Adakah Aku Cukup Istiqamah?

Assalamualaikum, Nama aku Muhammad. Disebabkan dekat sini ramai yang suka membaca jadi aku nak kongsikan seberapa ilmu bermanfaat dunia dan akhirat.

Untuk menjadi contoh istiqamah tiada manusia yang paling istiqomah melainkan Rasulullah jualah istiqomah dalam semua hal dan amalan sewaktu baginda peroleh wahyu dari Allah. Namun, sebelum wujudnya manusia, makhluk paling istiqomah ialah Azazil atau syaitan yang ibadatnya melebihi para malaikat sehingga lebih tinggi darjatnya dari malaikat sebelum kekafirannya. Mungkin boleh jadikan iktibar kisah syaitan dalam istiqamah asbab menjadi kafir.

Syarat Istiqamah pertama adalah kawasan dan persekiraran yang baik. Kawasan yang orang rajin beribadat, mempunyai masjid dan surau. Syaitan juga begitu sewaktu berada dilangit merekalah beribadat melebihi para malaikat kerana taat dan cinta pada Allah.

Syarat ke-dua mempunyai teman, kawan yang Soleh. Syaitan juga mempunyai teman para rasul malaikat yang tertinggi darjatnya. Bagaimana kawan kita begitu lah cara Kita mati. Menjaga anak dengan ilmu agama tapi dengan kawan jualah dalam seminggu boleh mengubah menjadi jahat. Jelas dalam alquran Allah menceritakan tentang memilih kawan. Celakalah Aku kata satu org di padang mansyar, manusia celakalah dan rugi akibat memilih kawan yang jahat dan meninggalkan kawan yang baik. Uqbah ibin abi muih berkawan dengan rasulullah manusia paling baik dunia sebelum menjadi rasul. Bertapa rugi saat Allah bagi hidayah namun Aku tinggalkan.

Syarat ke-tiga istiqamah adalah “berdoa”. Doa nie sesuatu yang sangat besar dan Allah suka. Minta moga selalu istiqamah dan redha Allah. Mintak perkara paling besar, redha Allah, istiqamah, syurga firdaus bersama Rasulullah makbul perkara nie InsyaAllah lain2 urusan Allah mudahkan dunia.

Syarat ke-empat istiqamah adalah ‘ilmu’ yang banyak. Untuk istiqamah perlu ada ilmu yang sewajarnya supaya tidak tersalah pra syarat istiqamah diatas. Maka belajarlah ilmu sampai mati sekalipun kerana 7 lautan tak pernah habis.Syarat terakhir ialah jauhi bom topedo Yang boleh menghancurkan semua pra syarat diatas tadi iaitu “takabbur”. Sebelum takabbur dia datang dulu perasaan ujub dalam hati. Rasa bagus dalam hati. Contoh Hari nie Aku solat duha, tahjut tetiba kata dalam hati rajin betul aku, tak pernah buat tetiba rajin kata dalam hati, tu ujub.

Lawan terus perasaan begitu dengan kata Astaghfirullah 3 kali semua Dari Allah. Kerana ia bermula dari hati, ujub kemudian riak suka menunjuk2 kemudian takabbur Yang berlebihan sehingga berasa semua usaha kaya dia yang punya, rezeki dia punya kat dunia dengan melakukan kemungkaran. Kutuk orang sana sini. Dan kisah ini syaitan juga begitu saat Allah mengatakan sujud pada Adam lalu mengingkarinya Berkata Adam dibuat dengan tanah yang kotor kenapa perlu disujud. Disitulah kekafirannya kerana mengingkari perintah Allah yang mengetahui segalanya. Padahal dia dululah paling alim (berilmu) dan warak, rajin ibadah yang akhirnya tergelincir dengan ujub, riak, takabbur.

Terima kasih kerana sudi membaca moga bermanfaat. Jangan lupa share moga mendapatkan pahala yang besar dari Allah.

– M.Z.Y.

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *