Adakah AJK Masjid Syok Sendiri?

Assalamualaikum wbt. Nama saya Nur dan saya berasal dari SJ. Sebenarnya tujuan saya menghantar confession ini adalah untuk memberi sedikit teguran kepada pihak AJK-AJK masjid/surau di luar sana.

Akhir-akhir ni, alhamdulillah dengan kecanggihan teknologi masa kini lebih mudah untuk orang Islam di luar sana untuk mendapat akses dan mendengar kuliah agama yang dianjurkan pihak masjid/surau.

Ini adalah satu usaha baik daripada pihak masjid/surau untuk menyebarkan ilmu, lebih-lebih lagi untuk orang-orang yang mungkin tiada kelapangan atau mempunyai kekangan untuk menghadiri kelas agama di masjid/surau.

Saya yakin ramai orang dikalangan kita yang sangat-sangat berterima kasih atas inisiatif murni pihak masjid/surau, sebab ia membuatkan kita lebih mudah untuk menimba ilmu walaupun secara atas talian.

Tapi apa yang yang hendak luahkan dalam confession kali ini adalah bila mana saya rasa terkilan dengan pihak masjid/surau yang sekadar menganjurkan kuliah2 agama dengan topik umum, tapi bukan menitik beratkan ilmu yang lebih penting iaitu ilmu fardhu ain (tauhid, feqah dan tasawwuf)

Saya perhatikan sahaja jadual kelas pengajian di masjid kawasan rumah saya. Masjid itu memang agak popular dan meriah dengan aktiviti.

Kalau dalam jadual bulan 7 sahaja, memang tiap2 hari ada ustaz yang datang untuk memberi kuliah (lepas tu dalam jadual dah la sekadar pampang nama dan muka penceramah, tapi tak beritahu apa yang diajar oleh mereka).

Tapi adakah kuliah-kuliah yang dianjurkan itu sebenarnya memenuhi keperluan penduduk setempat/ahli kariah yang sebenarnya lebih memerlukan kelas pengajian khusus untuk ilmu fardhu ain.

Dari pemerhatian saya, dalam satu minggu itu hanya satu sahaja kelas tauhid, tiada kelas feqah dan selebihnya adalah kelas fardhu kifayah seperti kelas tafsir, kuliah umum atau guru2 sekadar membaca kitab2 fadilat.

Kelas yang mengajar tauhid tu pun gurunya itu saya boleh kira sebagai tidak begitu mahir dalam mengupas ilmu aqidah sebab dia lebih banyak bercerita dan tidak betul2 menerangkan hal2 penting especially dalam perkara yang ramai orang kita banyak kekhilafan contohnya dalam bab Qada’ dan Qadar, serta bab Wahdaniyah.

Ramai orang awam lebih-lebih lagi yang baru-baru hendak menjinak2 dengan ilmu agama, tidak tahu apakah sukatan yang mereka perlu belajar untuk memenuhi tuntutan belajar ilmu fardhu ain yang wajib atas setiap kita orang Islam.

Jadi ianya menjadi tanggungjawab pihak AJK untuk mengatur jadual kelas dan panggil pengajar yang layak untuk pastikan masjid/surau dapat mengadakan majlis ilmu fardhu ain.

Bukan la saya nak kata kelas-kelas kitab fadilat, kelas fardhu kifayah tu tak perlu, tapi AJK kena tengok realiti keadaan sekeliling kita.

Bukan sekadar buat jadual syok sendiri dan panggil penceramah yang femes-femes sekadar untuk memenuhkan jadual kuliah bulanan masjid/surau.

Ingat ye, kalian yang mengatur jadual masjid dan jaga dana masjid untuk bayar upah penceramah ni ada tanggungjawab besar. Dekat akhirat nanti Allah akan tanya, adakah betul kuliah yang kalian arrange tu betul2 memberi manfaat pada penduduk setempat/kariah.

Dan suka saya ingatkan, kalau aqidah kita tak betul, segala amalan kita tu tak di kira tau. Tak gunalah kalau dalam kelas ustaz asyik suruh amalkan zikir itu ini, tapi anak murid dekat depan sendiri pun belum tentu betul2 kejap dan betul pemahaman aqidahnya.

Kalau terpegang dengan aqidah yang ada khilaf ulama dosa besar pun dah rugi (macam kes pernyataan Andika Putera yang macam pernyataan golongan Jabariyah tu), apatah lagi berpegang dengan aqidah yang boleh membawa kita murtad secara tidak sedar, nauzubillah.

Dan disebabkan saya kecewa dengan jadual kelas pengajian agama dekat masjid kawasan rumah saya,

Saya memilih alternatif lain untuk pergi ke masjid lain atau mendengar kelas pengajian online dari masjid luar negeri selangor, yang mana mereka lebih bagus mengaturkan kuliah agama, dimana mereka menitik beratkan untuk memanggil guru2 yang mengajar ilmu fardhu ain kepada masyarakat.

Saya harap, kot la kalau ada AJK masjid/surau terbaca confession saya ni, tolonglah check balik jadual kuliah agama yang kalian anjurkan. Pastikan kelas ilmu fardhu ain tu lengkap dulu..

Tolonglah jangan syok sendiri, pergi aturkan kelas fiqh munakahat la (fiqh fardhu kifayah), kelas tafsir la, padahal takde pun kelas yang mengajar benda yang lagi penting macam tauhid, feqah atau tasawuf fardhu ain.

Tak pun duk sibuk biar ustaz/ustazah mengajar kitab ilmu hakikat macam kitab hikam, padahal dalam tu banyak ilmu fardhu kifayah, sedikit je ilmu fardhu ain.

Saya tahu akan ada yang mungkin marah atau tersinggung dengan confession saya, tapi I need to say things that supposed to be said, supaya orang kita dan AJK masjid/surau (terutamanya) sedar yang nak menuntut ilmu ni bukan kita main rembat sebarangan, dan belajar ikut hawa nafsu. Kita kena beri prioriti pada yang lebih penting.

Bukannya sebab kita suka ustaz/ustazah tu kita duk la dengar kuliah umum dia walhal, kita ni ilmu fardhu ain pun sebenaranya tak lengkap lagi. Tak pun rasa ilmu dah cukup, then sibuk la nak zikir2, konon nak naik maqam *rolled eye*.

Akak abang, acik pakcik kena belajar dulu dengan guru-guru yang faqih, then baru tahu cukup ke tak ilmu kita tu. Dan kena hati2 jugak sbb skrg ni ramai ustaz/ustazah dekat luar sana (yang famous pun ramai), yang sebenarnya mengajar benda yang tak betul.

Macam mana saya tahu dia orang tak betul?

Belajar.

It is as simple as that.

Moga kalian yang membaca confession saya ni diberikan hidayah dan taufiq untuk belajar ilmu bermanfaat. Semua orang nak masuk syurga, tapi jalan nak masuk syurga tu kena pastikan dulu jalan yang betul.

Wallahualam…

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *