cuti tersebut, Jadinya selama saya kerja 7 tahun, saya hanya ambil 3 hari cuti Medical sahaja. Cuti annual pula hanya pada hari raya selama dua hari.

Tapi lama lama saya dah burn out dengan apa yang saya buat ni. Terlalu banyak task yang sepatutnya dilakukan oleh 3 orang pekerja tapi sayalah yang melakukan semua. Saya buat kerja HR, Admin & Account.

Saya ada seorang pegawai atasan saya tetapi saya lihat dia sudah tidak melakukan kerja kerja beliau dan memberikan semua kerja kepada saya.

Saya stress dan buntu sebab setiap hari saya melangkah pergi kerja saya dah rasa tidak gembira dan sangat stress. Waktu saya cuti bersalin pon, hari hari pegawai atasan saya ni call tanya pasal kerja.

Saya jadi takut nak tengok phone padahal waktu tu sepatutnya saya rehat dan fokus pada bayi yang baru lahir.

Saya merasakan pegawai atasan saya mengambil kesempatan terhadap saya dari segi penyerahan tugas yang tidak seimbang.

Namun begitu, sepanjang bekerja disini saya sentiasa menerima bonus dan kenaikan gaji. Itu adalah salah satu faktor kenapa saya keliru untuk berhenti dari sini.

Saya juga menghadapi tekanan apabila semua tugasan yang diberi kepada saya terlalu banyak namun beliau sesuka hati cuti begitu sahaja.

Tetapi kalau saya memohon cuti pasti ada sahaja alasan beliau untuk membuat saya tidak jadi ambil cuti. Saya lihat beliau juga selalu scroll shoppe, lazada di Laptop beliau tanpa melakukan sebarang kerja.

Oleh yang demikian, saya terfikir adakah patut saya berhenti dan bekerja sebagai pemandu Grab sebab saya telah mempunyai lesen PSV (yang saya ambil semasa tempoh pkp tahun lalu kerana takut dibuang kerja tetapi syarikat tidak jadi membuang saya).

Ada tak sesiapa yang berpengalaman menjadi pemandu Grab. Sekiranya saya jadi pemandu Grab, saya boleh control masa saya sendiri. Dan tiada kerja yang bertangguh.

Ada tak yang berpengalaman sebagai pemandu Grab disini. Boleh minta pendapat anda?

Apa yang perlu saya buat. Saya mohon pandangan anda semua sebab saya sudah menceritakan perkara ini kepada suami saya beliau bersetuju cuma saya takut pandangan orang sekiranya saya berhenti.

Orang akan cakap saya lemah dan malas. Sedangkan sudah 7 tahun saya di dalam cycle yang sama. Saya tidak gembira dengan keadaan ini. Dan saya sekarang tidak mahu bekerja dengan manusia lagi.

Biarlah saya bekerja tanpa kawalan dari sesiapa. Satu satunya yang erlintas dalam kepala saya adalah sebagai pemandu Grab/ Mycar/ Air Asia Ride.

Pandangan anda semua sangatlah saya hargai.

Seorang yang buntu,

– Syazwani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *