Adakah 1steri Aku Curang?

Aku kenalkan diri aku Azman dan isteriku Sofea. Kami masing-masing berumur pertengahan 30an. Kami sudah berkahwin lebih 10 tahun dan mempunyai 3 cahayamata.

Masalah yang aku hadapi sekarang ni ialah aku merasakan Sofea menyembunyikan sesuatu dari aku dan aku merasakan ada orang ketiga dalam rumahtangga kami.

Pada mulanya aku tidak berasa apa-apa kerana aku tahu Sofea sibuk dengan kerjanya dan aku pula sibuk dengan kerjaku.

Sofea bekerja disebuah syarikat swasta di ibukota manakala aku bekerja sendiri setelah berhenti dari sebuah syarikat swasta akibat tempias PKP tempohari.

Kami menjalani hidup seperti biasa, aku menguruskan rumah dan anak-anak selepas aku menghantar Sofea ke pejabat.

Segalanya bermula selepas perayaan Tahun Baru Cina. Pejabat dimana tempat Sofea bekerja menganjurkan jamuan makan besar dan menjemput beberapa rakan niaga mereka.

Disinilah Sofea mula mengenali pegawai-pegawai dari syarikat rakan niaga tersebut. Selepas itu ada sessi berbalas kunjungan pula.

Sofea mula balik agak lewat dari biasa dan aku masih tidak menyedari hal ini, bila masuk kedalam kereta Sofea terus tidur,

Aku cuma fikir kesian isteriku kepenatan, yang aku nampak cuma bila dirumah Sofea agak dingin dan kerap memberi alasan penat.

Aku yang masih tenang beranggapan ini masalah biasa bila kerja melebihi had masa. Sehinggalah sedikit demi sedikit petunjuk yang membuatkan hati aku bergoncang dan menggeletar badan ini menahan rasa.

Sofea kerap menolak ajakan untuk bersama atas pelbagai alasan (penat & mengantuk) tapi dalam masa yang sama ada masa untuk berbalas message, bagaimana aku tahu?

Aku pura-pura tidur dan melalui cahaya yang terang dari handphonenya aku tahu Sofea sedang berbual dengan seseorang.

Pernah aku terjaga aku rasa dalam pukul 2-3 pagi Sofea masih melayani handphonenya, setelah aku tegur secara tiba-tiba Sofea mematikan handphonenya.

Aku tidak dapat untuk mengakses handphonenya kerana Sofea merahsiakan password dan aku pula memang sejenis yang tidak suka mengambil tahu.

Kemuncak kemelut ini bermula bila syarikat mengarahkan Sofea untuk bekerja diluar daerah selama beberapa hari, aku bercadang untuk mengikutinya atas alasan untuk berjalan dan Sofea pada mulanya bersetuju.

Aku mula tenang kembali tetapi ianya bersifat sementara sahaja apabila selang 2-3 hari Sofea memberitahu tak boleh bawa aku bersama.

Aku mula rasa curiga kerana aku mendapat tahu kerja luar daerah ini turut disertai oleh pegawai-pegawai dari rakan niaga syarikat dan aku merasakan ada sesuatu yang akan berlaku.

Aku mula berasa tekanan yang sangat tinggi, aku murung, aku menangis, aku hilang selera makan dan Sofea?

Dia meneruskan hari-hari tanpa berasa yang suaminya ini sedang sakit, mungkin aku tidak menunjukkan sangat perasaan aku ini.

Sofea cuma merasakan aku merajuk sebab tidak dapat ikut sedangkan aku ditimpa satu perasaan yang sangat pedih.

Sebagai seorang suami sedikit sebanyak tu kita akan rasa terdetik dihati, satu perasaaan tidak sedap hati, rasa berdebar-debar seperti satu alamat yang tidak baik.

Aku tidak menceritakan hal ini kepada Sofea kerana aku ingin menyiasat lebih jauh.

Dalam hal ini aku cuma nampak perubahan dan juga layanan tidak seperti dulu cuma aku kekurangan bukti sahaja yang Sofea telah mencurangi aku.

Dua minggu sebelum Sofea pergi aku telah bermimpi yang Sofea telah curang sehingga melakukan zina.

Jelas didalam mimpiku itu seperti filem yang ditayangkan dipawagam. Bagaimana perkenalan bermula dibilik mesyuarat dan dibawa keluar ke cafe sebelum pertemuan demi pertemuan.

Yang sungguh tidak kusangka perlakuan zina itu berlaku di daerah yang Sofea akan pergi nanti. Jelas didalam mimpi ku itu apa yang berlaku sehinggakan aku terjaga dan menggigil menahan perasaan.

Aku menangis sendirian didalam bilik air mengenangkan mimpi buruk itu.

Walaupun orang kata itu hanya mainan tidur, syaitan yang mengacau tetapi aku merasakan ini adalah petanda!

Hari yang dinantikan pun tiba, aku menghantar Sofea ke airport dan dia nampak sangat gembira, aku menemani Sofea ketika dia ingin check-in dan nampak Sofea tidak selesa aku berada disitu,

Aku yang tidak mahu balik kerana perasaan ingin tahu siapa lelaki itu dan seribu lagi persoalan yang belum terjawab.

Akhirnya berpisah juga kami disitu dengan Sofea langsung tidak memandang aku seolah-olah ada yang sedang memerhatikan dia.

Hari pertama sehinggalah hari terakhir boleh dikira dengan jari message perbualan kami, seperti dia malas melayan, tiada video call, tiada ucapan salam selamat pagi beserta emoji love, ianya tidak seperti kebiasaan (Sofea kerap keluar daerah),

Aku tertanya-tanya apa yang berlaku? Dia dimana sebenarnya? Jangan guna alasan penat bekerja atau balik lewat ke hotel.

Bukannya ini kali pertama Sofea keluar daerah dan bukannya aku tak pernah kerja pejabat, aku tahu jika bekerja diluar daerah sebenarnya lebih santai berbanding kerja dipejabat.

Bila aku hantar message sangat lambat Sofea membalasnya dan dijawab ringkas sahaja.

Bila aku hantar message kedalam grup keluarga, pun lambat balasnya dan aku semak info, message yang aku hantar dia tidak menerima kerana dia menutup handphonenya.

Setelah aku menjemputnya di airport, aku yang mula hilang sabar aku luahkan apa yang terbuku, Sofea mengatakan dia pergi kerja dan tidak curang, dia meminta aku bukti,

Aku cerita apa yang aku nampak dan lalui, Sofea cuma mengatakan aku overthinking, cemburu dan tiada kepercayaan pada isterinya sendiri.

Bagaimana aku tak melalui perasaaan itu semua jika aku nampak, aku rasa dan aku sedih. Aku macam rasa kena sihir pun ada, aku lemah untuk lalui perkara ini.

Aku hanya dapat mengadu pada Allah sahaja, nak mengadu pada anak, mereka kecil lagi, pada kawan atau keluarga?

Seboleh-bolehnya aku tidak mahu mereka tahu hal rumahtangga kami. Jadi aku banyak memendam rasa dan sedikit sebanyak membuatkan aku sakit.

Aku mula makan ubat tekanan perasaan, ditambah pula sakit anxiety dan gerd yang kerap melanda aku, aku jadi trauma bila aku terbaca kisah kecurangan dalam rumahtangga.

Aku perasan kebelakangan ini Sofea kerap menyanyi lagu-lagu cinta, kau rasa? Bayangkan lirik lagu seperti dendangan Ukays – Disana menanti disini menunggu, Scoin – Rindu rinduan jadi kenangan bermain dibibir dia.

Nampak sangat Sofea menyembunyikan sesuatu tetapi dalam masa yang sama aku sedikit demi sedikit dapat menangkap kelakuannya.

Pernah handphonenya berbunyi dan Sofea buat tak tahu, aku cuba untuk ambil dan jawab dia tiba-tiba mematikan panggilan, bila panggilan masuk semula dia matikan lagi, aku tanya siapa dia hanya kata scammer.

Aku bukan bodoh! Kebiasaannya scammer hanya call sekali sahaja.

Pernah juga ketika kami dalam bilik sedang dia berehat tiba-tiba dia bingkas bangun dan masuk kedalam tandas sambil membawa handphone.

Tak sampai seminit keluar semula dan aku tanya sekejap saja, Sofea kata tak jadi nak membuang air.

Hal ini membuatkan aku rasa curiga yang sangat-sangat, mana ada kau rasa nak membuang tiba-tiba boleh tak jadi. Aku pendamkan lagi perasaan geram itu.

Banyak lagi perkara-perkara yang berlaku antara dia sedar atau tidak, cuma aku masih tetap pertahankan rumahtangga ini, aku pernah bertanya jika aku ditangkap curang apa tindakan dia?

Sofea hanya mengatakan sampai disitu jodoh kita kerana sudah tiada kepercayaan dan sama juga sebaliknya jika dia yang curang.

Dia memberikan gambaran untuk aku bersedia dengan segala kemungkinan.

Aku serius takut bila dia berkata begitu, memang itu qada dan qadar, jodoh itu Allah yang aturkan dan sebaliknya, tetapi aku belum bersedia dan tidak akan bersedia.

Depan Sofea aku berpura-pura aku gembira tetapi dibelakangnya hanya Allah saja yang tahu aku berperang dengan pelbagai perasaan.

Kadang-kadang aku rasa aku ni bodoh, lemah dan tak berguna. Adakah aku akan jadi mental disorder atas sebab aku stress, tekanan yang melampau?

Adakah aku hanya berhalusinasi? Adakah betul aku overthinking? Aku sayang Sofea aku sayang keluarga aku, aku belum bersedia untuk kehilangan mereka. Aku buntu… aku betul-betul buntu.

– Azman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *