Ada Orang Lagi Teruk

Sebagai penutup tahun 2021, aku nak luahkan juga apa yang terbuku dalam hati aku ni supaya tahun 2022 aku tak perlu lagi fikir sebab makin aku fikir, makin aku geram dan dendam saja jadinya.

Aku ada masalah mental terutamanya stress yang melampau, overthinking, rasa bersalah dan asyik menyalahkan, suka membandingkan situasi, rasa rimas dan geram yang boleh jadi kepada mengamuk setiap kali stress dan dah sebulan aku tak boleh tidur sebab insomnia.

Sebabkan aku ada masalah mental, aku ada follow beberapa doktor/ therapist tentang masalah mental di media sosial.

Kelebihan follow mereka ni ialah senang dapat ilmu tapi kekurangannya ialah kadang² news feed aku akan keluar post² dari pesakit mental yang aku sendiri tak follow.

Bila news feed aku ada post² dari pesakit mental yang lain, kadang² secara tak sengaja, aku terbaca juga atas dasar nak tahu walaupun aku tak suka.

Aku tahu yang masing² punya masalah yang berbeza tapi aku tak dapat nak hentikan perasaan aku nak membandingkan masalah aku dengan masalah pesakit mental yang lain.

Aku tak kisah jika masalah mereka sama macam aku atau lebih teruk dari aku. Tapi aku cukup sakit hati bila aku terbaca post yang mereka tulis tentang masalah mereka yang bagi aku bukan masalah pun tapi mereka saja yang memperbesarkan sampai jadi isu yang besar.

Aku tahu kalau dari kalangan pembaca akan ada anggap yang aku ni toksik tapi aku terpaksa luahkan juga sebab penat otak dan hati aku asyik sakit saja.

Tak jadi kerja aku sebab setiap perbuatan yang aku buat atau pengalaman yang jadi dekat aku, aku bandingkan dengan pesakit mental yang lain ni.

Aku ada terbaca beberapa post dari beberapa pesakit mental tapi dari post seorang ni yang banyak bagi tekanan dan kesan pada perasaan aku.

Salah satu sebab post dia selalu di news feed aku ialah dia ni terkenal di kalangan pesakit mental dan ramai juga doktor/ therapist yang aku follow ni share kisah dia jadi secara tak langsung asyik berlegarlah kisah dia dalam news feed aku.

Aku gelarkan dia ‘yaya’ lah. Aku tak tahu umur ‘yaya’ ni berapa tapi aku rasa dia diantara 30’an ke awal 40’an macam tu. Dalam post dia tu, dia tulis tentang perjalanan hidup sakit mental dia, punca jadi dan kesan pada dia.

Antara sebab yang aku sakit hati dengan dia ni kan, dia kategori pelajar yang ada talent dan minat dalam kos yang dia ambil dari diploma hingga ijazah. Dia seronok belajar, ada kawan², berani dan lantang bersuara.

Dia sendiri pun tulis kata dia minat buat group project dan presentation. Tak pernah failed subjek dan tak ada penyakit. Tak ada isu langsunglah kiranya.

Lain pula dengan aku, kos yang aku ambil (kos yang ditawarkan dalam pilihan UPU) tu susah dan tak mampu bagi aku.

Aku tak ada kawan² yang membantu, aku dipulaukan, aku ada sakit yang membuatkan aku asyik lemah, selalu failed subjek sampai kena extent sem.

Lecturer pernah suruh aku berhenti dari ambil kos tu masa sem 1 bukan sebab dia tahu aku ada penyakit tapi sebab dia kata aku akan gagal dan tak mampu buat.

Aku pun pernah kena herdik depan kelas oleh seorang lecturer lain ni sebab aku tak boleh nak jawab soalan dia sedangkan aku tengah gastrik teruk tahap nak pengsan masa tu.

Aku seorang yang pemalu dan penakut. Hari² aku risau dan berdebar². Kalau presentation tu memang pucat² tambah pula aku kurang darah. Aku tak ada tempat nak luah, mak ayah pun tak faham malah tak nak ambil kisah.

Tapi dia tak habis² asyik up post tentang bagaimana zaman dia belajar dulu susah sampai terpaksa extent berkali² walaupun dia tak pernah failed subjek dan akhirnya dia berhenti di sem akhir. Aku betul² tak faham dengan sikap dia.

Nak kata ada depression, aku pun ada juga dan kos aku lagi susah dari dia tapi aku teruskan juga sampai habis degree. Aku lepas habis degree, darah aku tinggal 7 g/dL yang sepatutnya kena lebih dari 10 g/dL tapi masa aku balajar dulu darah aku lagi rendah dari tu.

Aku dengan dia belajar di universiti dan fakulti yang sama tapi kos berbeza. Dia kira senior aku yang tua lebih dari 5 tahun dari aku.

Lepastu up pula post tentang walaupun dah berhenti degree di akhir sem tetap dapat kerja guna diploma tapi tak tahan terus berhenti lepas 2 bulan sebab kena marah.

Ni pun satu hal, aku dulu sepanjang belajar dari sekolah rendah sampai universiti selalu saja kena maki dengan pendidik tapi dia kena marah sikit dah berhenti.

Nak dapat kerja dah lah susah. Kira beruahlah dia dapat tawaran kerja. Aku sekarang masih mengganggur dan dah lah mak ayah aku dah tua.

Walaupun aku sakit mental tapi tetap aku kena cari kerja sebab nanti duit tak ada pula nak tanggung keluarga. Dia sekurang²nya habis berhenti degree tu boleh pula kahwin. Aku ni nak kahwin pun risau tapi tak kahwin pun risau sebab aku anak tunggal.

Lepas dah kahwin boleh juga dia dapat tawaran kerja lagi tapi berhenti pula lepas 2 hari. Nampak tak lemah dia tahap mana? Lepastu dia up pula post tentang dia dan anak² dia yang masih kecil tu.

Macam mana dia seorang yang baran dan anak² dia asyik jadi mangsa dia. yang ni aku fahamlah yang dia sayang anak dia dan budak² memang boleh terkesan dengan perangai dan tindakan mak ayah tapi apa lah sangat yang dia dan anak dia rasa.

Masa mak aku mengandung dan beranak kan aku, ayah aku tak jaga langsung pun aku. Sekurang²nya dia kata suami dia penyayang dan memahami. Sedangkan ayah aku toksik dan neglected.

Mak aku pun sakit lepas beranakkan aku siap bentan lagi tapi ayah aku tak jaga dan nenek aku siap panggil bidan jampi serapah apa tah sampai mak aku tak boleh beranak dah lepas tu.

Nampak tak betapa toksik dan syiriknya nenek aku. Tapi dia sekurangnya² dapat anak lebih dari 1.

Keluarga aku semuanya toksik tau tak. Dari aku, mak ayah aku sampailah arwah atuk² dan arwah nenek² aku. Kami semua ni hidup dikelilingi dengan masalah mental, panas baran, aggressif, abusive, neglected tapi kami tetap teruskan hidup.

Sampai sekarang pun mak ayah aku yang dah lebih 50’an ke atas tu masih lagi toksik dan ada masalah mental. Kesannya amat² merana bagi aku dan aku dah hadap benda ni dari seawal aku 5 tahun hingga sekarang umur aku 27 tahun.

Selain dari kisah aku, aku pernah baca pengalaman orang lain lagi teruk dari pengalaman si ‘yaya’ tapi ‘yaya’ ni buat seolah² hidup dia teruk sangat sedangkan dikelilingi oleh suami, adik beradik, mak ayah yang baik, penyayang dan memahami.

Sekarang ni pun follower dia dah banyak dan di antaranya dari golongan para doktor/therapist.

Punca ‘yaya’ dapat depression tu pun hasil dari perbuatan dia juga sebenarnya bukannya kesan dari orang lain yang utamanya. Mak aku walaupun masa kecil selalu kena dera tapi tak pernah selemah ‘yaya’ ni sampai menangis² menggigil².

Mungkin jugalah sebab mak aku dah numb and emotionless sebagai coping dan defense mechanism dia.

Penat tau bila hidup dalam kitaran yang semuanya bermasalah mental. Tak luah tertekan, bila luah bergaduh. Penat bila ada mak ayah yang emotional unavailable tapi itu juga orang yang aku cari untuk luahkan sebab aku tak ada kawan dan tak ada siapa² langsung.

Aku rasakan ‘yaya’, walaupun kau kata kau ada masalah mental tapi kau tak mampu faham tahap kesusahan dan masalah mental yang kau hadapi sebab kau baru rasa di masa dewasa sedangkan nak dibandingkan dengan orang yang dah hadap dari kecil.

Orang macam kami ni walaupun terkesan dan tertekan tapi kami dah lali.

Aku tahu aku toksik tapi orang toksik pun nak luahkan perasaan juga.

– 2022 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *