Adab Ketika Melawat Orang Berpantang Bersalin

Salam. Hai, nama saya Nur. Alhamdulillah saya selamat bersalin anak yang pertama 5 bulan lepas.

Melahirkan zuriat pertama merupakan pengalaman sangat indah tetapi pengalaman saya semasa berpantang tidak semua nya indah.

Saya bersyukur ramai ahli keluarga dan saudara mara yang datang melawat dan meraikan kedatangan orang baru dalam keluarga. Terima kasih semua!

Cuma nya, saya agak keletihan dan memerlukan masa rehat yang banyak lebih-lebih lagi pada awal masa berpantang. Saya akan ke klinik di sebelah pagi kerana anak menghadapi jaundice yang sangat panjang.

Selesai ke klinik, baru ingin merehatkan badan sudah ada tetamu yang datang waktu tengahari untuk melawat.

Bila datang tengahari, sebagai tuan rumah perlu lah fikirkan hidangan tengahari untuk dihidangkan kepada tetamu.

Mujur saya berpantang bersama mak di kampung kerana suami perlu bekerja di bandar. Jadi, mak lah yang banyak membantu menyediakan makanan untuk tetamu.

Apa yang lebih membuatkan saya letih ialah, saya perlu melayan tetamu dari tengahari sehingga ke petang semasa waktu ingin memandikan anak. Ia sangat meletihkan kerana saya sangat memerlukan rehat pada ketika itu.

Anak juga banyak meragam kerana ingin kan keadaan tidur yang selesa. Ketika anak meragam, mereka menyuruh saya menidurkan anak.

Tetapi apabila anak sudah tidur, diambil nya anak yang sedang tidur itu.

Saya faham tetamu membawa rezeki untuk kita. Tetapi dalam keadaan saya yang sedang dalam proses untuk sihat ini,

Saya kira sebagai tetamu tidak perlu lah kita datang melawat terlalu lama sehingga memberi kesan yang kurang selesa kepada tuan rumah. Tidak lah semua tetamu saya begitu.

Ada jugak yang sangat prihatin dan sangat memahami. Terima kasih yang tidak terhingga.

Namun, ada juga yang saya boleh katakan dalam bahasa kasar nya melepak di rumah saya dari sebelum makan tengahari sampai lah ke minum petang.

Akhir kata, mungkin ada diantara kita yang kurang peka dengan keadaan ini. Nasihat saya ialah, kita perlu lah berpada pada dalam menziarahi orang berpantang/ orang sakit.

Tidak perlu lah ambil masa yang terlalu lama sehingga membuatkan tuan rumah/ tuan badan rasa kurang selesa dengan kehadiran kita.

Sekian, terima kasih.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *