Adab Memberi Makanan & Kisah Duit Raya

Nama saya Munah. Saya dah berkahwin dan ada dua orang anak. Kisahnya begini, saya tinggal di sebuah taman perumahan. Setakat ini, jiran-jiran saya semua baik dan tidak bermasalah.

Saya mempunyai seorang jiran Melayu yang dikenali dengan nama Jijah. Dia tinggal di hadapan rumah saya. Dia dan suami lebih muda daripada kami. Mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Jijah ni bekerja sebagai seorang guru, manakala suaminya bekerja sebagai QC di luar negara, negara jiran sebelah.

Yang kelakarnya, Jijah ni selalu mesej saya nak bagi makanan. Katanya makanan tu dari jamuan pagi di sekolah dan tidak habis. Jadi, dia nak bagi saya.

Saya selalu sahaja mengiyakan dan terima makanan tersebut. Saya rasa tidak manis kalau orang nak bagi makanan dan kita tolak.

Kali pertama Jijah bagi makanan tu, bila saya buka bekas makanan… nah… tudia… basi. Saya pun masih berpikiran baik dan tak nak fikir bukan-bukan. Rupanya kali kedua, ketiga dan seterusnya… makanan yang diberi masih basi.

Haaa… agaknya Jijah ni fikir saya selalu kemaruk dengan makanan yang diberi atau tidak pernah mempunyai adab untuk tengok dulu fizikal dan rasa makanan tersebut.

Saya menggeleng kepala memikirkan perangai si Jijah. Tak sangka masih ada orang yang kurang rasa berkenaan adab dalam memberi makanan.

Alangkah sedihnya jika makanan basi itu diberikan kepada orang yang memerlukan makanan. Tidakkah sedih keadaan mereka?

Sejak dari itu, jika Jijah tanya saya atau anak makan tak itu ini, saya terus jawab tak makan… hehe. Biar dia sendiri makan makanan yang dia bawak balik dari sekolah tu.

Berbeza pula dengan jiran sebelah rumah saya. Jiran sebelah rumah saya India, tapi terlalu baik sangat. Saya selalu bau masakan dia, dan dia selalu berkongsi lauk yang dimasak.

Lepas tu siap tanya saya, “Rumah kakak ada nasi tak? Kalau tak ada, nanti saya kasi nasi, boleh makan panas-panas. Sedap sangat,” katanya. Memang sedap. Hehe.

Selepas raya tempoh hari, saya buat masak-masak sikit di rumah. Saya jemput Jijah dan suaminya datang rumah. Kebetulan, kawan saya ada bersama, dua orang anaknya masih kecil.

Bila part dah siap makan, haha… suami Jijah ni nak bagi duit raya. Saya tengok suami Jijah bagi satu sampul raya kat anak saya, dan satu lagi sampul suami Jijah bagi kat anak kawan saya.

Sedangkan pada masa itu, kedua-dua anak saya berada di ruang tamu, begitu juga dua orang anak kawan saya.

Alasan suami Jijah tak bagi duit raya kat anak saya yang sorang lagi sebab anak saya menangis, sebab tu dia bagi kat salah seorang anak kawan saya.

Hehe… saya okey sahaja. Bukan kemaruk duit raya, tapi pada pandangan saya, jika tahu duit raya tu tak cukup, jangan bagi pada semua dan jangan sesekali keluarkan. Senang cerita.

Itu sahaja cerita dari saya.

Salam..

– Munah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Mmg ada jnis manusia yg mcm tu.. yg dh dia xnk mkn tu la dia akn bg.. syukur la kmi ni masih mampu beli mknan yg kmi tringin mkn, sy trpikir jg sbb org tu brusia dkt 60 thn pun.. suka bg mknan lama.. prnh bg ank sy kek yg seminggu trperap dlm peti ais, tanpa simpan dlm box, mcmna blh kantoi sbb ank sy sakit perut n muntah2.. tp bila sy brtanya, dia kata ank sy yg nk mkn kek tu.. sdgkn ank sy pula ckp dia xkn la pg buka peti ais tu, dia sbnarnya kna offer nk mkn kek tak.. sy pun x fhm cmna la cara dorg ni brpikir, smp hati ye bg mknan bgitu dgn org..

  2. Teringat zaman budak sekolah dulu kejadian di kampung, ada isteri pakcik sedara ni datang kat saya dengan nada meninggi cakap “Haa kau tak dapat duit raya sebab tak datang salam makcik” Saya terkedu jap. Umur rasanya baru dalam 7-12 tahun kot. Jenis pendiam dan blur2. Mak ayah jenis tak amalkan culture budak2 kena beratur ramai2 dan salam dulu baru dapat duit raya. Mak ayah jenis terus datang kat budak dan bagi. Lepas tu berjalan pergi kat budak lain lak.

    Bila besar memang terpikir juga “Nak bagi tapi memilih-milih pula.. dah macam style krismas cuma good kid dapat hadiah.. Masalahnya aku ni jumpa dia pun time raya je..itu pun 2 tahun sekali sebab balik kampung ni kadang2 tak sama timing dengan dia balik kampung juga.. Aku pun masih budak lagi tengah blur2.. terus kena cop bad kid sebab aku blur2 duk kt tepi dinding macam tak beriya nak duit raya macam sepupu2 yang lain…”

    Walaupun kejadian dah 20 tahun lebih, sampai sekarang memang tak beberapa selesa dengan makcik tu. Nak borak pun awkward. Dengan isteri pakcik2 saudara lain OK je borak walaupun jarang jumpa juga. Haha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *