Sebab aku bosan tak ada kerja, dan kebetulan baru keluar dari toilet awam so, aku nak share cara yang betul guna toilet awam.. Tak surelah orang lelaki guna toilet macam mana, tapi ini apa yang sering aku nampak bila aku guna toilet perempuan.
1. Beratur.. Kalau nampak semua pintu toilet ada orang guna, beraturlah molek-molek.. Macam nak naik bas tu cara dia.. Beratur, sabar, sabar, dan sabar..
2. Bila dah masuk toilet tu, tolonglah! Jangan jadi macam hermmmm… Maaflah kata, tapi macam kera.. Terutama untuk toilet duduk. JANGAN SESEKALI CANGKUNG ATAS MANGKUK JAMBAN! Come onlah, duduk diam-diam molek-molek, sopan santun gitu.. Tak mati lagi kalau buang najis dengan duduk diatas mangkuk jamban.
Cukup menyampah kalau masuk toilet duduk, ada kesan tapak kasut atas permukaan tu. Weh.. Adab mana? Janganlah pentingkan diri sendiri.. Dah lah pijak, lepas tu tak bersihkan kesan tapak kaki tu.. Adui! Memalukanlah.
3. Dah buang segala kekotoran dalam usus tu, dah basuh, dah lap, buang toilet paper dalam tong sampah. Bukan dalam mangkuk tandas. bukan dekat atas tangki air.. Buang dekat tong sampah..
Bab basuh pula, gunakan air dengan cermat. Janganlah sampai banjir toilet tu korang basuh.. Kalau toilet tu khas memang boleh basah, it’s ok. Tapi kalau dapat toilet jenis kering tu, janganlah pi main air sampai jiran sebelah kena air tu. Tembak pada sasaran. Itu toilet, bukan taman tema.
4. Lepas selesai, basuh tangan.. Bab basuh tangan pun satu hal. Yang dibasuh, tangan.. Tapi kenapalah lantai pun basah.. Kalau pergi dekat mall tu, kesian tengok makcik cleaner tu dok lap air depan singki tu. Kalau jatuh setitik dua oklah.. Ini? Sampai basah lantai tu.. Kan selalu ada pengering sebelah singki tu, keringkanlah dulu tangan tu.
Nampak simple kan? Tapi masih ramai lagi yang tak tahu adab guna toilet ni.. Kadang2 mereka sengaja sebab atas alasan geli. Kalau geli, bawalah sanitizer. Kalau rasa ada kuman, keluar toilet terus pakai sanitizer tu.. Kan molek gitu?
Dalam beg perempuan kan, ada bedaklah ginculah, why not tambah dengan peralatan nak beristinjak? Jangan sebab anda bersikap pentingkan diri, lupa yang ada lagi orang belakang yang nak guna toilet tu.
Dan pleaselah. Jangan harapkan makcik cleaner yang settlekan sampah yang anda tinggalkan.. Cuba bayangkan mereka itu mak kita.
Sekian sahaja dari aku.
– NSZ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit