Adakah Aku Anak Derhaka?

Kenalkan nama aku Sazali berumur 29 tahun ingin mendapatkan pandangan korang atas masalah yang aku hadapi.

Kisah ini berkaitan aku dan mak aku, ayah aku dah meninggal dan aku mempunyai adik beradik yang ramai tapi tinggal di rumah lain. Mereka masih single dan dah ada rumah sendiri.

Mungkin bagi korang masalah ini simple, tapi aku keliru adakah aku akan jadi derhaka disebabkan ini dan adakah keputusan aku tepat.

Disebabkan aku memang banyak buat kesilapan sepanjang hidup contohnya aku buat keputusan silap tak nak sambung ijazah sampai umur 29 tahun.

Selepas itu, kerja di tempat yang kerjaya tak boleh pergi jauh, tiada kwsp dan sebagainya.

Disebabkan itu aku tulis ini sebab aku takut pandangan aku silap,

Aku dah 6 tahun work from home dapat job sedap dan aku dah berhenti pun, sekarang ni banyak freelance lepas berhenti job di tempat yang lama.

Aku nampak disebabkan tekanan berhenti daripada work from home, aku tak ada duit jadi aku develop skill buat duit melalui online tak kerja dengan sesiapa pun.

Ok now berbalik pada soalan pertama,

Aku menyuarakan keinginan pada mak aku untuk aku keluar, sewa di rumah lain dan hidup berdikari.

Tapi mak aku tak berapa setuju, kakak aku yang kebetulan balik ke rumah siap cakap aku mengugut dan sebagainya.

Sebabnya diorang tengah nasihat aku pasal sambung belajar, jadi tetiba aku cakap aku nak sewa rumah lain nak cuba hidup berdikari.

Aku memang setuju nak sambung belajar, tapi aku nak keluar dari rumah kerana aku perasan bila duduk rumah aku tak ada pressure untuk buat duit yang banyak.

Kat rumah kalau tak ada duit dan lapar, boleh pergi pecahkan telur yang mak beli dan masak lah.

Kotor malas kemas, harap pada mak jelah.

Aku nak keluar daripada circle kemalasan ini disebabkan itu aku nak cuba sewa sendiri rumah, kalau tak ada duit berlapar jelah.

Cuma aku tak tahu adakah keluar daripada rumah adalah tindakan yang tepat, memandangkan aku seorang lelaki yang jaga mak dekat rumah.

Kalau aku keluar, adik beradik yang lain terpaksa balik ke rumah dan tinggal dengan mak sebab mak aku pun tak berapa sihat, kadang demam.

Tadi mak aku siap cakap, anak lelaki lah kena jaga orang tua dan sebagainya.

Aku dah mula rasa bersalah tapi hati aku tetap cakap keluar dari rumah dan duduk jauh daripada mak adalah tindakan tepat.

Aku sebenarnya rasa aku duduk sini meracuni aku dalam diam, kena keluar, kena ada pressure baru boleh buat betul betul.

Entahlah masih keliru lagi, apa pandangan korang? Apa perlu aku buat.

– Sazali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Mmg biasa anak llaki klau duduk dgn kluarga jd malas. Semua benda xbuat. Lg2 kemas bilik tido. Jrg sgt la jumpa anak llami kemas bilik tip top mcm hotel. Hahaha. Biasa brsepah dgn selimut x lipat, pinggan mkn dlm bilik xbrbasuh, baju kotor & tuala basah ikut dan letak. Harapnya awak bkn mcm tu la. Plg2 pun kira cawan minum suka letak xlarat nk angkat basuh. Tp .. yg bagusnya, awak dh buat mak awak happy sb adanya awak di rumah temankn dia. Pahala tu awak. Cuba jgn brmalas2 dgn setkn minda & akal utk cari rezeki dgn lbh aktif di medsos. Awak aim lah sesuatu, mcm nk target belikn mak sesuatu yg brharga. Biar dia rasa happy, rasa bangga awak dpt belikn barang mahal utk dia. Klsu awak pindah duk luar tu, awak x risau ke tinggalkn mak sorg2. Mmg. Mmg anak llaki patut jaga mak. Ambik berat kebajikan mak ayah. Pahala tu utk awak. Pahala tu x di letakkan & x dizahirkn dlm bentuk yg nmpak kt dunia ni. Sb tu org xberebut dptkn pahala, lg2 dgn mnjaga mak ayah. Klau awak nk jgk duduk luar, pastikn xbrp jauh dr rmh mak awak tu. Mudah utk awak mnjenguk bila perlu.

  2. buatpe nk susah2 duduk luar makan xterjamin duit xde kje xde. duduk jela bawah ketiak mak kau sampai ke tua. xperlu nk serabut pala otak.

  3. Lelaki ni biasanya akn jd manja malas pengotor bila duduk terlalu lama bwh ketiak mak

    Baju mak cuci dgn lipat
    Bilik bersepah kotor bantal selimut xnk lipat kakak/adik prempuan tlg kemas
    Mcm2 lg la isu rumah bersepah

    Klo rs nak berdikari jd manusia baik pindah.Jgn ikut sgt kepala mak

    Mak ni mmg syg ank laki lebih.Suka merajakan anak lelaki jd hamba …tu je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *