Assalamualaikum semua, sejujurnya aku tak berapa pandai nak karang ayat. Tapi aku cuba ya. Aku sekarang berumur pertengahan 20an, online business dan tinggal dengan family.
Aku ni, ada sakit yang berkaitan dengan genetik darah. Iaitu Thalassaemia.
Penyakit ni, bagi aku takde lah membebankan, cumanya dia merosakkan organ dalaman secara senyap. Dan sekarang, ada beberapa organ aku yang mula terjejas.
Dipendekkan cerita, lately ni aku terfikir. Kalau aku mencari pasangan, ada ke yang nak terima aku yang serba kekurangan ni? Ada ke yang boleh terima aku if aku tak boleh pregnant?
Family aku tak pernah desak untuk anak-anak dia kahwin awal. Tapi aku ada sesekali cakap dengan ibu “kita taknak kahwin, sampai bila-bila”
Tapi dalam masa yang sama, aku tetap berdoa, supaya ada seseorang yang hadir dapat terima kekurangan aku.
Dan aku selalu juga terfikir, takkan aku nak merisikokan masa depan anak orang? Buatnya aku kahwin, tak boleh bagi keperluan dia. Boleh ke dia terima?
Kadang-kadang, rasa cemburu tu pun ada, bila tengok ada pesakit pesakit lain yang dah kawin. Untungnya diorang kan?
Dapat pasangan yang boleh terima kekurangan kita.
Setiap kali ada yang nak mula berkawan, benda 1st aku bagitahu adalah sakit aku ni.
Dia kata dia boleh terima sakit aku, dia siap buat research pasal thalassaemia ni, dia cakap ibu dia nurse, tahu sikit2 pasal sakit ni.
Aku rasa lega sikit, bila dia boleh terima sakit aku. Tapi aku cakap dengan dia, rupa dan raut wajah pesakit thalassaemia ni lain sikit dari orang normal.
Kulitnya gelap, pipinya jatuh, hidung kemek/ jatuh, giginya terkeluar (sesetengah). Tapi kalau diikutkan, ramai cakap rupa aku ni macam orang normal.
Aku cakap, takpe. Aku izinkan dia tengok rupa aku, selepas aku bagi dia tengok. Terus dia diam hilang entah kemana.
Ohh dari situ aku tahu, orang cantik akan diterima walaupun dia sakit.
Abang aku juga ada sakit yang sama, Alhamdulillah dia dapat pasangan yang ikhlas jaga dia, setia sampai hujung nyawa. Tapi, perempuan memang akan setia dan terima kekurangan lelaki.
Tapi lelaki? Boleh terima ke bila dapat isteri yang ada sakit? Maaf kaum lelaki, andai ada sentuh perkara sensitif.
Aku banyak kali fikir, aku takkan risikokan hidup orang lain. Tapi aku pun nak juga rasa alam perkahwinan.
Jadi tolong, aku mengharapkan readers memberi nasihat/ pandangan. Tapi bukan kecaman.
Doa kalian, aku perlukan. Moga Allah perkenankan apa yang dihajatkan. Aaminn.
– Dik Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit