Assalamualaikum semua. Sebelum aku cerita tentang luahan aku, aku nak bagi tahu yang mungkin ada sesiapa yang akan terasa lepas baca penulisan aku ni ataupun dia baru menyedari yang dia pernah buat macam ni.
Aku minta maaf awal2, aku bukannya detektif yang suka cari kesalahan orang lain tapi aku teramat peka dengan benda2 yang bagi orang lain tu perkara remeh temeh.
Makan dan minum ni ada adab sebenarnya bukan sekadar jangan makan dan minum merata2 atau tumpah je macam yang mak bapak tegur budak2 tu. Tapi biasalah kalau kita tulis macam2 nanti mesti ada yang kata aku cerewet ataupun tak ada orang kisah pun kan?
Ada juga yang kata cara makan dan minum tu berdasarkan budaya sesuatu kaum tu contohnya makan dan minum kuat2 menunjukkan benda tu sedap ataupun ada sesetengah makan dan minum berbunyi sebab ada masalah gigi/ mulut/ gusi/ lidah/ bibir dan rahang.
Macam2 alasan yang benar atau dibuat2 boleh dinyatakan tapi di sini aku nak senaraikan apa yang aku rasa mengganggu dan tidak sopanlah kiranya.
1) MAKAN BERCAKAP. Semestinya masa makan adalah masa untuk mengeratkan silaturrahim tapi aku cukup tak suka tengok dan dengar orang makan sambil bercakap lagilah ketawa terbahak2.
Tak kiralah kanak2 mahupun orang tua yang bergelar ibu bapa serta atuk opah sekalipun. Bukan sahaja benda tu tak sopan bila kita tengok dan dengar tapi boleh buat kita tersembur dan juga tersedak yang akan mengganggu selera semua orang termasuk yang mungkin tersedak itu sendiri.
2) MAKAN BERBUNYI. Aku tak boleh tahan orang yang makan berbunyi ni. Menurut pemerhatian aku, yang makan berbunyi ni selalunya makan tak tutup mulut dan bibir. Mereka juga makan lepastu langgarkan makanan tu ke lelangit. Memang tak ada tujuan langsung.
Sebenarnya sebagai manusia kita boleh je mengonyah makanan sambil tutup mulut dan masih boleh bernafas menggunakan hidung. Bila makan tak tutup mulut bukan sahaja tak sedap mata memandang dan telinga mendengar bunyi bibir melekat tu tapi juga memenatkan si pemakan itu sendiri.
Sebabnya ruang antara mulut tu besar jadi banyak kerja nak kena kunyah tapi selalu aku tengok orang yang makan tak tutup mulut ni kunyah cepat je dah telan. Aku kira kadang2 tak sampai pun 10 kunyahan.
3) GIGIT MAKANAN DI DEPAN GIGI. tahutak memang orang akan gigit makanan contohnya keropok, biskut, timun depan2 gigi tapi tak cantik dan akan menghasilkan bunyi yang kuat.
4) MAKAN SAMBIL MENGETAP GIGI. Orang yang makan macam ni bukan sahaja menghasilkan bunyi yang kuat tapi juga merosakkan gigi sebab hakisan yang kuat kita mengunyah tu.
5) MAKAN DENGAN CARA MENGHIRUP. Korang tahukan ada yang suka menghirup makanan tak semestinya bila makan mee atau seangkatan. Makan nasi, makan biskut atau makan apa sahaja nak hirup atau sedut angin tu buat apa? Sakit telinga aku dengar.
6) MENGHIRUP KUAH ATAU AIR DENGAN KUAT. Aku tak suka dengar bunyi macam ni, hirup kuat2 ni kenapa? Kalau terlebih kuat boleh tersedak juga dah lah bunyinya tak mengasyikkan.
7) MENGHISAP JARI LEPAS MAKAN. Aku tahu benda ni sunnah tapi aku geli tengok korang terhisap2 terjilat2 macam lolipop korang buat. Kalau tak payah basuh tangan pun boleh dah lepastu dah lah masa korang hisap tu berbunyi2. Hish.
8) MELAGAKAN SUDU DENGAN GIGI MASA MAKAN. Ni pun satu lagi, korang tak cukup makan ke? Kenapa setiap kali makan kena geserkan gigi dengan sudu tu. Berbunyi2 tahu tak?
9) MENJILAT SUDU LEPAS MAKAN. Yang ni sama macam yang jilat jari tadi.
10) MAKAN SAMBIL BERNAFAS KUAT2 DENGAN HIDUNG ATAUPUN MULUT. tak ada sebab untuk korang buat macam tu ok.
11) MEMBERSIHKAN MAKANAN YANG TERSANGKUT CELAH GIGI. Yang ni antara yang aku tak tahan. Aku tak boleh tengok perbuatan ni dan aku tak boleh dengar langsung apa yang korang buat. Nak termuntah aku.
Korang tahu tak korang boleh je buang/ tarik sesuatu makanan tu tampa berbunyi? Sebabnya buat bunyi kuat2 pun kalau dia tak nak berganjak tak jadi juga. Kadang2 korang ternganga2 masa habis makan tak selera aku yang tengah makan ni. jangan nak kata alasan gigi jarang atau pakai pendakap gigi pula, semua orang boleh mengubahnya.
12) CONGKIL GIGI DI DEPAN ORANG. Tolonglah jangan buat sebab mengganggu mata dan selera aku.
13) SAMBIL MAKAN LUDAH MERATA2. yang ni tak tahu nak cakap apa.
14) MAKAN GUNA SUDU DAN GARPU TAPI SERET DEKAT PINGGAN. kenapa kena buat kuat2 macam tu? Buat malu dan bising je terseret2 terketuk2.
15) ORANG TENGAH MAKAN TAPI TANYA SOALAN. nak tercekik dibuatnya.
16) MINUM AIR LEPASTU BUAT BUNYI AHH ATAU APA2 SAJE. Aku tak tahanlah kenapa buat macam tu? Kalau tak buat bunyi ahh pun korang akan buat bunyi yang macam bila orang minum air manis tu korang akan lagakan lidah ke lelangit tu kenapa? Aku tak suka dengar nak pecah telinga aku dengar ok.
Itulah antara sebab kenapa aku atau sesetengah orang tak suka makan sekali bila diajak. Nak tolak bersalah, nak tegur dikata biadab last2 kita orang kata yang kita tak lapar. Kadang2 aku tengok perempuan muka lawa bermekap2 tapi makan tak semenggah malu aku tengok.
Sekian sahaja dari aku. Maaf andai tersalah kata.
– ~ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Setuju. Bila mengunyah tanpa buka bibir tu akan menyerlahkan adab kita. Kita makan nakkan berkat, tanpa mengganggu orang sekeliling kita