Adab dan Common Sense Bila Berjumpa Bayi

Saya tak berniat nak panjangkan isu, cuma bila baca confession Ain “Baby bukan harta awam” (https://iiumc.com/baby-bukan-harta-awam/) dan confession reply tu, (https://iiumc.com/reply-baby-bukan-harta-awam/).

Saya rasa baik la saya simpulkan dengan harapan ramai orang yang belum ada common sense ni akan baca dan sedar.

Kita betulkan yang salah dan biasakan yang betul ye.

1. JANGAN lawat bayi kalau anda tak sihat.

Tak payah acah2 datang pakai mask konon peka padahal tangan merayap sana sini. Pastu bila tuan rumah jamu makan bukak jugak mask tu nak makan kan.

Immun bayi lemah. Bayi tak dapat lawan kuman penyakit macam orang dewasa. Kita dewasa ni pun kadang tu terasa seksanya bila selsema.

Rasanya bayi yang selsema macam mana dengan tak reti nak hembus hingus dia lagi?

2. JANGAN ambil bayi tanpa minta izin ibunya.

Mungkin dulu2 benda ni biasa. Biasa tak semestinya betul. Ibu2 kalau tiba2 tak jumpa anaknya boleh luluh jantung tau.

Tak payah cakap soal percaya la, sedangkan banyak je kes haruan makan anak. Harapkan pagar, pagar makan padi. Orang luar takkan dapat jaga anak tu sama level dengan ibunya.

3. JANGAN cium gomol bayi.

JANGAN. HARAM.

Mungkin dulu tak banyak penyakit. Mungkin dulu kalau ada bayi yang sakit lepas menerima tetamu pun, orang tak bercerita sangat sebab tak ada media sosial.

Mungkin dulu tetamu datang dari satu kampung je, sekarang dari satu Malaysia.

Tak salah si ibu nak berjaga-jaga. Dia bertarung nyawa nak lahirkan budak tu kot. Awak tahu datang nak main je.

4. Sebelum dukung bayi pastikan tangan anda bersih.

Kalau anda dari luar seeloknya basuh dulu tangan tu.

5. JANGAN main dengan bayi kalau anda baru lepas merokok.

Sila google bahayanya kesan secondhand & thirdhand smoke ni ye.

Kalau anda seorang ayah yang merokok, saya doakan anda diberi kekuatan untuk berhenti tabiat buruk ini demi kesihatan keluarga anda.

6. JANGAN kejut bayi yang sedang tidur.

Anda tak tahu betapa susah ibu bapanya nak tidurkan bayi itu lebih2 lagi bayi yang high demand.

Bila bayi tak cukup tidur, dia akan meragam. yang kena hadapnya, ibunya yang entah2 dah berapa malam tidur terganggu.

Kalau sepanjang anda datang melawat tu bayi tidur, biarkan saja & jangan kacau dia semata sebab anda nak main. Sila jangan selfish.

Untuk yang tak tahu, bayi perlu tidur yang cukup pada waktu siang supaya boleh tidur lena pada waktu malam.

20 tahun lepas mungkin orang tak ada ilmu tidur bayi ni. Kalau anda rasa eh, dulu2 ok je bagi bayi 3 bulan berjaga 4, 5 jam. Dulu tak ada ilmu ni. Sekarang dah ada, sila baca.

7. JANGAN suap anak orang sembarangan tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Anda tak tahu anak tu ada alahan apa. Anda tak tahu mungkin ibu bapanya mengamalkan no salt no sugar.

Anda tak tahu mungkin anak tu banyak gigi rosak & ibunya tengah nak cuba kurangkan makanan manis.

Anda pula pegi hulur aiskrim sebab ‘kesian’. Orang macam ni memang nak kena hampuk.

8. JANGAN sengaja kacau bayi sebab nak cuba buat dia menangis.

Melainkan anda rasa anda boleh pujuk dia balik. Ni dah buat dia melalak yang kena tenangkan ibunya juga kan?

“Eh banyaknya jangan, ibu bapa sekarang ni kedekut anak la.” Tolong jaga anak tu seminggu siang malam dulu baru boleh judge ibu bapa tu.

Ni takat jumpa main sekejap2 awak ingat senang la eh jaga bayi? Zaman dulu dengan sekarang lain. Anak pun tak sama semuanya.

Hanya ibu bapa tu je yang kenal anaknya macam mana. Selagi anda tak pernah bersengkang mata jaga anak tu, anda TIDAK LAYAK judge ibu bapa itu.

“Kalau takut sangat anak tu sakit jangan bawa anak keluar la.” Keluar tu tak ada masalah. yang bermasalah tu orang2 yang tak ada common sense. Anak2 perlu keluar untuk perkembangan otak mereka.

Mereka perlu didedahkan pada dunia luar untuk meningkatkan immun. Tapi bukan terdedah pada kuman virus yang ada pada manusia, itu lagi tinggi risiko sakit.

“Tak best la ibu bapa sekarang, sombong.” Kadang kala sombong itu perlu sebab anak itu amanah.

Kalau anda rasa nak bermesra2 dengan baby kecil yang comel, sila beranak sendiri dan rasa sendiri macam mana susahnya jaga anak itu siang malam.

Maaf penulisan bercampur bahasa. Terlalu marah dengan orang yang nak normalisasikan benda yang salah ni.

Saya ibu yang menghidap postpartum depression sebab hal2 macam ni. (Baru tidurkan si bayi ada orang datang kacau nak main). Sila google, postpartum depression & anxiety is real.

Tolong tanya khabar si ibu, tolong senangkan kerja si ibu yang tak cukup rehat tidur di samping tengah nak sembuh badannya ni. Saya harap mesej sampai.

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *