Salam admin & pembaca sekalian.
Saya terbaca confession “Aku Tak Suka Memasak” (https://iiumc.com/aku-pun-tak-suka-masak/) dan tergerak untuk kongsi secara ringkas apa yang saya rasa patut dijadikan amalan sebagai kita orang Islam.
Saya memahami tt “Aku Tak Suka Memasak” kerana saya juga tinggal dengan kedua ibu bapa saya yang dah pun berusia 70an.
Memang dah jadi lumrah, rumah bapa/mak saudara yang dah uzur sering dikunjungi sanak saudara ketika waktu perayaan.
Rumah keluarga saya salah satunya. Pernah beberapa kali, sepupu saya yang sedang dalam perjalanan datang dari utara singgah di rumah keluarga saya jam lebih kurang 10.30 malam.
Mak saya orang tua yang biasa tidur pukul 8.45 lepas Isyak.
Sebelum mereka datang, dalam pukul 9.30 mereka ada hubungi saya, mengatakan mereka mahu singgah.
Saya berat hati, saya bagitau mak dah tidur. Saya harap mereka faham yang waktu sudah lewat, namun mereka kata mahu singgah sebentar sahaja.
Kami terima kedatangan mereka, dan kami berborak sehingga jam 1 pagi. Sepupu saya ni memang jenis drive malam-malam kalau nak ke mana-mana.
Saya kesiankan mak saya yang dah tua dan dah lena tidur namun terpaksa bangun kerana nak menyambut tetamu muda yang suka travel waktu malam.
Bagi saya, tetamu yang hadir perlulah lebih menjaga adab. Antaranya;
1) Menghubungi Tuan Rumah sebelum pergi ke rumah Tuan Rumah;
2) Jangan datang tangan kosong/perut kosong mengharap kan Tuan Rumah jamu makanan berat;
3) Kalau tetamu ramai anak, pesan kepada anak-anak untuk tidak bising dan berlari-lari dalam rumah Tuan Rumah sehingga merosakkan harta benda Tuan Rumah.
4) Jangan datang waktu makan pagi, tengahari atau malam. Jangan duduk terlalu lama sehingga Tuan Rumah serba salah nak buat kerja sendiri.
Sebagai Tuan Rumah, kita wajib juga melayani tetamu dengan baik.
1) Sambut tetamu dengan mesra. Jangan bertanyakan soalan-soalan sensitif semasa berbual.
2) Hidangkan makanan yang baik sesuai dengan kemampuan kita supaya tetamu gembira.
3) Hantar tetamu sehingga ke depan pintu semasa tetamu nak pulang.
Sebenarnya, kalau kedua-dua pihak tetamu yang datang dan yang menerima tetamu menjaga adab masing-masing, aktiviti ziarah-menziarah ni sangatlah manis dan indah.
Harap kita sama-sama berusaha untuk membaiki akhlak dalam menerima dan menjadi tetamu.
Sekian, terima kasih jika ada coretan ini disiarkan dan dibaca oleh semua.
Wassalam.
– Kayla (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit