Adab Pergaulan

Nak kata lately pun bukan, saya rasa benda ni dah lama ada. Mungkin bagi sesetengah orang kata, eh takkan benda ni pun tak boleh nak fikir? Tapi tak dinafikan juga tak semua orang dapat didikan yang sama apatah lagi common sense. 

Saya bukanlah pakar berumahtangga, bukan kata tak ada konflik, tapi saya terpanggil untuk share something yang bagi saya semua orang dewasa patut dipraktikkan.

Hal ini sebab saya ada terbaca confession 2 or 3 hari lepas yang berkaitan dengan kisah lama 5 tahun lepas (si suami terjumpa ex tunang yang dah bercerai)

Maafkan saya jika ada tersinggung dan sila betulkan yang salah. Ini teguran untuk lelaki dan wanita baik bujang or dah berkahwin. 

Point 1

Let say, tiba2 kita jumpa ex kita yang dah berpunya atau kita yang dah berpunya either tunang or kahwin. Elakkanlah exchange number jika takde keperluan mendesak.

Kalau ada keperluan pun biarlah contact atas urusan tersebut. Tak payahla korek lebih, memutikkan kisah cinta lama. Benda tu boleh elak. 

Nak memperisterikan janda/balu tu baik, tapi matlamat tidak menghalalkan cara bestie. Dah tau isteri tak suka kita berkawan/merendek dengan perempuan lain stop lah. Jagalah hati pasangan. 

Point 2

Dari apa yang saya baca dan hadam, ex tunang putuskan pertunangan sebab nak nikah dengan orang lain.

LMAO, even dia lemah lembut tapi caranya salah. Memanglah bukan suami isteri lagi. Tapi di manakah sifat empati sehingga sanggup lukakan hati tunang? Guys, it’s a red flag. 

Saya teringat saya pernah baca kisah Rasulullah meminang seorang wanita bernama Ummu Hani tapi ditolak sebab masa tu Ummu Hani sudahpun dipinang oleh lelaki lain.

Selepas suaminya meninggal sekali lagi Rasulullah meminang Ummu Hani tapi tetap ditolak atas sebab beliau mahu fokus menjaga anak2. Beliau takut jika perhatian terlebih pada anak2 sehingga terabai Rasulullah, dan juga sebaliknya. 

Point 3

Belajarlah untuk mencintai pasangan kita yang banyak berkorban. Antara cara nak kuatkan cinta terhadap pasangan, dan lupakan cinta lama yang terang2 red flag, cuba kita fikir sedalam dalamnya, cuba selami hati dan perasaan.

Kita pernah dikhianati oleh orang yang kita sayang dan cinta, dan kali ni kita nak downgrade diri kita untuk melakukan hal yang sama?

Elok sangatlah dua sejoli. Luar nampak baik, tapi sebenarnya dua2 pun takde rasa belas kasih terhadap orang yang dizalimi. Ingat, kifarah tu wujud. Perasaan pun Allah boleh tarik bila2 masa. Dari sayang dan cinta tak mustahil one day si dia berubah hati. 

Tolong sangat2, jangan hancurkan hati pasangan dengan nak kahwin sebab move on. Kawan2 tak kira lelaki or wanita kalau sebelum kalian menikah si dia ada cakap macam tu, silalah berundur diri.

Tapi dari kisah 5 tahun lepas, unfortunately, si isteri tahu dia hanya rebound love lepas si suami jumpa balik dengan ex tunang. Sanggup ya menipu pasangan selama bertahun-tahun? Mati2 ingat awak cintakan saya sampai ajak kahwin gitu. 

Point 4

Kalau dah ada lebih dari seorang isteri, tolong sgt2 berusaha sebaik mungkin untuk adil dari segi nafkah zahir dan batin.

Janganlah di rumah bini sana kita suka, balik rumah bini sini pun teringat bini sana sampai bini di sini rasa terpinggir, ada macam tak de, macam melukut di tepi gantang. Samalah kes macam parents yang amalkan favouritism terhadap anak2. 

Saya banyak terbaca kisah macam ni, saya rasa sangat2 sakit hati. Pintu maksiat boleh ditutup dari awal. Nak call pun janganlah buat2 manja.

Waktu kerja fokus kerja, kerja untuk cari duit bagi nafkah bukan tempat maksiat untuk cari skandal. Jagalah hati bermula dari mata. Ingatlah pengorbanan orang yang syg sgt2 pada kita. Appreciate their affords to win our heart and love. 

Kita pun dah dewasa, banyak pengalaman hidup, jadi bila terjadi kes2 macam ni, just ingat. Elok dan baikkah cara dia tackle aku? Tak mustahil cinta dari sekolah rendah tu hilang once y’all dah menikah. maka sejarah pun berulang. 

Saya suka dengan quote ini:

“Ignoring the red flags because you wanna see the good in people will cost you later. “

Untuk confessor, you’re very kind. Always see the good in people. Yes they both have the good sides too but the red flags are so obvious and that’s why they don’t deserve to be part your life anymore. 

So untuk melupakan orang macam tu, yang kononnya treat us nice, just ingat mereka tak maksum dan apa yang mereka buat pada kita sgt2 salah dan jahat.

Berdoalah semoga Allah hilangkan perasaan cinta terhadap orang yang salah. Doa itu senjata mukmin, lebih2 lagi doa dari orang yang dizalimi.

Saya yakin satu hari nanti mereka akan menyesal sangat2. Hidup dlm penyesalan takkan bahagia dan tenang selamanya. 

Maaf terpanjang. Sebab saya teringin sangat nak ada conversation dengan confessor dan tahu keadaan confessor sekarang. Semoga kita ada rezeki jumpa kalau bukan di sini, di akhirat sana nanti. 

– As (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *