Adakah Aku Clingy?

Assalamualaikum, semua.. Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai adik beradik yang ramai. Ibu bapa saya sangat sibuk bekerja membantung tulang untuk memberi kami kehidupan yang serba lengkap.

Kami bukanlah orang susah mahupun kaya. Hanya orang yang sederhana. Ramai orang menganggap kami kaya, namun sebenarnya cukup-cukup sahaja kerana adik beradik yang ramai. Kami tidak pernah dapat bantuan daripada sekolah atau apa-apa.

Namun, aku sentiasa rasa bersalah sekiranya ingin membeli sesuatu barang. Jadi, kebanyakan barang-barangku hanyalah perkara penting sahaja. Pakaian juga aku hanya beli sewaktu raya sahaja. Namun, di dalam sudut hati, aku ingin membeli lebih banyak lagi.

Perkara ini membuat aku berasa tidak begitu penting kerana ibu dan ayahku tidak pernah kisah tentang apa yang aku pakaikan. Kebanyakan pakaianku juga adalah daripada abang dan kakakku.

Semenjak kecil, aku sudah membantu ibuku membuat kerja rumah. Aku sangatlah berdikari. Aku juga kadang-kadang membasuh adikku apabila membuang hadas besar sewaktu usiaku masih 5 tahun.

Aku juga membasuh pinggan, menjemur kain, mengemas rumah, memasak, mengiron baju dan pelbagai perkara lagi. Aku juga mengiron baju adik-adikku semenjak usiaku 10tahun kerana ibuku berada di luar kota selama setahun.

Perkara yang paling aku benci adalah memasak. Hal ini kerana, setiap kali aku masak, abangku sering memaksa aku memasak untuknya.

Aku sering diperlakukan seperti bibik oleh abangku. Apabila aku masak, dia mengkritik masakanku yang tidak sedap. Walhal, aku masih sekolah rendah.

Pernah waktu sekeloh menengah, aku diminta untuk memasak untuk abangku, namun aku tidak mahu dan tidur.

Setelah disuruh olehnya beberapa kali, aku masih tidak melakukannya. Dia berasa sangat marah lalu membuat aku terlantar di atas lantai lalu memukul kepalaku.

Aku berasa sangat marah sewaktu itu lalu aku masuk ke dalam tandas. Aku menumbuk-numbuk dinding tandas namun aku paksakan diri juga untuk memasak untuknya.

Abangku sering membuli dan memukul aku semenjak aku kecil. Aku sangat takut kepadanya. Ibuku mengetahui hal tersebut. Ibuku menasihatiku supaya tidak berkawan dengannya.

Apabila dewasa, aku sedar bahawa dia juga kurang kasih sayang. Jadi, dia bertindak sedemikian.

Mukaku juga lain daripada yang lain. Aku sering merasakan aku anak angkat dan aku juga sangat lain dan unik daripada adik beradikku yang lain.

Sentiasa berharap aku benar2 anak angkat kerana aku ingin ibu yang memberi kasih sayang kepadaku dan sering memeluk dan mengusap kepalaku. Aku juga teringin untuk baring di atas pahanya.

Ayahku pula sewaktu kecil sering merotanku sekiranya aku menangis dan meraung. Aku pernah ditinggal di tepi jalan kerana menangis di dalam kereta.

Rotan sentiasa ada di dalam kereta. Abangkulah yang sering dirotan oleh ayahku. Perkara ini membuat aku hanya berfikir perasaan bahagia saja yang patut aku tunjukkan.

Perasaan marah, sedih adalah tidak valid bagiku kerana ia adalab perkara negatif. Apabila dewasa, aku sedar bahawa sedih dan marah adalah perkara biasa dan patut di acknowledge olehku supaya aku dapat menyelesaikannya, bukan melupakannya.

Namun, apabila sudah tua, ayahku sudah tidak menggunakan kekerasan dan adik-adikku apabila buat salah, ayahku sering berbincang dan menyatakan sebab.

Namun, sewaktu zamanku, aku hanya dimarahi dan dirotan tanpa mendengar hujahku terlebih dahulu. Beruntunglah adikku.

Aku juga pernah di sexual harassment oleh seseorang. Perkara ini tidakku ketahui sehinggalah aku sudah dewasa. Namun, aku hanyalah diam sahaja.

Ibu bapaku tidak memberi perhatian dan kasih sayang secukupnya kepadaku. Mereka juga telah menyebabkan aku kecewa dan bertindak untuk lari daripada mendapatkan kasih sayang daripada mereka.

Aku mula mencari rakan-rakan untuk mendapatkan kasih sayang. Apabila aku menyayangi rakanku, aku mula sanggup melakukan apa sahaja. Aku juga obses dengan mereka. Aku berasa sangat gembira dan euphoria apabila bersama mereka.

Namun, aku sering overthinking bahawa mereka membenciku dan akan meninggalkanku. Jadi, pemikiran ini membuat aku sering melakukan perkara yang membuat mereka makin membenciku tanpa aku sedari.

Aku juga sangatlah clingh kepada mereka kerana aku takut mereka meniggalkanku. Perkara ini aku sedari apabila seorang rakanku lari daripadaku kerana aku sangat clingy kepadanya.

Aku berharap aku berasa cukup dengan diriku sahaja. Aku juga berharap aku dapat rapat dan bermanja dengan ibuku kerana aku sangatlah berasa awkward dengan ibuku.

Sekarang ibuki sering berkata i love you kepadaku. Namun, aku tidak berasa bahagia tetapi geli. Aku sangat berharap aku tidak sayang sangat2 kepada rakanku. Namun sayang kepada ibuku.

Aku berharap aku boleh merasa kasih sayang ibuku. Aku juga berharap ibuku sering mengusap rambutku dan memelukku.

Doakan aku supaya aku terbuka hati untuk menerima ibuku kerana aku sudah lama putus asa untuk mendapat kasih sayang daripada ibuku.

Kepada ibu bapa di luar sana, berilah kasih sayang dengan menunjukkan fizikal seprti usapan dan pelukan dan ciuman kerana anak lebih memerlukan itu daripada telefon.

Sekiranya anak sudah sayangkan telefon, masih belum terlambat untuk memberi kasih sayang tersebut. Lama kelamaan anak akan kembali kepada anda. Anak sangat memerlukan anda dan perhatian anda. Walaupun saya sudah dewasa, saya masih lagi dahagakan kasih sayang ibubapa saya.

Aku ingin simpulkan bahawa anak yang ketiadaan ibu bapanya sewaktu kecil, akan berasa anxious dan takut apabila orang yang disayangi meninggalkannya.

Jadi, dia banyak berpura-pura untuk jadi sempurna dan sanggup melakukan apa sahaja. Dia juga akan clingy kepada orang tersebut kerana dia takut untuk kehilangan orang tersebut.

Jadi, bagi orang yang sama sepertiku, kita harus belajar untuk berasa cukup dengan diri kita. Sikap clingy kita sebenarnya membuatkan orang menjauh daripada kita. Perkara ini telah terjadi dalam hidupku sebanyak 5x.

Assalamualaikum dan selamat maju jaya.

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *