Selamat Hari Raya admin dan readers IIUM Confession.
Raya kali ini memang lain dari kebiasaannya. Al-maklumlah ada yang dah 2 tahun tak merasa beraya di kampung.
Tetiba tahun ni dapat beraya di kampung dalam keadaan ‘huru-hara’ sebab raya terawal sehari daripada jangkaan. Tak pasal-pasal ada yang berebut ayam dan terlepas nak beli ketupat rendang (aku la tu).
Jadi tak hairanlah jika rumah saudara mara dan para sahabat menjadi tumpuan untuk bertemu dan menjamu selera selepas 2 tahun tak berkumpul di hari raya.
Namun seakrab mana pun kita dengan saudara-mara atau sahabat, jangan sesekali lupakan adab bila bertamu ke rumah mereka.
Tuan rumah mestilah dihormati walaupun mungkin berbeza cara hidup, selera dan sebagainya. Dan yang paling penting mesti ada empati (empathy) kepada tuan rumah.
Aku kongsikan kisah raya di kampung mertua aku tahun ni. Sedikit background, mertua aku ni ibu tunggal yang dah berumur dan tak begitu sihat. Tinggal bersama anak-anak perempuan yang dah berkahwin.
Namun adat anak-anak perempuan yang dah bergelar isteri ni, bukan sepanjang masa ada di rumah. Mesti nak kena balik beraya juga di kampung si suami walaupun jaraknya tak jauh mana pun.
Kebetulan tahun ni, patutnya giliran aku beraya di kampung mertua. Tahun-tahun sebelum ni, aku ok saja.
Tapi melihat perangai masing-masing yang banyak lepas tangan bila aku balik kampung, maka tahun ni aku buat strategi lain (rahsia.. hahaha).
Instead of tidur di rumah mertua, aku balik tidur di rumah family sendiri yang jaraknya tak jauh mana dari rumah mertua dan cuti aku pun pendek saja.
Maka tiadalah chef import di rumah tu tahun ni tapi memang setiap hari sepanjang raya, aku akan datang rumah tu tolong buat kerja skit-skit. Cuma tak full swing macam tahun-tahun sebelum ni.
Husband aku ok saja sebabnya dia tau kalo aku keberatan tu, ada la kisah di sebaliknya.
Lagi pula dia sendiri tak suka aku tidur di ruang tamu. Husband dan kakak ipar aku pun surrender dengan perangai orang dalam rumah tu.
Kakak ipar aku siap packing barang dan balik awal ke rumah dia di negeri lain. Tapi kesian pula tengok mertua aku tu. Sebab akhirnya dia juga yang kena masuk dapur dan mengemas pinggan mangkuk.
Mana anak-anak perempuan dia? Aku tak nak cerita pasal yang tu. Biarlah hal diorang anak-beranak. Aku ni walaupun menantu tapi sedar aku ni tetap orang luar. Tolong setakat yang mampu dan boleh sabar saja la.
Cuma aku terkilan sedikit dengan perangai tetamu yang datang beraya di rumah mertua aku ni. Mungkin orang lain pun hadapi masalah yang sama seperti aku. Sepertimana kita tahu, orang tua-tua ni cukup suka meraikan tetamu. Apatah lagi di hari raya.
Menu hari raya berjenis-jenis dah standby untuk jamu tetamu. Pinggan mangkuk dang gelas kaca pun dah siap susun di meja. No paper plates or cups (padahal kami suggest untuk mudahkan dia saja). Then tetiba ada spesies tetamu seperti di bawah ni;
Spesies demand:
Sebelum datang rumah, siap telefon tuan rumah minta nak makan itu ini. Kononnya rindu nak makan lontong mak lang.
Yang sorang lagi nak makan mee kuah yang mak lang masak. Padahal atas meja dah siap ada nasi tomato, rendang, lauk 2 3 jenis, laksa, kek, kuih raya, etc.
Of course lah mak lang aka mak mertua aku ni akan ajak sapa-sapa yang ada kat rumah tu untuk kelam kabut masuk dapur semula nak masak apa yang diorang ni request.
Kalo bahan tak cukup, ada la mangsa-mangsa yang kena keluar pi cari bahan kat kedai apek dalam kampung tu.
Ko agak-agak kami ni tak letih ke nak entertain selera orang yang pelbagai ni. Ko tak kesian ke request macam-macam kat tuan rumah yang tak sihat? Tak melayan mertua masuk dapur, nanti dia kecik ati.
Spesies rombongan cik kiah :
Ni sejenis yang bila datang rumah, 1 famili datang sampai penuh 7 8 kereta sekaligus. Kekadang clash lebih daripada satu famili datang pada satu masa yang sama. Tak salah nak datang ramai-ramai. Memang seronok berkumpul pun. Tapi sila ada empathy pada tuan rumah.
Lebih-lebih lagi kalo korang tau tuan rumah tak berapa sihat. Sila lah telefon awal maklum nak datang ramai-ramai ke rumah. Boleh juga mak mertua aku ni panggil anak-anak yang balik rumah mertua atau keluar beraya ke rumah kawan tu balik tolong dia.
Kalo tengok dia sorang saja ada kat rumah, jangan la korang menunggu saja nak dihidang itu ini. Rajin-rajin la tolong tuan rumah angkut jug air atau makanan untuk dihidang pada kaum keluarga korang.
Lepas makan, tolong lah angkut pinggan mangkuk pi ke dapur. Tak basuh pun takpe, kitorang sendiri boleh basuh nanti.
Cuma kesian la skit kat orang tua nak angkut pinggan mangkuk kaca yang berat tu pi ke dapur (mak mertua sejenis tak boleh tengok meja makan bersepah).
Ni tak, lepas kenyang, masing-masing terus balik. Tak pasal-pasal mertua mengadu sakit pinggang bagai lepas tu.
Spesies memunggah:
Ni selalu terpakai untuk tetamu yang bawa anak-anak kecil. Mana budak-budak yang dah biasa datang rumah, terus saja menuju ke tempat cucu mertua aku simpan mainan diorang. Punggah apa yang ada. Si parents seronok saja bersembang kat ruang tamu.
Takdenya nak menegur anak supaya jangan sepah mainan atau barangan tuan rumah. Bila nak balik, takde pun effort nak kemas semula mainan yang anak diorang punggah tu.
Tuan rumah sebenarnya ok saja kalo budak-budak nak main mainan tapi minta la izin elok-elok dan kemas lepas main.
Kami ni taklah kejam atau berkira sangat pun. Tapi yang tak seronok bila tuan punya mainan aka cucu mertua asyik persoal kenapa diorang kena kemaskan barang yang orang lain sepah berulang kali. Tak kira budak-budak tu mengadu ada mainan rosak atau hilang.
Pernah sekali, hamster kesayangan cucu mertua aku pun hilang dek penangan anak tetamu yang buka sangkar hamster tapi tak tutup balik.
Nasib la hamster tu takde pasangan, kalo tak, mau bahagia pasangan hamster tu melarikan diri dan beranak-pinak dalam rumah tu.
Spesies buat macam harta sendiri :
Mertua aku ni suka tanam pokok bunga. Setengah pokok tu memang payah nak dapat dan kena ambil masa yang lama untuk pokok tu membesar dengan jayanya.
Tapi ada saja tetamu yang gatal tangan pi patahkan dahan atau cabut anak pokok sebab nak di bawa balik untuk dibiakkan di rumah sendiri.
Tengok-tengok jahanam dah pokok. Meleleh la air mata mertua aku tengok pokok kesayangan dah rosak. Nak marah, yang buat tu tetamu.
Kalo pokok kecik, boleh gak la sembunyi dulu sebelum tetamu datang. Tapi kalo pokok yang dalam pasu besar, sapa la yang larat nak angkat.
Satu lagi jenis, sesuka-suka hati on aircond di rumah orang walaupun kipas dah ligat berpusing. Takde nak minta izin bagai.
Kekadang ada sebab tuan rumah tak on aircond. Tak kira masuk bilik orang tanpa izin atas alasan nak sembahyang atau nak betulkan tudung.
Padahal ada saja ruang tersorok untuk sembahyang dan pakai tudung/make-up. Paling husband aku marah ada yang main bunga api then cucuk bunga api tu kat kereta tuan rumah. Rosak cat kereta.
Kereta parents sendiri tau pun takut nak pi usik. Parents budak tu nak bayar kos cat? Memang taklah. Minta maaf pun tak.
Korang sendiri tau sebenarnya banyak lagi ragam tetamu di hari raya ni. Harap dalam seronok beraya ni, jangan lupa adab berkunjung. Sila lah letak diri anda dalam keadaan tuan rumah.
Kita nak berkumpul untuk berseronok dan mengeratkan silaturahim. Bukan berkumpul then saling tak puas hati di kemudian hari.
– kaklong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit