Kita terus kepada point di atas ya, apa yang nak dikongsikan ini adalah pengalaman sendiri(sbg teller) dan hasil dari pemerhatian di tempat-tempat yang ada kaunter secara umum(bank, kwsp, th, imigresen, Pos, lhdn, urusan kerajaan, dll)
Berikut adalah common sense yang perlu diamalkan oleh insan yang bertamadun:
1. Sentiasa cakna dengan no giliran anda. jangan asyik main handphone, jika no giliran terlepas jangan meroyan kalau tak dapat no yg terlepas tadi.
2. Pastikan semua doc yang diperlukan sudah tersedia dan mudah untuk diambil jika sudah dipanggil no giliran. Jangan masa dah panggil tu, terhegeh-hegeh nak keluar IC la, itu la, ini la, klu beg kecil takpe la juga, ni dah macam poket doremon aku tengok beg tu. Berbulu je rasa tengok adegan tu. Tadi mase duduk berjam2 tu buat apa? Takkan dalam 1minit tak boleh nak siapkan doc tu? Masa berjalan cik!
3. Setiap kaunter ada fungsi masing-masing, ada juga yang multifungsi. Setiap no giliran punyai no tertentu yang menentukan untuk urusan apa. Sbg Cth: 1001 utk masuk duit, 2001 withdrawal. Jika anda terasa lambat dipanggil, itu mungkin ada berada dalam urusan yang perlukan masa yg lebih lama berbanding dengan urusan lain. Setiap urusan ada jangka masa yang ditetapkan, jangan ganggu petugas dengan banyak bertanya atau berborak sebab mereka perlu fokus dengan tugas mereka sbb tu ada yang kata mereka sombong(they need space and focus der)
4. Jika dah tahu kebiasaannya ramai orang pada waktu tertentu, dinasihatkan jangan datang waktu itu. Pastu bila lama menunggu, marah petugas di kaunter kata lambat buat kerja.
4. Jangan expect mereka yang dikuanter tahu segala urusan. Be considerate. Mereka ini hanya golongan pelaksana, jika ada tak puas hati dengan peraturan, polisi, dividen, hibah, insuran, dll, please, jangan tolong maki mereka. Tanya baik-baik, mana boleh saya buat aduan.
5. Jangan datang last minute dengan urusan yang berat(etc: buka acc). Let say, buka acc 15minit, dan dia nak buka 6 acc utk anak- anak dia skali pada pukul 5.00pm, korang rasa habis pukul berapa? Fikir la sikit, orang yang duduk kaunter tu pun nak balik, ada tanggungjawab kat rumah. Lagi kesian yang xdpt claim OT.
6. Jika IC rosak, jangan buat muka seposen kata nak settle juga urusan di situ. Urgent la, itu la, ini la, nak PRu la, Kucing saya mati kebulur tak makan, xda duit. Ada kes, boleh dilepaskan atas budi bicara ketua pejabat dan kebanyakkannya bila IC rosak, memang kena settlakan dengan buat baru.
7. Untuk warga emas atau OKU, digalakkan bawa teman supaya mudah untuk berurusan dan kepada peneman, tolong cakna dengan perbualan dikaunter, sbb tu anda diperlukan.
8. Sentiasa bawa pen sebab kebiasannya, memang akan ada borang yang perlu ditulis. Pastikan bertanya dahulu di kaunter khidmat pelanggan borang apa yang perlu di isi. Bila isi pun kena hati-hati, ade jenis borang yang tak boleh salah langsung, klu tak,kena isi semula. Mohon sentiasa bertanya untuk kepastian.
9. Jika perlu jawab phone, tolong terus bergegas keluar kaunter atau minta call semula atau reject call. Di kaunter anda perlu fokus untuk jimatkan masa. Ada sekali tu, ada pelanggan siap buat loudspeaker cakap dengan member bila dalam bank, taktau nak cakap camne dengan orang ni.
10. Bagi tempat duduk buat mereka yang memerlukan dan cakna dengan keadaan sekeliling.
*antara pemerhatian lain, susah nak jumpa orang yang pegang dan baca buku dalam waktu menunggu. Sahabat, bangsa berjaya, bangsa yang membaca.(baca fb, twitter dan confession tak termasuk)lol
Sekian sahaja dari saya.
Jay
– Jay
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit