Assalamualaikum semua.. Saya sangat berharap artikel ini disiarkan. Terima kasih admin.
Kenapa saya memilih untuk mengetengahkan adab menumpang berbanding adab berkunjung, kerana menumpang bermaksud kita berada di rumah orang lain untuk tempoh masa yang lebih lama. Mungkin sehari dua, minggu juga seminggu dua atau lebih dari itu.
Memandangkan sekarang rentas negeri sudah dibenarkan dan pelajar sekolah dan universiti pun akan kembalik ke tempat menuntut ilmu, jadi saya kira akan ramai yang akan menumpang di rumah saudara mara masing-masing untuk sementara waktu.
Juga kebiasaannya tuan rumah boleh bertahan dengan apa jua perangai tetamu yang datang bertandang ke rumah untuk tempoh masa yang singkat. Sejam dua atau mungkin seharian.
Tapi tidak jika tetamu tersebut menumpang lama di rumah dan tidaklah begitu berkenan di hati tingkah laku atau perangainya.
So straight to the point..
1. Alert dengan keadaan rumah.
Ada rumah yang jenis “asal boleh” sahaja dan ada juga rumah yang lebih teratur dan berprotokol.
Sebagai tetamu yang baik, kena peka dengan keadaan, protokol serta susun atur rumah yang ditumpang. Contohnya, adakah anak tuan rumah dibenarkan makan di ruang tamu?
Kalau jawapannya tidak, anak kita pun, kita pastikan tidak sebarangan membawa makanan ke ruang tamu.
Kalau dah menumpang bermalam of course kita akan turun sama ke dapur, membantu apa yang patut. Pastikan kita tidak sesuka hati mengambil pinggan, atau menggunakan kain “buruk” tuan rumah.
Bertanyalah kepada tuan rumah, pinggan mangkuk mana yang sesuai di gunakan. Kain mana yang sesuai digunakan untuk mengelap sisa tumpahan. Ini kerana tidak semua kain buruk adalah kain buruk.
2. Jangan buat macam rumah sendiri.
Ini kerana rumah orang tetaplah rumah orang. Apa yang biasa kita lakukan di rumah sendiri, mungkin tidak dilakukan oleh tuan rumah seisi keluarga.
Contohnya, menggunakan bantal di sofa sebab bantal tidur, menggantung baju hati di tempat yang tidak sepatutnya atau membiarkan sisa makanan dari pinggan di dalam sinki.
Nampak remeh bukan. Tapi kalau sudah menumpang, hal sebeginu jangan diambil mudah ya.
3. Bertimbang rasa.
Ada tuan rumah yang menyediakan penghawa dingin di bilik tetamu untuk keselesaan tetamu.
Namun, sebagai seorang tetamu yang bertimbang rasa, elakkan menghidupkan penghawa dingin 24 jam sehari. Ini hanyalah contoh sahaja.
Contoh lain, kalau kita menumpang bersama keluarga, janganlak lokek untuk sesekali berbelanja untuk membeli barang basah atau makanan untuk seisi rumah.
Elakkan membeli untuk anak-beranak sahaja tanpa mempelawa tuan rumah atau anak tuan rumah untuk menjamah sekali makanan tersebut.
4. Jaga aib dan rahsia tuan rumah.
Ini saya kira yang paling penting. Setelah pulang, elakkan menjaja cerita tentang tuan rumah di sepanjang tempoh kita menumpang.
Sudah pasti ada perkara yang tidak kita suka, setuju dengan tuan rumah tapi tidaklah bermaksud kita boleh sebarkan kisah tersebut kepada orang lain. Ingatlah, kita tutup aib orang, Allah tutup aib kita.
Rasanya cukup 4 points di atas dahulu. Ada banyak contoh-contoh kecil yang saya kira terlalu panjang kalau hendak ditulis satu persatu.
Mungkin pembaca juga boleh kongsikan pengalaman bersama tetamu atau contoh-contoh kecil tersebut.
Andai ada yang kata ini contoh tuan rumah yang tidak mesra tetamu, maka itu adalah sesuatu yang salah. Baik tetamu atau tuan rumah masing-masing ada adabnya.
Tuan rumah perlu santuni tetamu tetapi tidaklah bermaksud tetamu boleh berbuat sesuka hati. Jadilah tetamu dambaan semua. Orang dah berbudi kita berbahasa baru lah seronok.
Next post kita tulis tentang adab tuan rumah pula.
– Tuan Rumah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit