Assalammualaikum WRWB. Segala puji untuk Allah SWT. Syukur masih bernafas lagi hingga hari ni. Pada Ogos tahun lalu, saya ada menghantar artikel “Adab Kembara di Jepun” – sebagai response kepada kes rakyat kita di Osaka pada masa tu.
Jadi saya terpanggil untuk menulis sekali lagi, dan kebetulan pula admin page ni pernah menyarankan supaya lebih banyak confessions tentang travel. Jadi harap-harapnya bermanfaat untuk sesiapa yang merancang ke Jepun. Sebelum saya sentuh tentang aspek adab dan etika ketika berada di Jepun, izinkan saya menulis sedikit tentang mengapa saya sarankan saudara-saudari semua merantau di Jepun.
Why Japan? Apa yang istimewanya tentang Jepun. Pertama sekali sebagai Muslim, makanan halal mudah didapati di Jepun. Di bandar-bandar utama seperti Tokyo, Osaka dan Kyoto, bukan saja terdapat banyak masjid dan musolla, tetapi juga mudah mencari makanan halal. Kita boleh cari restoran makanan halal yang sememangnya dimiliki orang Islam, dan terdapat restoran yang sediakan menu halal. Sekiranya kita tidak berada di bandar utama, singgah saja di convenience store dan kedai 24 jam, kerana orang Islam di Jepun telah membantu menyediakan senarai makanan yang sesuai dimakan,kita hanya perlu semak senarai tersebut di internet sahaja.
Keselamatan – sekiranya ada saudari kaum Hawa yang berhasrat mengembara secara berdua atau solo, Jepun adalah lokasi yang saya sarankan. Bukanlah kita tak perlu hiraukan tentang keselamatan secara total. Tetapi secara amnya, Jepun memang selamat dengan kadar jenayah yang sangat rendah. Apa pun kita tetap perlu berjaga-jaga tanpa mengira di mana kita berada.
Keunikan Jepun ini adalah ia sesuai untuk traveler yang sekadar mahu enjoy dan have fun, shopping. Dan ianya juga sesuai untuk traveler yang sukakan nature atau pun sejarah. Boleh dikatakan setiap lokasi ada keistimewaannya tersendiri.
Tambahan pula rakyat Malaysia tak perlu memohon visa untuk melancong di Jepun. Jadi ia amat menggusarkan apabila berlakunya kes-kes yang tidak menyenangkan membabitkan orang kita, kerana apabila reputasi kita tercalar, ia boleh memberikan impak kepada polisi visa dan tidak mengejutkan jika kita akhirnya terpaksa memohon visa sekiranya mahu ke Jepun.
“Bilakah waktu paling sesuai melancong di Jepun?” – Bulan Mac sehingga Mei adalah waktu yang mana nilai tukaran mata wang akan menjadi lebih mahal kerana musim sakura. Pertengahan tahun sehingga Julai adalah waktu musim panas dan pada masa itu juga orang Jepun juga ramai yang bercuti, dan pada masa ini juga terdapat banyak sambutan festival yang menarik di sekeliling Jepun. Musim sejuk adalah waktu yang kurang sesak, nilai tukaran mata wang juga tidak terlalu tinggi, dan mudah mendapatkan penginapan.
Dalam penulisan sebelum ini, telah saya tekankan tentang kepentingan membawa wang yang lebih bagi mengelakkan risiko dihalang masuk, mengambil insurans, mengkaji sistem pengangkutan di Jepun bagi memudahkan perjalanan ke destinasi, dan beberapa etiket yang basic seperti: Jangan mengambil gambar orang Jepun tanpa izin, jangan jaga kebersihan, jangan bercakap dengan suara yang kuat, dan perkara yang sepatutnya paling asas – jangan melakukan vandalism.
Dan nampaknya sekali lagi nama Malaysia disebut-sebut di Jepun, but clearly for the wrong reason. Yang mana ada sekumpulan pelancong yang berkemungkinan rakyat kita telah mengais nama mereka di salah satu pokok buluh di Arashiyama. Ingin saya nyatakan di sini – ini adalah perlakuan vandalism. Tak perlu lah ada yang memberikan alasan kononnya ia sekadar pokok buluh, kononnya kesan tulisan nama tu akan hilang, kononnya perkara ni remeh kerana ramai lagi orang yang lakukan perkara sama. Vandalism tetap vandalism.
“Orang melancong, awak pun nak melancong juga” – Melancong di Jepun ni memang fun. Tapi ada banyak perkara yang perlu dipelajari sebelum ke sana. Antara etika yang perlu diketahui: Anda mesti habiskan makanan apabila makan di restoran, sebolehnya habiskan makanan secepat mungkin kerana berkemungkinan ada pelanggan lain yang ingin masuk, asingkan sampah sebelum membuang. Complicated bukan? Tetapi inilah perkara-perkara asas yang perlu kita ambil tahu untuk menghormati orang di tempat yang kita lawati.
Dan sebenarnya agak lama telah saya perhatikan, tingkahlaku buruk rakyat kita di Jepun atau pun mana-mana di luar negara ini bukan perkara baru. Daripada peristiwa seorang jutawan yang berulang kali melakukan perkara memalukan ketika di Europe, dan saya sendiri telah beberapa kali melihat sendiri rakyat Malaysia yang bercakap dengan suara yang bising ketika di Jepun, tidak kurang juga yang tanpa segan mengambil gambar orang sesuka hati tanpa izin.
Belajar untuk menghormati tempat orang. Kurangkan sikap pentingkan diri. Cuba bertimbang rasa dan fikirkan keburukan daripada tindakan kita yang boleh mencemar imej bangsa, agama dan negara. Dan juga potensi perbuatan kita boleh menyebabkan kesukaran untuk rakyat Malaysia merantau di luar.
– Muhammad K
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit