Assalamualaikum..
Aku ni masih belajar lagi. Ayah aku bagi untuk mudahkan aku gerak ke mana2 sebab keluarga aku duduk jauh dengan tempat aku belajar.Kereta aku ada orang tumpang. Orang tu selalunya orang yang sama la. Boleh dikatakan hari-hari la dia akan tumpang kereta. Apa yang aku nak cerita kat sini ialah masalah2 yang aku hadapi dengan orang yang menumpang kereta aku ni.
1. Jujur aku cakap, aku ni bukan jenis yang rajin nak pergi kelas awal-awal kalau kelas tu start lambat. Lagi 15 minit nak start kelas baru la aku akan gerak dari rumah aku. Lagipun jarak antara rumah sewa dengan kuliah aku dalam lima minit je. Masalahnya, kawan-kawan aku semua jenis yang suka pergi kelas awal. Okay la kan kalau diaorang nak pergi kelas awal. Tapi masalahnya yang kena bawak tu aku. Kalau aku taknak bawak diaorang pergi kelas awal, mula la diaorang marah, mengungkit pasal duit minyak yang diaorang bayar la. Aku cuma nak bagitau, kalau korang menumpang jangan la nak suruh orang yang ada kereta ni ikut timing korang. Korang la yang patutnya ikut timing tuan kereta. Tuan kereta ni bukannya driver korang nak kena ikut timing korang je. Ni tak, bila dah bayar duit minyak dah rasa macam korang ni big boss ada hak nak buat tuan punya kereta ni macam driver korang.
2. Kalau nak minta tolong hantar atau ambil korang tolonglah buat macam orang yang nak minta tolong. Bukan mengarah okay. Lagi sekali, tuan punya kereta ni bukannya driver korang. Lepas tu kalau tuan punya kereta tu tak boleh nak hantar atau ambil korang, korang janganlah marah lepas tu siap kutuk belakang lagi okay. Itu hak tuan punya kereta bukan korang.
3. Kalau dah tumpang kereta orang, janganlah jadikan kereta orang tu tong sampah. Samapah2 korang tu tolong la kutip dan buang dekat tong sampah yang sepatutnya. Selalunya, akan ada orang buang botol air kosong, pembalut gula2, plastik, resit2 pembelian dan lain2. Bila tanya semua taknak mengaku. Lepas tu tuan punya kereta la jugak yang kena buang. Dah la orang lain buat macam driver, lepas tu kena jadi orang gaji diaorang pulak. Dah tu, kalau gi carwash takde pulak yang sudi tong duit basuh kereta.
Yang peliknya, bila jumpa duit dalam kereta, laju je ada orang mengaku.
4. Setiap orang ada taste lagu dia sendiri kan. So kalau korang naik kereta kawan korang, jangan la pertikaikan kawan korang dengar lagu yang macam mana. Suka hati dia lah kereta dia bukan kereta kau. Kalau kau yang dirve kereta tu takpe la jugak.
5. Lastly, rasanya masalah ni yang paling ramai orang ada kereta complaint. Duit minyak. Korang tolonglah jangan berkira duit minyak dengan tuan punya kereta. Korang kena la tahu, tuan punya kereta tu bukan setakat duit minyak yang dia kena fikir. Duit insurans, road tax, tol, servis kereta lagi. Korang kalau dah bayar duit minyak kata kitorang ni kencing duit minyak korang la. Duit minyak bayar banyak tapi tumpang keretanya sikit la. Kalau korang tak pernah ada kereta, korang takkan tahu yang duit minyak korang tu banyak atau sikit. Mungkin banyak bagi korang tapi sebenarnya tak banyak pun untuk tampung duit minyak tu. Kalau korang rasa banyak jugak, senang cerita korang tak payah la tumpang orang tu dah. Try naik teksi ke. Mungkin lagi jimat korang punya belanja. Hurm.
Sekian
– Ali
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit