Ada Pengajarannya Bila Diganggu Orang Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Najihah (bukan nama sebenar). Terima kasih pada admin sebab memaparkan kisah aku yang boleh bagi semangat dan pengajaran buat semua.

Aku adalah seorang suri rumah anak satu. Aku duduk rumah sementara nak tunggu majlis graduasi aku di sebuah IPTA hujung tahun ini. Suamiku bekerja sebagai salah seorang anggota unit beruniform.

Aku dan suami aku hidup berjauhan, berpisah dengan Laut China Selatan dan hanya berhubung melalui telefon je kalau rindu haha. Kalau nak berjumpa pun kena naik kapal terbang. So, Bila dah jarang-jarang jumpa, lelaki ni kesunyiannya lebih. Tambah plak duduk dengan orang bujang yg lain, lagi la rasa sunyi. Kawan-kawan bujang kalau weekend, lepak dengan kawan-kawan, takpun lepak dengan awek. Suamiku nak buat apa? Haaa, kecurangan dia baru nak bermula. Masa ni aku berhempas pulas nak habiskan belajar sebab aku kena tunaikan jugak hasrat mak ayah aku untuk tengok aku pakai jubah konvo walaupun aku dah berstatus “puan anak sorang”, so aku tekadkan jugak habiskan ijazah. Suamiku start curang masa aku sem 6 dan awal sem 7. Dia cakap kawan dia boleh buat, dia pun nak test jugak buat macam ni. Ikut nafsu dan trend, so jadi macam ni lah. Haih!

Aku pelik, bila aku telefon suami aku, selalu masuk voice mail, bila whatsapp selalu lambat balas. Nak video call whatsapp pun selalu tulis “the user has another call” lebih kurang macam tu kot ayat video call whatsapp bila kita cuba nak call, tp orang tu ada panggilan lain.

Okay, aku cuba pikir positif. Mungkin suami aku call kawan dia kot takpun pegawai dia call ke.. Sebabnya sepanjang kecurangan suamiku tu, suamiku layan aku macam biasa, seolah-olah takda yang mencurigakan. Tapi yela, hati isterikan… Kalau nak tipu pun mesti isteri akan dapat rasa. Cuma aku sering menafikan hati aku. Sebab suami aku memang lelaki yg baik sepanjang aku kenal dia..

Untuk pengetahuan semua, aku rapat dengan family mak mentua aku termasuk ipar duai. Ok, tak de masalah kat sini. Aku masih struggle nak final exam. Nak bergayut dengan suami aku, payah dah sebab aku memang fokus exam. So ini peluang suami aku dan orang ketiga untuk terus berhubung.

Tiba-tiba satu hari, ada seorang perempuan messenger aku. Aku tak tahu dia siapa. Aku pun screen shot la messenger tu dan aku bagi gambar screen shot tu kat suami aku. Aku ni jenis tak pernah berahsia dengan suami aku. So, suami aku cakap, jangan layan. Aku pun tak layan. Yelah, masa ni aku nak final exam kot. Oh, perempuan tu messenger “assalamualaikum, ni najihah ke?”. Ni je perempuan tu messenger. Aku pun balas la… “Waalaikumussalam.. Iyee saya.. Knp..”. Dan conversation tu sunyi dalam seminggu.

Selepas seminggu, perempuan tu messenger lagi. Kali ni memang klimax cerita kecurangan suami aku. Aku tak jangka pun perempuan tu yang sebenarnya awek suami aku. Perempuan add aku kat Facebook tapi aku memang payah accept kalau orang tak kenal tambah plak takde mutual friend. So, perempuan tu pun bagi segala screen shot conversation whatsapp dan video call. Aku baca suami aku nak book flight ticket dan hotel lagi. Aku baca satu per satu semua gambar-gambar tu. Aku diam dan aku ucap terima kasih kat perempuan ketiga tu. Tapi perempuan tu tak habis-habis nak panaskan aku. Siap nak api-apikan aku lagi. Aku tanya perempuan ketiga tu, “kenapa nak bagitahu saya semua ni?”.. Perempuan ketiga tu cakap, “sebab suami awak dah tak layan saya. So saya ugut suami awak untuk saya pecahkan rahsia kami kat awak. Awak kan isteri dia.. Kesian kena tipu..”. Aku pun cakap, terima kasih bagitahu… Aku tak marah pun perempuan ketiga tu. Sebabnya aku tahu pokok tak bergoyang tanpa angin. Aku kena jugak dengar penjelasan dari suami aku.

Aku call suami aku, aku acting like usual. Aku sembang elok-elok. Masa ni nak maghrib dah. Waktu senja gitu kan… Aku tahan nangis aku, aku cuba cool. Bila aku tanya, suami aku tak mengaku. Sedangkan bukti gambar screen shot perempuan ketiga bagi tu semua aku dah baca dan bukti terlalu kuat untuk suami aku menafikan. Masa ini aku rasa kecewa tahap maximum. Yela, suami aku ini lah yang aku percaya, yang aku cinta. Tiba-tiba dia masih nak menipu walaupun dah kantoi curang ibarat menegakkan benang yang basah. So aku masih lagi bertahan, aku letak call. Aku tak marah lagi suami aku. Relax and cool. Sebab suamiku jenis hati lembut. Kena ada cara nak bagi dia jujur. Aku kena psycho dia. Tak boleh marah terus, kena slow talk dengan berhemah.

Lepas maghrib, Sepatutnya ada kelas malam tapi aku tak pergi sebabnya mata aku bengkak. Aku nangis. Aku kecewa. Suami aku masih tak jujur atas kecurangan dia. Aku sedih. Dalam pkl 8 malam macam tu, suami aku call balik. Kali ini rakaman call aku rakam.. Dan akhirnya suami aku jujur. Point suami yang paling aku geram, “abg dah cuba taknak contact perempuan tu. Tapi perempuan tu ugut kalau tak contct dia akan bagitahu ayg…abg tengok kawan-kawan abg pun sama ja enjoy je dengan awek”. Bodohnya laki aku ni hahaha. Alasan nonsense – _-

So sejak dari tu, aku masih diam dengan suami aku buat seketika dan teruskan muhasabah diri aku. Final exam aku, aku tak ketepikan. Masih lagi study macam biasa. Dan aku rasa, dalam perkahwinan ini, pentingnya KOMUNIKASI dari hati ke hati. Perlunya sebarkan kasih sayang lagi. Aku bersyukur juga, sebabnya belum lagi suamiku aku tidur dengan perempuan ketiga tu.

Walaupun suami aku dah jujur sejujurnya, tapi hati aku yang luka ini pastinya ada parut walaupun ia telah dirawat.

Dan alhamdulillah, selepas kes tu berlalu, Kami berjumpa macam biasa, berkelakuan macam biasa. Dan sekarang kami tidak PJJ dah. Alhamdulillah, nampak sayang suami aku tu lagi kuat dari dulu kat aku dan anak aku. Selepas solat berjemaah, kadang-kadang aku bacakan doa selepas solat dalam bahasa melayu, so aku baca dengan suara yang kuat. Biarlah suami aku dengar doa-doa aku itu untuk kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga kecil aku. Aku harap kejadian dah berlalu ni, jadikan pengajaran buat diri dia. Jangan marah pulak suatu hari nanti anak-anak sendiri ikut perangai seorang ayah plak. Kita nak bina family yanh penuh dengan tarbiah islam, tapi kita tak buat. So macam mana anak nak ikut. Betul tak? Kita cakap, “nak anak soleh solehah”, tapi kita tak cuba soleh dan solehahkan diri kita dulu. Macam mana anak nak ikut? Kita ni contoh bagi anak-anak. Kita ni adalah mak pak yang anak-anak paling percaya. Sedar tak?

Allah uji sebab allah nak tengok tahap keimanan, kesabaran, kewarasan kita. Kadang-kadang kita terlalu rasa selesa bermaksiat sampai lupa kenikmatan dalam perkahwinan. Aku rasa selepas dugaan ini, kasih sayang kami sekeluarga makin kuat.. Alhamdulillah.. Dan aku bersyukur sangat perempuan ketiga tu jenis tinggalkan suami aku macam tu je selepas dia api-apikan aku..

Untuk yang berkawan dengan lelaki orang atau perempuan orang, henti-hentikan lah. Dunia ni sementara. Akhirat menanti. Sama-samalah berubah diri menjadi insan yang baik. Memang maksiat itu manis tapi itulah penyebab kepada dosa besar.

Apa yang aku nak nasihatkan di sini bila suami curang atau selepas suami curang atau mengelakkan suami curang;

– cuba berkomunikasi dari hati ke hati. Selalunya lepas berjemaah dalam seminggu tu mesti ada buat sesi luahan hati.

– sentiasa cek phone suami. Huhu

– elakkan hubungan dingin dengan pasangan berpanjangan.

– tidur jangan pisah walaupun bergaduh macammana sekalipun.

– goda suami selagi boleh.

– jadikan anak-ank sebagai pengikat hubungan suami isteri.

– masak yang sedap2.

– mengaji dan solat berjemaah bersama.

– sibukkan diri dengan urusan keluarga.

– kalau ada bajet lebih, raikan befday suami dengan bagi hadiah.

Doakan perkahwinan kita semua penuh dengan sakinah, mawaddah, warahmah. Aku perasan, setelah aku praktikkan perkara yang baik-baik (dekat dengan tuhan) untuk family aku, rezeki semakin mencurah-curah. Alhamdulillah. Dan aku selalu buat air bacaan ayat surah alquran untuk suami dan anak-anak aku minum… Supaya hati mereka lembut dan terang hati serta sentiasa dekat dengan allah.. Aamiinn

Maaf kalau ayat berterabur…

– Najihah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *