Ada Lagi Ke Jalan Untuk Aku Berjaya

Salam min yang kacak. Hidekan eh profile aku.
Kalau free publishkan cerita aku sebab nak tahu juga pendapat pendapat orang yang baca ni. Sorry cerita agak panjang.

Cukup lah dikenali sebagai Faz. Umur masih 22tahun. Untuk orang yang bak kata orang yang masih dalam tempoh fresh graduated ni dah confirm2lah masalah yang dorang selalu hadap iaitu pasal kerja. Macam tu jugalah dengan aku ni. Nak kata baru grad takdelah baru sangat dalam setahun lebih macam tu.

Nak dijadikan cerita aku konvo pada hujung tahun 2016. Masa tu aku cuma kerja biasa-biasa je, kerja kedai2 kecik, kerja mall. Sbb aku jenis tak kisahlah kerja apapun boleh hadap je (sbb belum ade komitmen masa tu). Dan satu hari tu, awal tahun 2017 aku berhijrah kerja di KL sebagai customer service merangkap ‘telecollector’ dekat satu company kewangan yang tak asing dah dekat Malaysia ni. Kerja telecollector (contract 6bulan boleh renewal contract tp agak susah nak permenant) hanya orang yang pernah kerja saja yang faham macam mana nak hadap stressnya bila kau punya ranking tak naik naik, bila team leader kau push kau suruh call ni call tu. Tapi bagi aku kerja tu takdek masalah cuma yg menjadi masalahnya adalah environmentnya yang aku tak boleh nak adapt. Aku ni nak dikatakan boleh bawak diri mana2 tempat tapi kene ambil masa paling lama 2minggu macam tu, tapi after 2 minggu aku still tak boleh go dengan environment dekat sini which is environmentnya yang ‘unwelcoming’ staff baru dan sometimes ade sesetengah senior yang agak iri hati sikit bila budak baru ranking naik dari diaorang. Dan pada bulan pertama aku kerja okaylah alhamdullilah aku diranking yang boleh laaaa top 10 gitu. Masuk je bulan kedua, ranking aku mula jatuh, jatuh dan jatuh bak kata org jejak tanah dah haaaa. Aku bukannya takdek usaha nak naikkan, cuma kerja ni semuanya bergantung kpd kes dan customer yg kau dapat. Kalau dapat customer yg mmg akan bayar maka kau boleh kerja sambil buat call senyum2. Dan bila kau dapat fail yg customer kawkaw punya ignore call, kawkaw punya banyak excuses, maka kau hadaplah kerja dibawah stress yang boleh buat kau mengingau masa tidur. Itulah keadaan aku dulu, sampai roomate dok kejut subuh aku boleh mengingau “bila nak bayar encik?”. Betapa sedihnya life aku masa tu huhuhuk. Dan aku still tak give up lagi dgn kerja ni.

Tapi, sampailah satu masa ada seorang pekerja datang masa aku tengah take break untuk buat call night. Hamba Allah ni dengan sewenang2nya menegur aku which is bagi aku menjatuhkan air muka aku jugak. Masa tu aku dgn membe aku tgh berehat2 sambil menikmati permandangan KL dari dalam bangunan, dan dia pun dtg tegur membe aku sorang ni
“weh balqis (bukan nama sebenar) tegur tegur lah sikit si faz ni tgk fail selalu kat bawah. Ajarlah die buat kerja, kalau tak tahu suruh lah die tanya, tgklah balqis pun org baru, boleh je buat kerja ape semua die ni dahlah tak tanya org, ranking kat bawah pulak, macam mana nak jadi permenant kalau kerja macam ni”.
Masa tu hanya Tuhan jela tahu aku rasa nak sepak2 je hamba Allah ni. Bukan aku tak terima nasihat dia, bagi aku semua dia cakap tu semua betul tapi the way die tegur buat aku jatuh tersungkur kat tanah, sakit die tu pehhhh (nak nangis) . Tapi aku still act steady jela sambil tanya
“permenant ke contract skrg?”
Dia jawab,
“Contract”
Aku tanya lagi,
“Bapa lama dah kerja?”
Dia jawab,
“Lama dah nak masuk setahun lebih”
Aku pun dgn selambanya jawab,
“Haaaa dah tuuuu?”
Maka dengan itu, hamba Allah ni pun berlalu pergi (sbb habis rehat lepas dia membebel apa tah lagi) Hmm, aku ingat cerita situ habis situ, dan.. die terus on the sport lepas habis take break tu die mengadu kat Team Leader aku betul2 depan muka aku. Kebetulan masa tu aku mmg duduk meja sebelah Team Leader aku. Tapi, maybe dorang perasan aku dan cepat2 laaa cover line. Lepas habis call night tu, agak lama aku tunggu depan office (kat tempat tunggu bas) sama ada aku perlu HILANG DARI RADAR ataupun sambung kerja macam biasa. Sampaikan aku sanggup naik office balik, bila semua org dah takdek semata2 nak ambil barang2 aku dalam locker biar kosong dan pikir esoknya aku akan HILANG DARI RADAR mcm tu je. Haha. Tapi tulah, pikir macam nak gila esoknya dtg jugak kerja macam biasa. Haha. Hati still kental even office esoknya penuh gossip pasal aku takleh terima teguran.

Selepas 6bulan aku berhenti dgn jayanya which is aku tak renewal contract sebab aku rasa cukuplah sampai di sini saja, dan aku start menganggur..
Aku pulang, balik kampung bungkus semua barang aku dan start cari kerja area kampung..
Tak senang dan sangat tak senang cari kerja dalam kampung sendiri lagi2 kampung aku mmg tempat tentera. Bayangkanlah nak cari kerja swasta tu perit yang amat sangat. Hampir tiap2 hari aku keluar usha kerja pergi interview sana sini. Tapi rejected sbb gaji aku dulu agak besar dan orang tak yakin aku boleh accept kerja gaji rendah.

Sampai lah awal tahun 2018, aku diterima kerja sebagai kerani..dgn gaji basic Rm1000 (belum tolak epf dan socso). Kerja sebagai kerani? Hmmm aku okay je. cuma apa yang mendatangkan masalahnya mak aku. Dia sentiasa cakap gaji aku sikit dan hari hari dia ulang aku ada komitmen yg perlu dibayar (bayar hutang mara + kereta) (kereta ayah tapi sbb aku yg guna so aku tolong sambung bayar) so total up semua 75% dari gaji aku buat bayar hutang sajaaaaa. Takdek duit belanja dan takdek duit simpanan. Increment gaji? Maybe ade maybe takde bergantung pada boss dan prestasi aku. Jadinya disebabkan hal ni, aku diminta oleh family supaya aku berhijrah ke shah alam dan tinggal dengan akak aku (sekali teman akak sbb abg ipar kene kerja luar negara).

Dan setelah berfikir panjang, aku dah buat keputusan untuk ke shah alam. Semalam baru aku print surat resign aku untuk bagi notis seminggu sebab aku tak sign apa apa hitam putih lagi. Tapi, nak dijadikan cerita harini aku dapat offer letter selepas aku beritahu yg aku nak resign semalam, sbb semalam aku just confirmkan dgn pekerja company saja, aku whatsapp dan tanya die kalau aku nak resign perlu bagi notis berapa lama. Tup tup harini, aku dapat offer letter tapi aku tak sign lagi. Dan boss aku adalah jugak kata yang dia suruh aku stay company ni, tinggal dekat sini dan katanya kalau aku pergi sana aku tiada masa depan. Dan katanya lagi aku kene bagi notis dua bulan baru die boleh accept tapi aku tak sign lagi hitam putih perjanjian tu. Hmmm aku mmg betul2 buntu skrg, tak tahu apa nak buat. Mintak tlg bagi pendapat sikit.

K terima kasih sudi baca.

-faz (bukan kak faz mulut manis)

– Faz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit