Adab Di Mana?

Assalamualaikum. Sebenarnya aku nak tegur sikit tentang sikap segelintir rakyat Malaysia yang selalu buang sampah atau meletakkan sampah bukan pada tempatnya.

Mula-mula aku nak kongsi pasal kejadian pertama. Masa tu aku keluar pegi mall , disebabkan parking mall dah penuh terpaksalah aku parking jauh dari mall. Kira luar kawasan mall la. So, kiranya aku kena menapaklah jauh sikit nak ke mall tu.

Masa tengah jalan kaki tu aku ada lalu tepi sebuah kereta yang diparking tepi jalan yang ada longkang sederhana besar kat situ. Ada 1 family dengan anak-anak diorang (mungkin masih bersekolah rendah) makan dalam kereta tu sambil mendengar CD alunan ayat Al-Quran.

Masa tengah lalu tu boleh pulak si bapa ni baling sampah makanan diorang tu yang dah berikat plastik ke hutan yang berbukit tepi jalan tu. Bergolek2 la sampah tu jatuh semula ke dalam longkang. Aku dalam hati Ya Allah.. apa ke bengapnya orang ni?

Adab buang sampah tu zero! Penampilan dah bagus. Anak isteri bertudung labuh, ko sendiri berkopiah siap pasang cd ayat quran. Tapi….macam ni sikapnya? (Facepalm). Aku rasa sikap dia tidak seimbang langsung dengan imej agama yang dia tunjukkan tu.

Okay. Ini pengalaman kedua aku. Rumah aku rumah taman n corner lot. So tepi rumah aku ni ada la rumah jiran-jiran lain. Salah seorangnya adalah seorang ibu tunggal yang dah berpencen. Aku tak nak cerita pasal dia tapi tentang anak perempuan dia yang sekali sekala balik tu. Memang dia parking tepi rumah aku. Itu takpelah.

Tapi yang aku perasan tiap kali anak dia baru balik dari sesuatu tempat, pasti ada bekas plastik minuman yang kat pasar malam tu. Macam bekas minuman McD or iceblended 5 ringgit tula. Diletakkan elok je kat tanah tepi corner lot tu. 1st time aku jumpa aku buangkan je dalam tong sampah rumah aku.

Mula-mula aku ingat budak-budak yang tinggalkan situ. Tapi sebab dah banyak kali so aku saja letak kamera menghadap kawasan tu. Cam tau-tau pulak dia sedang diperhatikan. Dia tinggalkan sampah yang sama bawah kereta dia pulak. Aku yang dah tau ni geram la kan. So, aku ambil bekas minuman tu aku selit kat wiper kete dia.

Malam-malam aku dengar orang merungut-rungut dan bunyi bising penutup tong sampah jiran lain dihempaskan. Aku intai ke luar tingkap aku nampak budak perempuan anak jiran aku ni. Ha.. boleh pun masukkan sampah tu dalam tong sampah. Cara aku ni jahatlah jugak. Tapi tu je makan dia.

Sekarang ni aku tengok anak jiran aku ni masih lagi sama perangainya. Mungkin ujian untuk aku sabar. Tapi sekurang-kurang nya aku dah tau dah tu kerja siapa. Sorry ye dik. Aku dah hilang respect kat korang sekeluarga. Bukan dia je perangai macam ni. Sekali-sekala kakak dia balik pun sama. Buang je sampah-sampah McD kat tepi tu jugak.

Aku macam pelik pun ada. Boleh putus tangan ke kalau angkut je sampah-sampah tu masuk tong sampah kat rumah mak korang tu? Yang kes ni aku marah sangat sebab melibatkan kebersihan kawasan rumah aku. Tapi still aku nak tanya #adabkatmane. Sebab korang berpendidikan tinggi kot. Belajar tinggi-tinggi sampai universiti tu ini ke yang lecturer korang ajar? (Facepalm).

Kes ke 3 pulak melibatkan seorang pengguna jalan raya yang dengan selamba campak tisu keluar kereta. Jalan tu ada dua lane & mendaki bukit. Masa tu hujan renyai-renyai je. Disebabkan aku nak cepat aku potong la kereta tu guna lane kanan. Tengah2 nak potong tu la boleh pulak si pemandu ni buang tisu keluar tingkap.

Tisu kan ringan. So kalau ko buang camtu tisu tu akan terbang kat kereta lain. Aku punya reflect pulak kalau ada benda terbang ke kereta secara mengejut camtu automatik aku macam mengelak sikit ke kanan. Terkejut sama pun iye jugak…

So untuk mereka yang tak tahu berfikir atau malas nak fikir, untuk pengetahuan korang, perkara macam ni pun boleh jadi asbab untuk accident berlaku. Aku rasa ramai je yang tau benda ni. Common sense kot. Tapi untuk orang yang buat jugak camni korang memang bodoh. (Facepalm lagi…)

Cukup lah 3 pengalaman aku ni dulu. Point aku ialah TIDAK membuang sampah merata-rata tu pun sebahagian daripada adab kehidupan seharian dan tanggungjawab seorang muslim yang beriman jugak. So… TOLONG LAH SEDAR. Sampah tu tak boleh terbang sendiri masuk tong sampah. Korang yang kena buang kat tempat yang betul. Jangan dok penyegan sangat boleh dak? Cemuih la tengok…

Korang yang baca ni tolong la terapkan nilai2 murni ni dalam diri anak2 korang yang masih kecil tu tau. Aku rasa tak guna la kalau kau keje bagus tapi tanggungjawab sosial terhadap kebersihan negara kau tak bagus.

Sampai bila-bila pun negara kita ni akan jadi status negara membangun je la kalau mentaliti buang sampah rakyatnya tak dapat di betulkan. Aku sentuh bab kecik2 je sebab sebesar2 perkara tu bermula dengan sekecil-kecil benda.

Sekian~

– Nami Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *