Cerita ni bermula bila family aku berpindah dari rumah kami yang dah lebih kurang 15 tahun kami duduki. Kami adik beradik semua membesar dekat situ jadi tipulah kami tak sayang pada rumah tu. Tapi untuk lebih selesa kami berpindah ke sebuah kampung, jauh dari sesak.
Ayah buat keputusan untuk sewakan rumah tu, tapi kalau boleh nak orang yang jaga solatnya, sebab ayah taknak orang buat maksiat dekat rumah dia. Kami sendiri cuci rumah, cat semua luar dalam, beli kipas lampu baru , ayah kata ayah nak rumah ni tiptop macam rumah kita sendiri. Tak upah sesiapa pun sebab kami pun dah cukup cuma makan masa 3 ke 4 hari juga nak settle cantikkan rumah.
Bila ayah aku letak papantanda ‘sewa’ memang ramai yang call termasuk cina melayu semua ada. Tapi rumah aku adalah rumah teres 3 bilik yang terakhir dalam taman tu. Maybe orang tak mampu sebab diorang ingat sama harga sewa dengan rumah murah sebelah rumah aku.
Dalam sebulan sebelum cuti sekolah disember habis, ada seorang pekerja ni Meran (bukan nama sebenar) ditransferkan ke tempat kerja mak aku. Jadi dia cari rumah dekat kawasan rumah aku. Mak aku berkenalan dengan dia dan tawarkan dia sewa rumah tu. Orang tabligh, janggut ke dada, senyum je tak lekang.
Dia datang tengok rumah, family aku pun ada sekali. Ayah kata, maybe ini jawapan doa ayah sebab Meran ni jenis orang tabligh jadi bolehla dia hidupkan rumah aku dengan amalan2 dia kan. Lepas surat perjanjian semua, kunci rumah pun dah bagi, Meran dengan anak bini dia pun pindah ke rumah aku.
Kami mula sibuk selepas tu dengan abang aku masuk kolej dan aku yang nak spm dan masing2 jauh dari rumah. Jadi hujung minggu memang mak ayah aku melawat kami gilir2.
Dua tahun lepas tu, Meran hantar mesej dekat mak aku dia nak pindah ke rumah kampung dekat2 situ lag 2 bulan sebab sewanya lagi murah katanya. Ikut perjanjian, deposit akan bagi balik kat Meran.
Meran pindah malam2 dan tak bagitahu kami bila masa dia pindah. Jiran bercerita juga kenapa perlu pindah malam. Atuk aku duduk dekat mukim yang sama pun ditanya orang, macam mana rumah ayah aku. Sebab penyewanya tinggal rumah tu dengan semak samun sampahnya lagi.
Dia pindah tanpa serahkan kunci tu balik pada mak aku. Jadi dekat tempat kerja, bila mak aku minta kunci ada aja alasannya. Dekat rumah katanya. Berhari2 mak aku minta tapi alasan yang sama, sampai satu masa mak aku suruh dia balik ambil kunci tu.
Petang tu, mak aku pergi rumah tu dan tengok dekat tempat sidai baju (bawahnya adalah rumput sebelum ni) dah jadi macam hutan. Mak aku pusing2 dan kutip sikit2 sampah dekat luar je tak masuk dalam.
Malam tu, mak aku demam. Esoknya dia kerja juga tapi tengahari pergi klinik dan masuk air. Mak aku muntah2 dan tak lalu makan. Bila ayah siasat2, ayah aku tanya pada sorang imam ni, tolong tengokkan rumah sebab mak aku jadi macam tu lepas balik dari sana.
Bila mak ayah aku dah start cuti, kami satu family balik ke rumah tu untuk cuci dan kemas balik. Bila kami kemas bahagian dalam, sungguh. Macam bukan orang yang duduk dalam rumah tu.
Banyak botol2 kaca disimpan atas almari, dinding papan ruang tamu aku habis dimakan anai anai, lantai dinding bilik air kuning oren hitam dah jadinya memang tak pernah dibasuh agaknya. Pintu sliding bilik air juga pecah. Habuk kipas lampu tebal2 tak pernah digosok, pasu kaca mak aku dipecahkan tapi dia sorok dalam kabinet dapur. Kabinet dapur juga ada yang pecah. Tempat simpan pinggan mangkuk penuh dengan tahi cicak kotoran hitam yang bukan sedikit. Papan peti sejuk juga pecah2 semuanya. Belum lagi soket2 yang terbakar padahal ayah dah ganti baru semuanya sebelum disewakan. Dinding dapur juga hitam belum kira lagi tingkap yang hitam bukan sebab habuk, tapi dah berkulat hijau!
Kawasan luar, usahlah. Tempat sidai kain dah patah. Bawahnya dulu cuma rumput biasa. Tapi sekarang penuh denga tempurung kelapa! Dia susun tempurung kelapa tu sampai dah jadi busut tingginya. Semak juga dah parat lutut dengan pokok pandan dan ubi lah ditanamnya dekat situ.
Bila abang bersihkan kawasan tu, boleh sampai beratus2 juga tempurung kelapa dikutip. Busuknya bukan main. Jadi kami 4 hari berkelah dekat situ membersihkan rumah. Aku marah betul dia buat macamtu pada rumah dan aku minta mak aku suruh dia bayar semua kerosakan.
Mak aku sakit haritu, sebab mak aku terkacau rumah jin dekat kawasan luar rumah aku. Padahal selama ni elok je kami duduk di situ. Mak aku minta penjelasan dia dekat tempat kerja. Mula2 mak aku buat gelak gelak je macam tak serius. Tapi Meran ni mampu senyum je bila mak aku tanya tempurung kelapa sebanyak2 itu ada khasiat ke dikumpul jadi busut begitu? Lantai ruang tamu dimakan anai anai pun dia kata tak perasan sambil sengih2(tak pernah sapu ke)
Meran kata, selama ni dia jual santan dekat rumah tu (oh habistu, kami yang jadi pengutip ni takde komisen ke?) dan dinding dapur yang hitam dan soket terbakar tu sebab bini dia buat makanan frozen dari rumah.
Aku tak mampu nak sumpah seranah apa lagi kat si Meran ni. Tapi mak aku kata, kita buat baik dekat orang, orang buat baik dekat kita. Ya, aku harap tu betul. Semoga lepas ni penyewa yang lagi baik datang. Tak perlu dinilai dari segi pakaian dan rupa kalau kebersihan tak reti jaga.
Buat para penyewa, saya tahu bukan semua berperangai begini. Saya tahu ramai lagi yang lebih baik menjaga rumahnya dari saya. Hanya segelintir je dapat penyewa hampeh macam Meran ni. Apapun, sama samalah kita menjaga adab. Kita duduk rumah orang, buat macam rumah orang. Jangan nak buat sesuka hati. Kalau ada rosak, at least maklum pada tuan rumah sebelum keluar. Kalau kau sedia nak tanggung kos baikpulih lagi kami besar hati. Itu namanya adab. Dah kalau kami balik kena tanggung rugi, itu biadab.
– Rose
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit