Ada Suami Tapi Sunyi

Fasa mengandung, bersalin, berpantang bagi saya adalah a lonely journey.

Suami ada tapi seolah macam tak ada. Masa mengandung kalau muntah2 suami tak pernah ambik tahu.

Dia hanya fokus handphone. Kalau saya cramp tengah malam dia boleh tengok je. Jangankan tolong, tanya ok ke tak pun tidak. 

Setiap kali mengidam saya usaha cari sendiri sebab pernah sekali saya mintak carikan pulut udang kebetulan haritu kedai memang tutup. Suami saya bising2 seolah menyusahkan dia.

Saya balik kampung masa alahan pun dikatanya saya manja. Saya balik at least ada mak yang tolong masakkan sebab saya memang tak boleh bau menumis. 

Kalau saya baring sebab terlalu penat masa mengandung dia akan cakap saya lembik, orang lain mengandung okay je sedangkan saya waktu tu nak angkat tangan pun rasa berat sangat.

Buat kerja rumah pun ala kadar. Bila tak masak dia tanya kenapa tak masak sedangkan saya memang tak boleh bau menumis. Lepastu selalu bandingkan mak2 dulu mampu je kenapa saya tak mampu.

Dia pernah jugak cakap saya gemuk sedangkan saya mengandung anak dia jugak.

Tuan punya badan pun sedapkan hati sendiri lepas pantang nanti kurus balik, suami pulak boleh ja direct macam tu.

Saya berpantang rumah mak sendiri. Banyak mak yang tolong jagakan anak. Sediakan air mandian herba pun mak. Suami? Kalau tak suruh tak buat.

Bab bangun malam ada hari dia bangun sekali ada hari dia penat saya lah yang berjaga sampai ke pagi. Dengan sakit luka jahitan, sakit pinggang lagi.

Kadang-kadang rasa nak jerit je sebab penat. Suami bagi alasan perlu cukup tidur sebab nak kerja. Suami cuma balik kampung hujung minggu sebab tempat kerja jauh dari rumah mak.

Kalau suami tak ada memang mak dan adik-adik jaga dari A-Z sampailah bab cuci baju saya. Saya bersyukur sangat. Alhamdulillah.

Tapi kalau suami balik hujung minggu mestilah family saya serahkan pada suami untuk jaga tapi yang teruk saya lah jugak.

Kadang2 baby tak nak tidur sampai pukul 4-5 pagi saya masuk bilik adik dialah yang tolong sebab saya dah terlalu penat sedangkan suami masih tidur. 

Saya minta cucikan baju anak dan baju saya pun suami suka sangat bertangguh sampaikan mak sendiri ambik baju2 dan basuh sebab nampak banyak sangat yang belum berbasuh.

Saya sampai segan dengan mak sendiri sebab suami ada tapi masih mak jugak yang buat semua.

Sekarang anak pun dah setahun. Suami ada jugak tolong jagakan anak tapi susah sangat dia nak jaga hati isteri dia ni.

Kalau mintak tolong apa2 pun dia akan bising dulu baru tolong. Mintak tolong tukarkan cadar dia tolong tapi dia akan cakap benda macam ni pun nak tunggu suami tak boleh buat sendiri. 

Mintak siapkan barang anak setiap kali nak kemana mana pun dia akan cakap anak sorang pun berkira nak siapkan barang. Sedangkan dia boleh ja tengok movie.

Setiap kali saya cuba nak luah apa2 last2 gaduh. Dia akan cakap saya drama.

Saya sampai tawar hati sebab terlalu banyak makan hati. Kadang2 nak bercakap pun rasa malas. Kalau saya menangis sebab terasa pun dia tak pernah ambik tahu.

Dia dah anggap isteri dia memang macam tu suka menangis. Tak ada pun effort nak tanya apa yang tak kena dan betulkan keadaan.

Pernah sekali saya bersiap nak keluar dia cakap bersiap lama2 tapi hasil biasa ja sedangkan saya memang tak make up jadi apa je lah yang lama sangat.

Suami saya kalau bersiap kalah orang perempuan. Saya tak tahu nak rasa apa. Tapi saya anggap dah biasa.

Cuma saya tak tahu suami saya ni kategori apa sebab memang tak ada common sense bab mengata isteri.

Dulu kalau keluar walaupun ke kedai dekat dengan rumah saya akan pakai lip balm ataupun liptint at least tak nampak macam mayat hidup. Walaupun sekadar liptint pun dia mengata nak pergi kedai je pun tu pun nak melawa.

Sekarang saya kemana pun pakai tudung sarung je sebab nak cepat tapi dipandangnya pulak atas bawah siap cakap macam makcik2. Entahla ye. Nak apa sebenarnya?

Setiap kali saya cuba bagi tahu apa saya tak suka dia akan cakap itupun nak terasa. Hati tak kental lah. Bila saya terasa dan malas nak layan dia akan kata saya ada masalah hati pula sebab layan suami tak baik.

Logik lah kalau selalu sangat terasa lepastu layan acuh tak acuh sebab saya pun manusia ada hati boleh terasa. Saya cuma nak ada teman yang boleh kongsi masalah.

Sepanjang kahwin selama 2 tahun tak pernah sekali saya dapat bersembang macam orang normal.

Yang ada sembang macam nak bergaduh. Bila cuba nak pillowtalk dia kata geli. Saya terlampau sunyi sebab tak ada tempat nak meluah.

Kadang2 whatsapp dia untuk meluah pun dia buat tak tahu ja tak reply.

Bila anak dah masuk setahun banyak je perubahan sebenarnya. Dia yang selalu tidurkan anak, bancuh susu anak tengah malam walaupun banyak lagi perkara yang perlu disuruh, diketuk baru nak buat.

Kadang2 berhari hari baru nak buat. Rasanya tipikal lah lelaki macam tu semua nak disuruh dulu. Tapi bab komunikasi memang zero.

Kahwin tu sekadar kahwin sahaja. Tak rasa langsung kasih sayang. Saya pun dah tak tahu nak buat macam mana.

Kadang2 sampai fikir nak cerai ja.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Suami mcm ni kena direct ckp jgn nk jg hati dia je. Terus terang
    1. Kalau dia tak mau bantu ckp je awak tak mau hamil lg tunggu 3, 4 tahun.
    2. Tak mau bincang atau luahan awak ckp dgn dia dia mau tak jika awak cari orang luar untuk dengar luahan awak utk jd tempat mengadu.

  2. Sy pernah alami fasa sebegini, diawal perkahwinan. Masa anak2 kecil. Sllu juga nangis dlm toilet ketika bersendirian. Sy cdgkan, kalau husband jenis cmni, takat anak 2 org tu ckuplah. Xperlu ramai2. nanti yg nk kena urus semua ibunya juga. As time goes by, anak makin besar, inshaa Allah, eveything will be ok. Doa banyak2, bgn tahajud, ngadu pada Allah tntg suami, sentiasa doakan suami, moga suami diberi hidayah/ petunjuk untuk berubah… kerana Allah lah yg pegang jiwa suami puan.. Puan pula, kuatkan bonding dgn anak.. anak ni, kalau bonding kuat dgn ibu, dia boleh jadi kawan yg paling memahami ibunya. Tak kisahlah anak perempuan atau lelaki..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *