Sejak majlis kahwin dah boleh buat semula, keluarga sebelah ibu aku memang ramai buat kenduri.
Kami ni orang Jawa. Faham-faham sajalah bila buat kenduri kahwin, memang sangat meriah. Tidak mewah tapi jemputan yang terdiri dari orang kampung dan sedara terdekat tu havoc gila.
Ramai-ramai datang merewang sambil gurau-gurau potong sayur. Cuma dah norma baru, suasana ramai tu tidaklah segila macam dulu.
Dipendekkan cerita, makcik aku yang merupakan anak bongsu dalam keluarga mak telah bernikah minggu lalu.
Umurnya 33 tahun. Jumpa jodoh sedikit lambat padahal dulu kami kenal dia ni banyak juga bercinta. Itulah jodoh siapa yang tahu.
Pendekkan cerita malam selepas majlis kahwin habis dibuat, kami memang ada 1 tradisi buka hadiah kahwin ramai-ramai.
Masa tu pengantin akan duduk tengah dan keluarga lain perhatikan untuk buka satu-satu. Jadi seperti biasa ada yang berikan gelas, pinggan, tuala, lain-lain.
Tapi keadaan jadi kurang seronok sebab si pengantin ni mula merungut macam
“Ala barang-barang biasa je ni dia bagi”
Masa tu dia buka hadiah macam tupperware, seterika, blender semua.
Muka dia memang takde excitement langsung seolah-olah tak berpuas hati dengan hadiah pemberian orang tu.
Mula-mula aku sangka baik mungkin pengantin penat agaknya siang tadi bersanding. Tapi sampai ke tahap tidak menghargai hadiah tetamu, agak disturbing juga.
Bila mereka koyakkan sampul hadiah and dah nampak sipi-sipi apa benda, diaorang akan ketepikan pakai kaki je.
Bayangkanlah andai kata pemberi hadiah tu di kalangan sedara yang tengah tengok sesi tu? Mungkin kecil hati agaknya.
Hadiah pula ada yang tulis nama ada yang tidak.
Paling menusuk sekali bila dia terbuka hadiah orang berikan frame gambar. Boleh pula mereka kata :
“Eh dah tahun 2021 pun ada lagi orang bagi hadiah macam ni”
Lepas tu terus hulurkan hadiah tu pada nenek sebab mereka rasa tak suka. Katanya tu HADIAH ORANG TUA PADANLAH.
Bila buka lagi nampak hadiah jam dinding, berulang-ulang ayat sama dikatakan. Hadiah klise and bosan katanya.
Masa ini aku dah mula jengkel tapi diamkan sajalah. Tapi sesekali aku lirik mata pada mak kat sebelah dengan pandangan tajam menggambarkan betapa kami rasa tak selesa dengan respon pengantin yang tak hargai pemberian orang.
Tak lama kemudian, terdapat 1 kotak kecil and sampulnya pun nampak biasa je. Mula-mula pengantin tak nak buka sebab dia syak maybe sekadar Snow Glob macam tu. TApi Mak Ude kami (kakak ibu) masa tu suruh koyakkan juga.
Mana tahu hadiah kecik ni lagi power kata Mak Ude. Pengantin buka mula-mula pelik sebab ada sampul plastik Milo.
Tiba-tiba tak lama kemudian dia jerit. Alangkah terkejutnya rupanya kawan dia selit box berisi sebentuk cincin chrome putih dengan gelang emas.
Oleh kerana tak percaya, dia terus telefon kawannya dan disahkan itu memang emas tulen. Pengantin cakap terima kasih dan puji kawan dia tu THE BEST sebab bagi hadiah paling best. Lepas tu ayat dia :
“Kau punya effort padu sangat. Orang lain bagi hadiah klise biasa je. Dari tadi aku boring unboxing. Tiba-tiba dapat emas segar mata aku”.
Bayangkan masa tu kami sekeluarga macam ketawa campur situasi janggal yang tak tahu nak react macam mana. Buat-buat iyeeee sajalah.
Aku faham perempuan mana yang tak suka bila dapat emas? Tapi apalah rasa orang lain yang bagi hadiah jika dengar pengantin cakap macam tu?
Kat situ juga dia sarung and memang tak dapat digambarkan rasa suka dia. Dari takde mood terus happy.
Kemudian ada juga kawan-kawan dia berikan air fryer, vacuum mahal dengan kupon/ tiket pembelian katil jenama mahal (lebih kurang begitulah).
Lupa nak beritahu. Makcik aku ni kerja memang have have sikit. Mungkin sebab itu kawan-kawan dia pun mampu bagi hadiah yang loaded pada hari kahwin tu.
Tetamu nak bagi hadiah apa bukan masalahnya. Cuma bila tengok pengantin membandingkan dan merendahkan-rendahkan hadiah orang lain, hati aku pula jadi sedih.
Balik keesokan harinya dalam kereta, ibu pesan pada aku jangan bersikap macam tu. Pemberian orang sebagai hadiah kahwin hatta sekampit garam macam dalam cerita Ahmad Albab tu pun kita kena hargai.
Mungkin dalam puluhan hadiah klise and kita kata bosan tu, ada orang yang kurang mampu yang usahakan juga kos untuk berikan hadiah kenang-kenangan pada pengantin.
Setiap hadiah ada nilainya. Nilai kejujuran dan simbolik harapan murni semoga perkahwinan yang dibina kekal.
Unboxing hadiah perlu ada adabnya. Jika tak suka, tak perlu remehkan. Ucap kata syukur.
Janganlah kita meremehkan pemberian orang hanya kerana nilainya murah. Tetamu yang datang majlis itu membawa rezeki dan rahmat buat kita.
Mungkin mereka tak dengar pun pengantin mengeluh. Tapi kita sebagai manusia perlulah ada timbang rasa.
Hadiah tu bukannya wajib. Bukannya berdosa kalau tak bagi. Takde syarat atau mandatori pun. Jadi hatta sekecil-kecil hadiah pun, semailah rasa syukur.
Harap kisah ini jadi pengajaran untuk kita semua. Pendapat kalian bagaimana pula?
– Dik Hani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit