Adakah Aku Adik Ipar Yang Baik?

Hai semua terpanggil nak meluah dan minta pendapat dari kalian semua yang membaca cerita saya ini. Semoga ada ada manfaat dan kebaikan untuk semua.

Saya Dee (Bukan Nama Sebenar) yang berusia 30an. Saya ni tinggal bersama emak saya berusia 75 tahun dan baru sahaja pemergian ayahanda tercinta hujung tahun 2023 yang lepas.

Dan kini tinggal juga bersama dengan abang dan akak ipar saya yang baru sahaja pindah masuk ke rumah kami selepas pemergian ayahanda tercinta.

Mungkin ini adalah ujian dan suratan takdir. Pada saya tak delah besar mana namun bagi pendapat kakak-kakak saya yang lain mungkin keterlaluan pada mereka dengan cara yang sebegitu.

Saya ni bukan jenis yang suka bercerita namun biarlah mereka menilai daripada apa yang mereka lihat sendiri. Itulah apa yang saya fikirkan. Bukan saya sampai sampaikan dengan sengaja.

Emak pun mula bercerita itu ini tentang akak ipar dekat saya namun saya ni agak tegas. Kalau rasa keterlaluan Dan tak betul saya marah pada mak saya tu. Apa saja tak kena dia juga bercerita dengan kakak-kakak saya yang lain. Mereka pula mudah percaya.

Kakak-kakak saya ni tak duduk serumah, dan mulut mereka ni memang berbisa Bukan yang sedikit tapi banyak sehingga boleh menyakitkan hati. Ala saya sendiri pun kena juga. Itu dah sifat dia kena hadap lah.

Adakalanya saya pun termakan kata mereka juga, ia jugakkan bila melibatkan orang yang kita sayang ni tipulah tak triggered. Tak sedikit sebanyak mesti terkesan juga kan. Ada perkara betul mereka mempersoalkan.

Yela saya yang duduk dalam rumah tu memang sepatutnya saya kena tahu. Tapi mereka kata saya tak endah tapi sama jer dengan sikap kakak ipar saya.

Entahlah nak diluahkan mati emak nak ditelan mati bapak Jadi saya kemam jela. Tapi bukan tak pedulikan. Cuma pada saya mereka ni perlukan masa untuk sesuaikan diri tinggal di rumah mak.

Masing-masing ada sikapnya yang tersendiri even saya pun bukan baik sangat. Kadang-kadang rasa malas juga. Tipulah kalau tak de. Hehehe. Jujur saja.

Apa yang kakak-kakak betul saya ni tak tahu. Saya dengan kakak ipar dah berbahagi kerja. Kami dah berbincang sesama kami la. Akak ipar tugas dia memasak je. Mengemas rumah tugas saya. Kalau dia memerlukan kelapa untuk dikupas dimesin saya boleh buat untuk dia.

Jujur lagi saya memang tiada kelebihan untuk memasak. Hanya masakkan biasa saja yang boleh.

Sebenarnya saya nak bagi dia ruang dan peluang layan suami lebih laa dengan cara macam tu. Suami dia penat balik kerja dia dah siapkan makanan dan bersedia untuk sambut suami balik. Sebab saya ada baca juga nak ikat hati suami bermula dari perut dia laa.

Saya tak bersuami lagi. Saya cuma membaca je. Kita macam give and take lah. Duduk serumah tugas saya jaga mak. Tugas awak jaga suami. Masing-masing berkejar nak dapatkan pahala.

Tugas suami dia pula, tolong buang sampah itu saja. Tapi tula hermmm.. nanti saya cerita. Sebab tempat nak buang sampah jauh sangat. Kami ni malas nak bersiap pakai tudung la. So adillah kan?.

mak pula bukan seorang yang jenis duduk diam juga ada saja kerja yang dia nak buat. Kami okey saja. Nak menanam ke apa ke kami okey jer. kat belakang rumah ada kebun juga.

Yang jadi masalahnya, kakak-kakak kandung sayalah tak tahu soal ni. Mungkin waktu rehat dia nampak kakak ipar macam tak buat kerja. Duduk dalam bilik bila dah siap buat kerja. Cari kekurangan itu sendiri. Ada saja yang tak kena pada mata mereka.

Saya bukan nak defense mana-mana pihak kalau salah saya akan tegur direct orang tu. Saya pernah lah menegur akak ipar tu sendiri. “Kau kalau akak-akak balik sini, kau lepak duduk semeja dengan diorang”. Kononnya macam tunjuk muka la macam tu.

Kadang-kadang kena Jadi fake juga. Tak suka tetap kena hadap. Yela kata-kata orang tua ni kan. Mengata sana sini. Tak de kita dekat situ kita pula kena kata nanti. Jujur sebab dah kenal sangat perangai masing-masing. Hehehe.

So kita ni kena faham. Buat ke tak buat tetap akan jadi Salah bila tak kena dekat mata diorang. Terus terang saya. Lepak bermesra dengan dorang itu mungkin yang dorang nak.

Yela mak kan.. bila nampak mak ni duduk dapur sorang-sorang sudahlah kita kena judge tak membantu. Mak memang jenis ada jer benda dia nak buat. Jenis tak duduk diam. Tapi Sakit susah kita dorang tak peduli pun.

Pada mereka hidup diorang yang dulu lebih teruk pada kita sekarang. Itulah yang selalu keluar dari mulut diorang yang kita sendiri kena hadam. Tetap kena buat la atau tunjukkan diri. Tu pun dah cukup.

Mereka balik kita sambut. Waktu makan sama-sama kita ada sama meraikan. Itu yang mereka nakkan juga. Jelas saya kata dekat akak ipar. Adakalanya itu membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada kita juga kan. Tak Salah pun.

Yang jadi masalah sekarang ni, akak ipar dah berubah betul sikapnya pada akhir -akhir ni. Mak pun mula bersuara. Tak keluar bilik langsung makan pun tak.

Okeylah saya cakap lah kat mereka mungkin itu pembawakkan bayi. Mak mungkin risau sebab tak makan langsung. Sampai suami bawa makanan dalam bilik. Mak tak suka macam tu.

Bila ada kakak-kakak kandung balik nak makan sama-sama langsung tak keluar bilik. Betul-betul tak larat agaknya. Kita kena faham lah. Orang mengandung first.

Mak ni ada peel jugak tau. Bila dah isteri abang tak boleh buat kerja, bila kena dekat anak lelaki dia tu kena buat, dia back up tau. Saya kesian juga kakak ipar kena buat semua tu. Setakat basuh pinggan sendiri pun tak boleh. Bila part buang sampah rela mak buatkan.

Dia memang sayang sangat la kat abang yang tu tapi Jangan sampai membebankan isteri dah lah. Kerja dapur jer perempuan atau isteri je kena buat.

Salah la pemikiran macam tu. Logicnya bila perut lapar kalau tak kedapur nak kemana kan. Lelaki ke perempuan masak jela. Takkan ke kedai sokmo kan?. Macamlah hidup senang sangat.

Kami yang dah berbahagi tugasan. Tapi mak cuma bertolak ansur part abang je biar isteri dia yang buat. Atau tak de isteri saya pulak yang kena. Oh no. Mak tak mak Salah tetap Salah.

Saya memang tegas lah Bab ni. Bukan nak kurang ajar . Benda dah rancang Jangan sampai kita pula yang lalai.

Lagi teruk sayalah kena buat segala kerja bila keadaan dah macam ni. Ehh saya masih ada hati dan perasaan tapi saya tahu juga erti apa itu penat. Kalau segalanya membebankan atas bahu. Lama-lama Ikhlas tu Jadi hilang juga.

Mak memang takkan diam lah untuk back up abang. Akak-akak kandung lain pun terkena juga tempiasnya tak terlepas dari pandangan.

Lepastu muka nama akak ipar naik. Memang annoying kot. Bila ayah dah tak de jadi tugas dia laaa untuk ambik alih tugas tu. Diback up pula mak. Adehhh. Nak marah.. Itu ibu.

Kadang-kadang terasa nak keluar je dari rumah tu. Sakit woooo bila kita semua kena buat. Isteri kau tak nak buat faham situasi tu, tapi kau lah ambik alih. Buat yang mana mampu. Bukan memaksa. Kau penat kerja rehatlah. Bila malam tak kerja kau masaklah.

Tak jatuh pun Maruah lelaki kena pegang senduk. Malah itulah idaman semua wanita Tau tak… ehh tiba. Fikirlah Untuk isi perut kau juga kan. Janganlah dengar sangat cakap mak tu sampai isteri tu sendiri tu penat.

Konon sayangkan isteri tapi takkan semata-mata untuk Tut Tut jer kan. Kerja sama dan tolak ansur lah. Jangan ambik kesempatan pula kalau dah mak macam tu. Kesian kanlah isteri.

Jangan tunggu aku. Sebab kita sama-sama duduk rumah tu. Aku sekali sehari masak pun okeylah.. hahaha. Bukannya tak buat langsung.

so apa saranan akak-akak aku yang dah mulai annoying dengan sikap abang dan akak ipar pula yang jadi mangsa. Kau kata bagi masa. Tapi kalau tak mula belajar dan buat dari sekarang sampai bila nak jadi macam tu?..

Selagi kau tak perbetulkan keadaan. Sampai bila-bila la orang akan kata. Kesian akak ipar aku. Dia datang dari cara kehidupan yang berbeza bila masuk keluarga kami banyak perubahan akan berlaku.

Kami sedar kami tak layak pun nak tegur isteri dia tu tapi kami faham yang selayak kami tegur adalah abang aku tu sendiri. Cuma dia saja yang boleh perbetulkan keadaan dan membimbing isteri dia. Selebihnya wallahualam.

– Dee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *